BARLI VS OAT ? SIAPA LAGI LEGEND?

Rata – rata kalau kita lihat , masyarakat melayu di Malaysia lebih mengenali barli berbanding oat. Ini kerana mereka telah menggunakan barli sejak turun -temurun lagi sebagai “first aid kit” kepada luka akibat melecur atau luka kecil. Tidak pernah tercapai dek akal kepandaian kita generasi masa kini tahu mengenainya bukan? Namun itulah, istimewanya mengapa kita perlu mencari dan mempelajari ilmu petua perubatan traditional daripada nenek atau datuk kita yang mungkin lahir sebelum merdeka. Secara amnya, wajar untuk kita berbangga dengan nenek moyang kita yang terdahulu kan?.

Pexels.com

Manakala bagi oat sememangnya sangat popular di negara barat sebagai makanan utama untuk bersarapan. Saintis barat juga pernah melakukan kajian bahawa dengan pengambilan oat, kesihatan akan lebih terjamin dan bertambah baik. Ini kerana serat yang terkandung di dalam oat adalah sangat tinggi sama seperti barli. Kedua- duanya mempunyai indeks GI yang rendah iaitu 25 hingga 27. Kedua- duanya tidak akan peningkatan kandungan gula di dalam darah selepas makan. Wah, ini pastinya menjadi khabar gembira kepada pesakit diabetes.Tetapi ada beberapa perbezaan antara barli dan oat yang memberikannya status “legend” . Jom kita cari gali kenapa barli sangat legend sehingga namanya sering kali meniti di bibir masyarakat dunia.

  • Barli boleh menguatkan sistem imun badan sedangkan oat tidak. Oat hanya dianggap sebagai “supplement” kepada badan tapi tidak berfungsi untuk menjadi “benteng pertahanan” kepada badan.
  • Barli boleh membaiki masalah kekurangan sel darah merah sedangkan oat tidak. Barli sememangnya bersifat antioksidan dan baik untuk penghasilan sel darah merah berserta membekalkan oksigen yang baik untuk badan terutama sekali otak.
  • Barli boleh menguatkan paru-paru serta menghindari asthma sedangkan oat tidak. Ini kerana barli mengandungi kadar oksigen yang tinggi dan ianya baik dalam membantu sistem pernafasan penggunanya.
  • Barli boleh menguatkan tulang serta membantu mengelakkan risiko osteoporosis sedangkan oat tidak.Barli sememangnya mengandungi zat kalsium yang tidak kurang hebatnya seperti susu. Dengan itu, barli membantu dalam pembentukkan tulang dan menyokong tulang yang sedia ada. Jika ada anak – anak yang mungkin mengalami masalah pergerakan tulang kaki mahupun tangan, sangat disarankan untuk mengamalkan barli sebagai salah satu cara alternatif selain terapi di hospital.
  • Barli boleh  mengurangkan kolesterol berskala besar sedangkan oat tidak. Secara logiknya, oat sangat bagus dari segi diet sihat namun kadar pengurangan kolesterol yang dikurangkan adalah sangat sedikit berbanding barli. Mungkin ada segelintir golongan yang alahan kepada barli ataupun sudah selesa dengan oat sebagai menu diet, jadi dibolehkan juga mengambil salah satu darinya asalkan ianya sihat dan bersifat organik.
  • Barli boleh mencuci dan merawat usus serta melakukan proses detoksifikasi sedangkan oat tidak. Barli sememangnya dapat membantu proses pencernaan kerana mengandungi beta-gluten. Beta- gluten ini bersifat mudah terlarut dan mudah di hadam di perut dan usus. Jika anda selama ini mengalami masalah sembelit bolehlah juga mencuba air barli. Selain itu, perlu banyakkan pengambilan buah – buahan dan sayur hijau untuk memudahkan proses pembuangan.
  • Barli boleh menguatkan ginjal dan mencairkan batu karang dan batu hempedu sedangkan oat tidak. Rata- rata akan bertanya bagaimana barli boleh berbuat demikian. Ini kerana barli kaya dengan beta-gluten yang tinggi serta kandungan serat yang “super magik”. Pengambilan air barli secara teratur dianggap sebagai salah satu ubat semula jadi yang paling berkesan untuk batu karang kerana dapat memberikan tekanan kepada pundi kencing. Ini akan menyebabkan berlakunya proses penghapusan batu karang yang lebih mudah. Air barli juga membantu menyeimbangkan kandungan pH di dalam badan kita. Ia akan mengekalkan status alkali dan akan memudahkan proses pengeluaran batu karang. Dengan hanya meminum secawan air barli mampu membantu membersihkan ginjal anda daripada bahan bertoksik melalui pembuangan air kencing. Barli sangat kaya dengan serat makanan, yang diperlukan oleh badan. Ini adalah untuk memudahkan proses perkumuhan kalsium di dalam air kencing kita. Air barli memberikan cukup vitamin B6 kepada tubuh kita Ia bermanfaat untuk memecahkan jisim kalsium oksalat yang terbentuk di dalam buah pinggang kita. Barli mengandungi banyak magnesium, yang mampu mempercepatkan proses pengecutan kristal kalsium oksalat. Wah, betul – betul legendlah barli, dari biasa – biasa kepada luar biasa.
Pexels.com

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah isteri Nabi r.a katanya: “Apabila ada keluarganya yang meninggal dunia, para wanita berkumpul. Kemudian setelah mereka beredar kecuali keluarga dan orang-orang tertentu, beliau menyuruh untuk memasak seperiuk bubur Talbinah (bubur tepung barli), kemudian dibuat pula Tharid (sejenis makanan yang diperbuat dari campuran roti dan daging), lalu disiram dengan bubur Talbinah tersebut, kemudian beliau berkata: Makanlah! Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: Bubur Talbinah itu boleh menyegarkan hati orang yang sakit dan dapat menghilangkan sebahagian dari kesedihan.”
(Diriwayatkan oleh Muslim dan Bukhari)

Kehebatan barli ini bukan sahaja disebut oleh Rasullullah saw malahan juga ada lagi disampaikan oleh Abu Hazim Salamah bin Dinar.

“Aku pernah bertanya kepada Sahl bin Sa’ad, “Pernahkah Rasulullah makan naqiy – iaitu roti putih yang telah dipisahkan dari dedak (dikenal pula dengan sebutan roti syam)?” maka Sahl menjawab: “saya tidak pernah melihat Rasulullah makan roti putih sejak beliau diutus oleh Allah hingga Allah mewafatkannya.
Abu Hazim Salamah bertanya lagi: “Bagaimana kalian makan barli yang tidak diayak dedaknya?” Ia menjawab: “Dulu kami menumbuk dan meniupnya, sehingga terbanglah bahagian yang terbang. Adapun yang tertinggal, kami basahi dengan air.”

Imam Tirmidzi juga meriwayatkan dengan sanadnya, dari Sulaim bin Amir, Abu Umamah mendengarnya berkata:

“Biji barli tidak pernah ditinggalkan dari menu makanan keluarga Rasul.”
Rasulullaah bersabda: “Talbinah (sejenis bubur barli) itu memberikan kelegaan hati penderita sakit dan menghilangkan kesedihan.”

Diriwayatkan juga dari Saidatina ‘Aisyah:

“Nabi apabila keluarganya terkena demam, maka beliau memerintahkan mereka membuat sup barli.” 
[ Riwayat Ibnu Majah(3440) Ahmad (VI/32); Tirmidzi (2110) ]

Pexels.com

Sudah terang lagi bersuluh, barli bukan sahaja makanan yang tiada harganya tetapi ianya dianggap sebagai makanan sunnah yang pernah diambil oleh baginda Rasullullah saw , kekasih Allah swt. Masih ada ragu – ragu di hati untuk menjadikan barli sebagai menu diet sihat harian kita? Pastinya, tidak kerana khasiatnya telah lama diperakui sangat baik untuk tubuh badan kita terutama sekali otak. Jika dilihat secara logiknya, pembentukkan otak kita dipengaruhi oleh makanan yang kita ambil hari-hari. Tepuk dada, mahukah anda memberikan badan dan otak anda makanan yang tidak memberikan apa- apa manfaat? Pastinya hati menjawab tidak. Namun yang demikian, jika ada yang sangat menggemari oat , cubalah untuk berubah kepada produk yang berasaskan barli. Mungkin agak sukar dan susah namun jika anda bertekad ,insya’allah akan dipermudahkan olehNYA. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua dalam menyusun atur diet permakanan yang bukan sahaja sihat malahan memberikan impak yang positif kepada kesihatan.

Join the conversation

TOP