7 “MAGIK” SEMULAJADI BARLI

Pexels.com

Sungguhpun barli tidaklah sepopular bijirin yang lain seperti oat, gandum atau qiunoa, namun ia tetap memiliki khasiatnya yang tersendiri. Kandungannya yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral selain daripada antioksidan, menjadikan barli sebagai antara pilihan bijirin yang paling menyihatkan.

Barli sebenarnya merupakan salah satu daripada bijirin yang paling lama digunakan di dunia. Ia merupakan bijirin yang digunakan oleh para petani pada zaman pertengahan dahulu yang kini ia juga menjadi sebahagian besar diet bagi orang-orang Eropah, Afrika dan negara-negara timur tengah yang telah menggunakan barli ini sejak beribu tahun dahulu.

Barli memberikan banyak vitamin dan mineral seperti serat, selenium, vitamin B, kuprum, kromium, fosforus, magnesium, niacin dan sebagainya. Apabila ia dibandingkan dengan bijirin yang lain, barli memiliki lemak dan kalori yang lebih rendah namun, ia sangat kaya dengan serat dan mineral. Sebagai contoh, satu cawan hidangan barli memiliki kalori yang lebih rendah namun serat yang tinggi berbanding jumlah yang sama bagi quinoa, beras perang, amaranth, sorghum, mittet ataupun beras tempatan.

Pexels.com
Fakta Nutrisi Barli

Satu cawan barli yang dimasak, yang  mana lebih kurang 1/3 cawan yang tidak dimasak memberikan:

  • 217 kalori
  • Kira-kira 1 gram lemak
  • 10 gram serat
  • 7 gram protein
  • 45 gram karbohidrat
  • 1 mg manganese (60%)
  • 23 mg selenium 42%)
  • 0.3 mg kuprum (34%)
  • 0.4 mg vitamin B1 (33%)
  • 162 mg fosforus (23%)
  • 80 mg magnesium (20%)
  • 8 mg vitamin B3 (18%)

Khasiat Utama Barli

  • Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli sangat berkesan dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut di dalam barli adalah tinggi dengan beta-glucan. Beta glucan berpontensi membantu mengelakkan penyerapan kolesterol daripada makanan yang dimakan ke bahagian perut dan usus. Masya’allah, menakjubkan!, bukan sebarangan buah.
  • Beta-glucan yang terkandung di dalam barli juga dipercayai boleh mengurangkan kadar kolestrol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL atau ‘kolestrol buruk’) dan trigliserida. Sangat sesuai untuk golongan yang mampu turunkan berat badan! Tak perlu buat pembedahan sedut kolesterol lagi.
  • Barli juga tidak meningkatkan paras glukosa dan lemak dalam darah. Ini kerana adanya beta glucan yang terkandung di dalam barli. Beta glucan adalah serat yang tinggi dan mudah terlarut. Tahap beta-glucan yang tinggi di dalam barli membantu untuk tidak meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2. Oleh itu, pesakit diabetes amat digalakkan untuk mengambil barli sebagai diet harian.
Pexels.com
  • Barli juga mampu membantu mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Barli mempunyai kandungan tokotrienol dan tokoferol yang tinggi. Ia merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi yang membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Malahan itu, sifat antioksida itu adalah sangat baik untuk otak kita. Seperti yang kita tahu, kadar oksigen yang tinggi di dalam darah akan mampu membentuk perkembangan otak yang cerdas. Peredaran darah yang baik juga akan mampu mengurangkan risiko pembuluh darah tersumbat yang boleh menyebabkan sakit jantung ataupun strok.
  • Air barli turut mencegah anda daripada mendapat atherosclerosis. Ianya adalah di mana keadaan dinding saluran arteri disekat dengan gumpalan lemak. Ini boleh membawa kepada pelbagai risiko penyakit kardiovaskular dan paling teruk boleh menyebabkan kematian.
  • Air barli mempunyai banyak vitamin B (niacin) yang dipercayai boleh melambatkan proses berlakunya atherosclerosis. Hal ini kerana sifatnya yang anti-keradangan dan “lipid-altering effects”. Selain itu, air barli boleh mengurangkan kadar tekanan darah. Ini adalah salah satu punca kepada masalah jantung dan strok. Apabila tekanan darah yang terlalu tinggi, ianya akan menyebabkan proses peredaran darah bergerak dengan kadar yang laju dan akan menyebabkan arterinya pecah. Wow, menakutkan!.
  • Biji barli juga mempunyai khasiat yang tidak kurang hebatnya. Ianya telah digunakan untuk merawat luka ringan sejak dahulu kala lagi. Rata – rata pasti akan terkejut bukan? Tidak perlu terkejut kerana ianya bukan sesuatu ancaman tetapi anugerah dari Il’lahi yang tidak ternilai. Biji barli juga digunakan sebagai ramuan traditional untuk ditampal pada luka seperti luka akibat terbakar. Caranya mudah dengan hanya merebus biji barli sehingga lembut, lenyekkan, dan tampal di bahagian yang luka. Tetapi kaedah ini adalah bersifat sementara kerana ianya adalah lebih baik jika luka berkenaan dirawat di hospital ataupun klinik jika kesannya bertambah buruk atau tidak berkurang. Orang dulu – dulu cakap, jalan ikhtiar sebelum mendapatkan rawatan yang baik dan dalam bahasa inggerisnya dipanggil “first treatment”.
Pexels.com
  • Bijirin yang diperbuat daripada barli juga membantu menurunkan berat badan. Jika dulu berat badan agak tinggi , kini anda boleh dapatkan bijirin yang diperbuat daripada barli yang berbentuk seperti emping oat dijadikan sebagai diet harian. Bijirin barli berfungsi untuk bertindak sebagai penahan selera makan. Ia juga tinggi dalam serat, seperti beta-glucan. Ia boleh memberikan anda rasa kenyang dalam jangka masa yang lama. Ini akan mengelakkan anda daripada makan secara berlebihan. Haa, kalau dulu cakap susah nak tolak makanan di depan mata, kini dah mudah untuk “reject” makanan tersebut dengan hanya satu sachet bijirin barli. Mudah dan senang kan?

Sebagai kesimpulannya, barli mempunyai pelbagai khasiat penting namun ianya perlu diambil dalam sukatan ataupun sajian yang bersesuaian. Kini, dengan adanya teknologi yang serba canggih barli mungkin diekstrak menjadi produk kosmetik yang mampu dijual di pasaran. Bukan itu sahaja, mungkin selepas ini barli mampu menggantikan nasi putih sebagai sajian sihat kepada si pencinta badan gempal yang inginkan badan yang “slim” dan sihat.

Rata – rata di Malaysia, barli sangat mudah didapati di pasaran. Hanya kita sebagai pengguna perlu mencarinya di kedai -kedai runcit atau supermarket. Harganya bukanlah bergitu mahal seperti kacang macadamia atau hazelnut tetapi berpatutan. Jika anda tidak melabur pada waktu sekarang, bila lagi anda mahu laburkan duit anda kalau bukan kepada bahan permakanan yang sihat? Tepuk dada, tanya hati. Jalan sudah diberi cuma tinggal pilih sahaja. Jom sama -sama amalkan gaya hidup sihat bersama barli!



Join the conversation

TOP