fbpx

Bagaimana Haikal Menghafal 80 Perkara Dalam Masa 5 Minit

Usia Haikal sudah masuk 3 tahun. Tapi tidak boleh bercakap. Ramai geleng kepala.

Kononnya tiada harapan. Jadi beban.

Saya dengar. Begitu juga isteri. Sedih menyelinap. Menusuk ke dalam hati.

Kini anak tidak boleh bercakap itu sudah besar. Mampu bercakap. Malah cekap.

Asal dan di mana kita bermula bukan penunjuk arah di mana akhir kita.

Begitu juga Haikal. Asal keadaannya bukan penentu di mana dia sekarang.

Pulang ke Malaysia tahun 2012 dia struggle. Tidak berbahasa Melayu. Tidak pernah dalam silibus Malaysia.

Tapi PT3 dia bangkit. Dapat straight A’s.

Selepas habis PT3, Haikal masih ke sekolah. Cikgu aturkan program motivasi.

Semasa program penceramah cabar pelajar. Hafal 20 benda dalam masa seminit. Pemenang dapat RM20.

Semua gagal. Haikal mudah menghafal. Kayalah RM20 pagi itu.

Penceramah macam tidak puas hati. Ini kali pertama ada pelajar berjaya hafal sesingkat itu. Sudah belasan tahun dia berceramah di sekolah.

Penceramah cabar lagi. Hafal 80 perkara dalam masa 5 minit. Dia mahu beri RM100 pada yang berjaya.

Dia berani sebab tidak akan ada yang mampu. Pelajar lain komplen. 80 terlalu banyak. 5 minit terlalu singkat.

Penceramah senyum. Mungkin dalam hatinya selamat RM100.

Haikal tenang. Terus hafal. Selepas 5 minit penceramah soal.

Siapa yang dapat? Seperti biasa tiada seorang pun.

Tiba tiba Haikal angkat tangan. Dia sudah hafal. Mahu cuba.

Penceramah benarkan. Haikal sebut satu persatu hingga ke 80.

Penceramah tercengang. Pelajar lain bersorak dan bertepuk tangan.

Haikal senyum malu. Walau berjaya muka masih tunduk. Penceramah akhirnya tepuk tangan.

Dia hulurkan RM100. Kayalah Haikal RM120 hari itu. Hanya perlu 6 minit untuk dapatkan RM120.

Pulang ke rumah Haikal bercerita. Kami dengar. Tumpang bangga.

Haikal bangkit persoalan. Dia bukan kaki hafal. Tidak juga belajar teknik menghafal secara rasmi. Bagaimana dia boleh ingat?

Saya senyum. Tunjukkan pada Haikal coco OCOC. Beri isyarat minum padanya.

Haikal seolah ‘blur’. “Apa yang coco drink ni buat?” Soalnya mahu kepastian.

Saya jelaskan.

“Pada coco OCOC ada flavanoids dengan sukatan yang tepat. Jumlah flavanoids yang tepat masuk dan berkumpul di hippocampus – pusat memori.”

“Flavanoids beri kuasa segarkan semula bahagian memori. “

Saya terangkan lagi.

“Apabila ambil makanan atau minuman bergula, sel otak bahagian memori akan sakit dan mati. Flavanoids pada dos yang betul akan bangkitkan semula sel otak bahagian memori. ”

“Flavanoids bertahan lama. Berjam jam. Ini menurut kajian dari Harvard Medical School. Ayah ambil maklumat ini masa ayah belajar di sana dulu.”

Haikal angguk. Maryam dan Akhyar hampiri. Tumpang dengar sekali.

Saya tambah.

Flavanoids juga akan masuk ke bahagian Temporal Lobe kiri. Saya isyaratkan bahagian belakang mata kiri.

Temporal Lobe inilah pusat belajar.Apabila ke sekolah bahagian ini perlu aktif. Coco OCOC dengan sukatan flavanoids yang tepat mampu aktifkan bahagian Temporal Lobe.

Haikal angguk. Pandang pada adik adiknya. Maryam hanya senyum. Maklumlah baharu tahun 5 ketika itu.

Saya jelaskan lagi.

Haikal mampu sebab flavanoids sudah aktifkan bahagian memori Haikal. Flavanoids dah tambah kuasa pada Temporal Lobe. Jadi apabila sampai masa nak guna, dah ada. Dah power.

“Ooo I have no idea coco OCOC helps,” kata Haikal.

Saya senyum. “Itulah rahsianya Haikal mudah hafal. Mudah ingat. Mudah fokus masa belajar. Yang penting belajar santai tapi boleh skor.” 

Haikal senyum. Bangga dan puas barangkali.

p/s: Ingin dapatkan coco ococ sekarang? Cari ejen berdekatan di: https://ococ.my/e/ejen-ococ/

Add Comment