8 Makanan Sihat Untuk KULIT Kekal MENAWAN!

Pexels.com

RAMAI inginkan kulit putih dan gebu sehingga sanggup menggunakan pelbagai produk yang tidak diketahui kandungannya sehingga ia membahayakan kesihatan.

Namun di sebalik itu, warna kulit tak sekata atau bermasalah seperti berjerawat juga berpunca daripada tabiat pemakanan tidak sihat.

Berita baiknya, terdapat pelbagai jenis makanan yang sebenarnya boleh membantu mencantikkan kulit anda selain mengurangkan masalah jerawat sekaligus mencegah kanser kulit.

1. Coklat Gelap (Dark Chocolate)

Coklat gelap kaya dengan koko yang terbukti membantu mendapatkan kulit yang licin namun pengambilannya tidak boleh terlalu kerap.

Zat besi, kalsium, dan vitamin A, B1, C, D, dan E yang terkandung dalam coklat gelap, sangat baik bagi kulit. Khasiatnya akan semakin terasa jika ditambahkan secangkir kopi atau teh hijau.

Makan dark chocolate secara teratur, akan membuatkan kulit kepala dan rambut anda tumbuh dengan sihat .

Unsplash.com

2. Rosemary

Rosemary adalah herba paling baik untuk kulit anda kerana ia kaya dengan antioksida selain ia mengurangkan risiko melanoma (tumor pada kulit).

Sifat antibioktik dan disinfektan dalam rosemary dapat mengurangi masalah jerawat di wajah.

Selain itu, tanaman ini juga dapat mencerahkan bintik hitam dan membuat kulit lebih bercahaya. Caranya dengan:

  1. Campurkan minyak rosemary bersama tiga sudu makan mentimun kisar dan satu biji telur ( ambil putih telur sahaja).
  2. Gaul sehingga rata. Sapu dan ratakan secara nipis pada wajah selama 15 hingga 20 minit.
  3. Bersihkan bersama air biasa. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, lakukan langkah ini secara rutin harian, ya!
Unsplash.com

3. Minyak Zaitun

Minyak zaitun mempunyai lemak baik dan antioksidan polifenol untuk memperbaiki kulit rosak akibat pencemaran asap dan pendedahan terhadap sinaran matahari berlebihan.

Unsplash.com

4. Tomato

Secara khususnya, tomato kaya dengan likopena, antioksidan yang meningkatkan perlindungan terhadap pancaran matahari. Buat lelaki, tomato juga baik untuk kesihatan prostat anda.

Tomato adalah sumber yang baik dari beberapa vitamin dan mineral iaitu :

  • Vitamin C: Nutrien dan antioksidan penting. Satu tomato bersaiz sederhana boleh memberikan kira-kira 28% daripada pengambilan harian yang disyorkan.
  • Kalium: Minyak penting, bermanfaat untuk kawalan tekanan darah dan pencegahan penyakit kardiovaskular.
  • Vitamin K1: Juga dikenali sebagai phylloquinone, vitamin K penting untuk pembekuan darah dan kesihatan tulang.
  • Folat (B9): Salah satu vitamin B, penting untuk pertumbuhan tisu dan fungsi sel normal. Ia amat penting bagi wanita hamil.

Menurut hasil satu kajian, 40% kesan sunburn berkurang apabila memakan 40 gram pes tomato (mengandungi 16mg lycopene) berbanding dengan minyak zaitun, setiap hari selama 10 minggu.

Unsplash.com

5. Lobak Merah

Nak kulit cantik? Makanlah lobak merah. Ia dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari, terima kasih kepada vitamin A dan antioksidan.

Ia juga membantu mencegah pertumbuhan jerawat, kulit kering, kedutan awal dan menjadikan kulit anda lebih cerah serta sihat.

Ia kaya dengan beta-karoten dan ia membantu dalam memberi ‘cahaya’ kepada kulit anda.

Unsplash.com

6. Beri Biru

Ada sebab mengapa beri ini berwarna biru. Ia kaya dengan antioksidan selain pembekal utama vitamin A, C, dan E dalam memberi keanjalan pada kulit serta mengurangkan kerosakan pada kulit anda.

Unsplash.com

7. Teh Hijau

Seperti kebanyakan makanan dalam senarai ini, teh hijau juga kaya dengan polifenol dan antioksidan yang membantu menganjalkan kulit serta melindungi kerosakan akibat pancaran matahari.

Unsplash.com

8. Ikan Salmon

Isi ikan salmon berwarna merah jambu/jingga disebabkan kandungan karotenoid yang dipanggil astaxanthin yang beribu lebih baik daripada Vitamin C dan E. Paling penting ia turut membekalkan kolagen pada kulit anda.

Unsplash.com

Join the conversation

TOP
Days
Hours
Minutes
Seconds