8 Makanan BAIK untuk tidur NYENYAK! (No.8 WAJIB cuba)

Tidur nyenyak merupakan sesuatu yang dianggap penting bagi kesihatan dan kecergasan seseorang. Sayangnya, ramai individu sukar  untuk tidur nyenyak ( 1 ).

Pexels.com

Kurang tidur sendiri sudah diketahui boleh menjadi penyebab terjadinya sejumlah masalah kesihatan. Keadaan ini boleh membuat seseorang mengalami pelbagai masalah fizikal mahupun mental.

Tidur nyenyak merupakan hal yang penting. Salah satu caranya adalah dengan memakan makanan yang tepat.

Sejumlah makanan yang kita makan setiap hari boleh membantu kita tidur lebih nyenyak. Kajian dari Gulf News, mendapati sejumlah makanan yang boleh membantu untuk tidur lebih nyenyak ( 2 ).

Kiwi

Freepik.com

Kiwi merupakan buah-buahan kaya  dengan vitamin C. Buah ini boleh membantu anda tidur lebih cepat dan nyenyak di malam hari. Kandungan serotonin dan antioksidan dari buah ini cukup tinggi sehingga boleh membantu meningkatkan mutu tidur.

Badam

Freepik.com

Badam merupakan jenis kekacang yang memiliki kandungan melatonin yang tinggi.  Melatonin ialah hormon yang mengatur pola tidur. Pengambilan 33 gram badam dapat memberikan kandungan magnesium yang cukup untuk badan. Ia juga memberikan kalsium untuk merenggangkan otot dan membuat anda cepat tertidur.

Ikan Berlemak

Freepik.com

Ikan berlemak seperti salmon, sardin, dan tuna boleh membantu untuk cepat tertidur kerana kandungan omega-3 yang tinggi di dalamnya. Ia membantu mengatur hormon tidur bernama serotonin. Selain itu, ia mempunyai kandungan vitamin D yang boleh membantu tidur.

Chamomile

Freepik.com

Teh herba memberikan kesan yang menenangkan dan boleh membantu untuk tidur. Teh chamomile merupakan salah satu jenis teh herbal yang boleh menenangkan diri anda. Ia mengandungi apigenin yang boleh membuat anda berasa sangat mengantuk.

Ubi

Freepik.com

Karbohidrat kompleks yang terdapat di dalam ubi boleh membantu anda berasa kenyang semulajadi dan tenang. Ubi juga memiliki banyak potassium dan mineral yang boleh membantu merenggangkan otot.

Pisang

Freepik.com

Pisang memiliki kandungan gula yang tinggi dan disertai dengan magnesium, potassium, serta vitamin B6 di dalamnya. Ia boleh membantu membuat anda mengantuk lebih cepat serta mencegah kemurungan.

Keju Cottage

Freepik.com

Keju cottage merupakan salah satu jenis keju yang boleh membantu anda tidur cepat. Jenis keju ini mengandungi amino tritofan yang boleh membantu untuk tidur dengan nyenyak.

Pistachio

Freepik.com

30 gram pistachio mampu memberikan anda untuk tertidur lebih cepat. Pistachio memiliki kandungan zat seperti protein, vitamin B6, serta magnesium yang bermanfaat untuk meningkatkan kualiti tidur.

Mahukan tidur yang berkualiti dan sihat? Nak cantik semula jadi tanpa make-up yang tebal? Sudah semestinya, tidur yang cukup boleh membantu anda untuk cantik luaran dan dalaman.

Ayuh cuba tips makanan sihat ini untuk bantu anda mendapatkan tidur yang lebih nyenyak setiap malam.

Join the conversation

TOP