5 Tips MENINGKATKAN OKSIGEN Ke Otak (Yang Ke-3 Ramai Belum Tahu)

Unsplash.com

Otak adalah organ yang sangat sensitif sekiranya tubuh kekurangan oksigen. Walaupun kita bernafas dengan baik, tidak bermakna otak sudah mendapat oksigen secukupnya.

Kita susah nak kenal pasti yang kita sebenarnya kekurangan oksigen. Tapi kekurangan oksigen akan menyebabkan fungsi otak semakin lemah. Lama-kelamaan kita berisiko  menghadapi masalah nyanyuk seperti Alzheimer.

Pelbagai cara untuk  meningkatkan  kadar oksigen ke otak. Antaranya:

1.Berjalan

Bukan ‘jejalan’ seperti ke pergi pasar raya. Tapi berjalan dengan langkah laju. Tidak perlu lakukan sesi senaman yang panjang.

Berjalan kaki dengan langkah pendek tiga hingga lima minit akan beri kesan positif ke pada peredaran darah kita.

Jikalau anda bekerja di meja, ambil kesempatan untuk berjalan. Ambil tangga bukan lif.  Turun bas atau kereta api kemudian berjalan kaki dengan laju ke rumah.

Unsplash.com

2. Bernafas melalui hidung

Tarik nafas kemudian penuhkan diafragma, di kawasan abdomen. Atau biasa orang panggil “bernafas dari perut.”

Bernafas dengan diafragma menyebabkan lebih banyak oksigen memasuki darah ini.

Freepik.com

3. Makan makanan tambahan yang boleh meningkatkan oksigen.

Contohnya seperti luban atau dikenali Frankincense. Luban telah digunakan dalam majlis keramaian, upacara keagamaan,  sebagai bahan kosmetik, minyak wangi, dan perubatan tradisional.

Kebaikan luban ialah anti- radang, merawat saraf dalam otak, menyeimbangkan hormon dan meningkatkan pengangkutan oksigen ke otak.

Freepik.com

4. Minum air secukupnya

Darah dalam badan yang cukup air akan dapat mengalir bebas. Darah kaya oksigen beredar di seluruh badan dan membawa nutrien penting ke tisu.

Enzim akan bergabung dengan oksigen untuk memulakan proses oksidatif dalam badan, yang berkhidmat dengan pelbagai tujuan termasuk menghilangkan sisa dari badan.

Pengumpulan toksin dan sisa metabolik lain dalam tubuh dapat menghalang aliran darah dan cairan tubuh lain di seluruh tubuh.

Unsplash.com

5. Makan makanan baik untuk otak

Makanan yang baik untuk otak seperti kandungan antioksidan yang tinggi dapat mengawal radikal bebas dalam badan. Antioksida dapat menghalang radikal bebas dari terus menyerang dan merosakkan sel badan dan otak. Antioksida juga membantu sel darah merah mengangkut oksigen ke otak.

Makanan tinggi antioksida banyak didapati di sayuran dan buahan.

Badan memerlukan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin. Hemoglobin adalah Protein sel darah merah yang bertanggungjawab untuk mengangkut oksigen ke sel dan tisu badan dan otak.

Heme iron ialah bentuk besi yang paling mudah diserap dan digunakan oleh tubuh. Ia terdapat di dalam daging, ikan dan ayam.

Unsplash.com

ARTIKEL MENARIK UNTUK DIBACA

Nak tahu makanan yang boleh meningkatkan kadar oksigen dalam otak? Jom klik link di bawah okay!

https://ococ.my/sayuran-yang-kaya-oksigen-di-dunia/

Join the conversation

TOP