5 Tips Senaman Ringkas di RUMAH.

Bersempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan sehingga 30 Julai ini membuatkan ramai yang tidak dapat melakukan aktiviti harian termasuk bersenam di luar rumah bagi mengawal penyebaran wabak Covid-19.

Tidak keluar rumah selama berminggu- minggu boleh menyebabkan ramai kurang bergerak cergas namun itu bukan alasan untuk tidak bersenam.

Ini kerana kita masih boleh melakukan aktiviti senaman ringan secara rutin meskipun dalam rumah kerana ia penting bagi meningkatkan daya tahan tubuh.

Kajian turut mendapati gaya hidup tidak sihat serta kurangnya senaman dapat menurunkan imuninasi tubuh serta mendedahkan diri kepada virus berbahaya itu.

Jenis senaman apakah yang sesuai untuk dilakukan dalam tempoh ini?

Unsplash.com

1. Regangan Ringan (Badan)

Elakkan duduk sepanjang hari di rumah tanpa berbuat apa-apa sebaliknya carilah aktiviti untuk dilakukan di rumah. Jika malas sangat, lakukan senaman regangan badan setidak-tidaknya dua jam sekali.

Unsplash.com

2. Lompat tali (Skipping)

Meskipun tak dapat ke pusat kecergasan dalam tempoh PKP ini, anda masih boleh menjalani latihan intensif di rumah. Antaranya lompat tali yang mampu meningkatkan stamina anda. Paling penting, ia juga menyeronokkan!

Unsplash.com

3. Lari setempat

Joging atau berlari setempat ternyata senaman yang bagus untuk kesihatan hati. Anda boleh melakukannya sambil menonton televisyen atau mendengar muzik di rumah.

Unsplash.com

4. Lompat katak dan Tekan tubi

Lompat katak sangat mudah dan boleh dilakukan dalam kiraan 10 saat. Ia baik sebagai memanaskan badan dan kardiovaskular, manakala tekan tubi baik untuk menguatkan otot lengan serta dada anda. Tidak perlu lama, cukup sekadar 10 ke 15 minit setiap sesi.

Unsplash.com

5. Aerobik dan Zumba

Senaman aerobik dan zumba dapat dilakukan sama ada di luar ataupun di dalam rumah. Lebih seronok, senaman ini dapat dilakukan bersama ahli keluarga lain.

Selain itu, terdapat juga aktiviti lain boleh dilakukan iaitu berjalan di sekeliling rumah atau turun naik tangga selama 10 ke 15 minit. Sebaik-baiknya, lakukan sebanyak dua ke tiga kali sehari.

Bagi menambah keseronokan buat carian video menari atau senaman aerobik di YouTube ( 1  , 2 ).

Unsplash.com

Paling penting, sentiasa menjaga kebersihan diri serta memberi perhatian kepada langkah-langkah pencegahan seperti sentiasa mencuci tangan, memakai topeng muka dan menjaga kebersihan diri.

Jom amalkan gaya hidup sihat! Badan sihat, otak cerdas.

Join the conversation

TOP
Days
Hours
Minutes
Seconds