5 SEBAB KENAPA SANTAN ITU “BAIK” UNTUK KITA

Dup dap! Dup dap!, bila dengar cerita pasal santan. Kenapa ya? Sebab kita dah setkan dalam otak yang santan ini tak baik kan? Sebab santan berlemak dan tinggi kolesterol, betul ke? Ke anda rasa santan ini baik untuk kesihatan KALAU digunakan secara seimbang atau sebaliknya.

Tahukah anda bahawa santan kelapa mempunyai pelbagai kebaikannya yang tersendiri dan tidak berfungsi sebagai penambah rasa masakan semata-mata?

Pexels.com

Disebabkan teksturnya yang pekat dan berlemak, ramai di antara kita yang beranggapan bahawa ianya boleh membahayakan kesihatan.

Nak tahu santan TERBUKTI baik untuk kesihatan kita , jom baca artikel ini sehingga habis okay. Dan kemudian baru boleh betulkan mindset kita yang baru. Buang yang keruh ambil yang jernih gituh!

Seperti yang kita tahu, santan merupakan bahan masakan yang terkenal dan sering digunakan di dalam masakan di seluruh dunia lebih-lebih lagi di Asia Tenggara. 

Berbeza sekali dengan air kelapa yang dijadikan minuman, santan kebiasaannya digunakan bagi menambah rasa di dalam masakan supaya lebih berlemak tapi secara santai.

Walaupun ianya bertidak sebagai penambah rasa makanan semata-mata, namun terdapat banyak manfaat lain untuk kesihatan sekiranya ia digunakan dengan cara yang betul dan tidak berlebihan.

1. Menguatkan sistem ketahanan badan

Santan mengandungi asid laurik yang terkenal dengan khasiat antiseptiknya. Ini akan membantu tubuh dalam melawan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria, virus, dan lain-lain. 

Terdapat satu kajian yang dilakukan di Filipina menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengalami radang paru-paru lebih cepat untuk sembuh dengan antibiotik dan santan.

Berbeza pula dengan mereka yang dirawat dengan hanya menggunakan antibiotik, tindak balas mereka sedikit lambat dan memakan masa yang lama.

Pexels.com

2. Rambut dan kulit yang sihat

Selain itu, santan kelapa terkenal dan seringkali di gunakan sebagai rawatan untuk kulit dan rambut yang sihat. 

Kandungan lemaknya yang tinggi sangat bagus untuk mengekalkan kelembapan seterusnya membantu mengurangkan kelemumur dan kegatalan kulit kepala. 

Hal ini disebabkan oleh kandungan asid laurik yang mempunyai sifat antibakteria dan anti-kulat. 

Seterusnya, santan berkesan untuk mengurangkan kedut wajah dan membantu mencegah jerawat disebabkan oleh sifat anti-bakterianya dan membuatkan anda tampil lebih muda. 

Pexels.com

3. Mencegah penyakit jantung

Santan kelapa dipercayai dapat meningkatkan kadar kolesterol HDL dalam badan. Kolesterol HDL mempunyai sifat anti-radang yang melindungi saluran darah.

Tambahan lagi, kajian menunjukkan bahawa santan dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL. Kolestrol LDL merupakan kolesterol jahat dalam tubuh.

Kolesterol LDL, sebaliknya, mendorong pembentukan plak pada saluran darah yang boleh menyebabkan penyempitan saluran tersebut. 

Apabila saluran darah yang membekalkan darah kepada  otot dan jantung menyempit, serangan jantung boleh berlaku.

Pexels.com

4. Membantu mengurangkan berat badan

Santan kelapa kaya dengan trigliserida rantai pendek dan sederhana yang dianggap lemak sihat. Ini akan membuatkan anda berasa kenyang dan makan dengan lebih sedikit.

Bukan itu sahaja, ianya lebih cenderung untuk ditukarkan kepada tenaga berbanding asid lemak rantai yang lebih panjang di mana ia boleh menyumbang kepada kegemukan.

Pexels.com

5. Mengimbangkan elektrolit di dalam badan

Santan kelapa kaya dengan elektrolit seperti kalium, magnesium dan fosforus. Kalium sangat penting untuk mengekalkan degupan jantung pada tahap yang normal. 

Tambahan lagi ia juga penting untuk kesihatan otot anda. Magnesium diperlukan untuk sistem imunisasi yang sihat serta untuk saraf dan otot berfungsi secara normal. 

Dengan menambahkan santan ke dalam masakan anda, anda telah memastikan tubuh badan anda mendapat bekalan fosforus yang mencukupi untuk kesihatan tulang dan gigi.

Pexels.com

Apa kata anda? Sudah terbukti santan baik untuk kesihatan malahan “dibekalkan” juga di sini bersama kajian yang tepat dan sahih. Jadi sudahkah anda terfikir untuk betulkan mindset? Jom kita beralih kepada produk yang berteraskan santan sebagai bahan utama!

Masih lagi bingung untuk mendapatkan produk berasaskan santan? Jom dapatkan di https://ococ.my/

Join the conversation

TOP