fbpx

9 Kebaikan Gingko Biloba Yang Anda Mesti Tahu

Apa itu Ginkgo Biloba?

Gingko Biloba merupakan sejenis tumbuhan berasal daripada pokok Ginkgo.  Pada suatu masa dahulu, tumbuhan ini hampir diancam kepupusan pada zaman ais,namun ia dapat bertahan dan pokok asalnya masih terdapat di negara China.

Walaupun diancam kepupusan pada zaman ais, pokok gingko bertahan dan masih ada di negara China. Pokok Ginkgo ini dipercayai merupakan antara spesis pokok yang tertua di dunia (1)

Kebaikan Ginkgo Biloba

Manfaat Ginkgo Biloba dalam bidang perubatan sememangnya tidak boleh disangkal lagi.  Ginkgo Biloba dipercayai mampu melancarkan aliran darah dan nutrisi ke otak.

Ginkgo Biloba ini juga merupakan antara bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan Coco OCOC. Di sini ingin dikongsikan beberapa kebaikan Ginkgo Biloba untuk manfaat kehidupan seharian anda.

Ingin dapatkan Coco OCOC sekarang? Cari ejen berdekatan di:
https://ococ.my/e/ejen-ococ/

1. Meningkatkan Prestasi Otak

Di Malaysia, Ginkgo sering dianggap seperti "brain booster".  Terdapat beberapa dapatan kajian yang yang mengatakan bahawa tumbuhan ini boleh digunakan untuk merawat dementia ataupun lebih dikenali sebagai penyakit nyanyuk di kalangan warga emas.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, manfaat ginkgo dalam membantu meningkatkan keupayaan minda, fokus dan tumpuan terbukti berkesan(2, 3).

Para saintis beranggapan bahawa kesan ginkgo yang mampu mengembangkan saluran darah yang membantu pengaliran darah ke otak.

Selain itu, bahan utama yang terdapat dalam Ginkgo seperti flavanoid dan terpenoid merupakan antara agen penting yang dapat menghalang kerosakan sel otak yang menyebabkan penyakit Alzhaimer dan penyakit lain yang berkaitan otak (4).

2. Mengubati Sakit Kepala dan Migrain

Risau betul jika mengalami sakit kepala bukan?

"Rasa berdenyut-denyut membuatkan anda tak selesa dan aktiviti pun terbatas"

Kini anda tidak perlu risau lagi. 

Ginkgo Biloba ini boleh diambil untuk mengubati sakit kepala yang anda alami. 

Dalam ilmu perubatan Cina Purba, Ginkgo merupakan bahan popular untuk merawat sakit kepala dan migrain (5). Ini kerana Ginkgo mempunyai kesan anti radang dan antioksida.

Jika sakit kepala yang anda alami disebabkan oleh stres yang melampau, Ginkgo mungkin boleh membantu. Sakit kepala biasanya disebabkan oleh pengaliran darah yang tidak berjalan lancar ataupun tersekat.

Ginkgo mempunyai kemampuan untuk mengembangkan saluran darah yang tersekat itu tadi (6). Jadi, sakit kepala anda dapat dikurangkan dengan mengambil Ginkgo Biloba ini.

3. Mengubati Masalah Kemurungan dan Depresi

Terdapat satu kajian yang dijalankan untuk merawat masalah kemurungan (7) . Subjek kajian diberikan ginkgo sebelum diletakkan dalam situasi yang membuatkan tahap stres mereka meningkat.

Didapati bahawa subjek yang diberikan kepada ginkgo kurang terjejas dengan keadaan stres yang didedahkan kepada mereka berbanding subjek yang tidak mendapat bekalan ginkgo.

Kajian ini berkait rapat dengan fungsi ginkgo sebagai bahan anti radang. Ianya dapat meningkatkan tahap kebolehan badan untuk berhadapan dengan situasi apabila hormon stres menjadi tinggi. 

4. Merawat Penyakit Asma

Terdapat beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa ginkgo mungkin mempunyai kebolehan untuk merawat simptom penyakit asma dan kesukaran bernafas.  

Ginkgo dipercayai mempunyai bahan anti radang yang akan mengurangkan keradangan pada saluran udara dan meningkatkan kapasiti jantung (8).

Satu kajian dijalankan ke atas 75 orang peserta dinilai menggunakan ginkgo yang diekstrak bersama ubat glucocorticosteroid untuk merawat simptom pesakit asma (9).

Tahap keradangan dalam air liur peserta yang mengambil ginkgo lebih rendah berbanding mereka yang hanya menerima ubat tradisional. 

5. Merawat Tinitus (Masalah Pendengaran)

Tinitus merupakan satu situasi di mana anda mendengar bunyi di dalam  telinga anda tanpa rangsangan bunyi luar.

Apabila anda mendengar bunyi bising, sukar untuk anda menumpukan perhatian. Ia boleh didengari di sebelah telinga, kedua-dua belah telinga, atau di dalam kepala (10). 

Secara umumnya keadaan ini dianggap sebagai desingan, atau dengungan di dalam telinga yang terjadi secara berterusan atau berselang-seli.

Hal ini boleh terjadi kepada semua peringkat umur. Biasanya ia dialami oleh individu yang mempunyai masalah pendengaran atau masalah berkaitan telinga.

Terdapat banyak kajian dijalankan untuk  mengetahui kesan Ginkgo Biloba ke atas pesakit Tinitus. Secara umumya, berdasarkan kajian yang dijalankan, keberkesanan Ginkgo Biloba dalam menyembuhkan Tinitus telah terbukti (11) .

Walaubagaimanapun, sebelum mengambil Ginkgo, pesakit yang mengalami Tinitus disarankan untuk meneliti dos yang diberikan untuk hasil yang lebih baik.

6. Merawat Glaucoma (Masalah Penglihatan)

Glaucoma merujuk kepada sekumpulan jenis penyakit yang menyebabkan kerosakan kepada saraf optik. Saraf optik mempunyai lebih daripada sejuta fiber saraf.

Fiber saraf inilah yang  menghubungkan mata ke bahagian otak. Saraf ini merupakan saraf penting yang bertanggungjawab  untuk membawa imej yang dilihat oleh mata untuk diproses ke bahagian otak (12).

Terdapat satu kajian yang dijalankan terhadap pesakit yang mengalami Glaucoma. Individu ini mengambil 120 miligram Ginkgo Biloba setiap hari selama 8  minggu berturut-turut (13).

Hasil kajian mendapati tahap penglihatan individu terbabit telah meningkat setelah itu. 

7. Membaiki Peredaran Darah dan Meningkatkan Kesihatan Jantung

Dalam Perubatan Tradisional Masyarakat Cina, biji Ginkgo digunakan untuk membuka "saluran" tenaga kepada pelbagai organ dan sistem tubuh badan yang berbeza-beza, termasuklah jantung, buah pinggang, hati dan juga otak. 

Manfaat utama Ginkgo yang mampu meningkatkan pengaliran darah ke pelbagai bahagian badan mungkin merupakan faktor utama yang menjadikannya begitu bermanfaat.

Terdapat satu kajian yang dijalankan ke atas individu yang mengalami masalah jantung. Pesakit ini diberikan ginkgo. Setelah beberapa ketika, terdapat peningkatan mendadak dalam pengaliran darah ke pelbagai bahagian badan yang lain (14). Ini membantu mengurangkan masalah jantung yang dialami individu tersebut. 

8. Memberi Perlindungan kepada Pusat Memori

Dalam Ginkgo Biloba terdapat satu bahan antioksida yang tidak ada dalam sumber lain.  Bahan ini dikenali sebagai terpenoids

Ianya dapat membesarkan pembuluh darah manusia dan memberi ruang untuk aliran nutrisi masuk dan membekalkan nutrisi penting ke dalam otak manusia (15).

Ia juga dapat memberi perlindungan dan menstabilkan pusat memori yang berada di belakang telinga manusia (16). Pusat memori ini juga dikenali sebagai hippocampus.

9. Anti Kanser

Di dalam Ginkgo biloba terdapat sekurang-kurangnya 5 jenis antioksida seperti quertecin, polifenol, terpenoid, klorofil dan juga flavanoid (17). Bahan antioksida ini mempunyai fungsi penting untuk melawan oksidasi sel dan menjaga kesucian DNA agar tidak rosak dan tercemar.

Anti oksidan juga akan bekerja mengatasi dan meneutralkan sejumlah oksidan dalam tubuh yang mempunyai potensi untuk merosakkan sistem tubuh.

Manfaat  ginkgo biloba sebagai anti kanser telah diterangkan secara jelas dalam sebuah jurnal iaitu Journal of Fundamental and Clinical Pharmacology yang telah diterbitkan pada tahun 2003 dengan tajuk "Ginkgo biloba extracts and cancer: a research area in its infancy" (18).

Cara Pengambilan Ginkgo biloba

Tidak seperti kebanyakan ubat, setakat ini belum ada dos standard untuk Ginkgo Biloba.  Tiada maklumat yang mencukupi untuk menentukan dos tambahan yang terbaik.

Jadi, dos ditentukan berdasarkan jenis gangguan kesihatan yang dialami seperti berikut (19) :

i)  Gangguan ingatan, fungsi kardiovaskular atau peredaran yang lemah: ambil 120 hingga 240 mg sehari dalam dua atau tiga dos .

ii) Gangguan ketegangan glaukoma : gunakan 40 mg ginkgo biloba setiap hari sehingga 4 minggu.

iii) Gejala sindrom pramenstruasi: ambil 80 mg ginkgo biloba semasa kitaran haid anda.

iv) Penyakit vaskular periferal, vertigo atau tinnitus: ambil tidak lebih daripada 120 mg sehari dalam dos dibahagikan.

Sukatan dos yang betul sangat penting untuk mengelakkan masalah lain seperti gangguan perut dan sebagainya.

Ingin dapatkan Coco OCOC sekarang? Cari ejen berdekatan di:
https://ococ.my/e/ejen-ococ/

Kesan Sampingan dan Langkah Keselamatan

Untuk makluman anda, tidak semua individu sesuai mengambil Ginkgo sepanjang masa. Anda disarankan meminta pendapat doktor jika ingin mengambilnya berdasarkan keadaan kesihatan yang anda alami.

Berikut disenaraikan perkara-perkara yang perlu diambil kira jika ingin mengambil Ginkgo biloba ini. 

  1. Ginkgo adalah TIDAK SELAMAT diambil oleh Ibu Mengandung dan menyusukan anak.
  2. Memaklumkan doktor atau ahli farmasi jenis ubat-ubatan yang sedang digunakan sebelum memulakan pengambilan ginkgo biloba terutamanya jika anda sedang menerima rawatan penyakit sawan, kencing manis atau masalah pendarahan.
  3. Maklumkan doktor atau ahli farmasi sekiranya anda sedang mengambil ginkgo dan akan menjalani pembedahan.
Anda masih ingin mendapatkan manfaat ginkgo, tapi risaukan kesannya terhadap kesihatan tubuh badan jika tersilap sukatan?


Ataupun anda mungkin tersenarai dalam golongan individu yang tidak disarankan mengambil Ginkgo?

Jadi macam mana ni Dr. ? Ada cadangan lain tak?

Jangan risau! Sebenarnya ada cara lain yang lebih mudah untuk anda!

Anda boleh menggantikannya dengan minuman Coco OCOC.

Bukan hanya ada Ginkgo, tapi juga 4 bahan utama lain yang ternyata berkesan dan sangat baik untuk kesihatan otak. 

Klik SINI untuk dapatkannya sekarang!

Rujukan

Add Comment