Beras Putih Vs Beras Perang! Mengapa Beras Perang Lebih Sihat?

Pexels.com

Anda boleh pertimbangkan semula untuk mengambil beras putih kerana The American Journal of Clinical Nutrition baru-baru ini menjalankan kajian yang mengesahkan bahawa beras perang adalah pilihan lebih menyihatkan untuk diet anda. Beras perang pada dasarnya hampir sama seperti beras putih seperti sebelum ia dikenakan beberapa proses.

Untuk memproses beras menjadi kepingan putih / beras putih yang kita beli di kedai-kedai, pertamanya bahagian luar kulit dan bran diasingkan. Ini menjadikan beras lebih ringan dan lebih cepat untuk dimasak. Beras ini telah dihilangkan pelbagai khasiat semula jadi seperti serat, protein, thiamine, kalsium, magnesium dan kalium. Umum mengetahui bahawa serat penting untuk pencernaan dan mengekalkan berat badan yang sihat. Adakah anda perasan bahawa beras putih biasanya dilabelkan “kaya dengan”?.

Beras putih biasanya penuh dengan khasiat tambahan. Ini kerana proses-proses yang berlaku membuangkan kebanyakan khasiatnya seperti besi, vitamin, zink dan magnesium. Malah, beras putih mempunyai nutrien yang ia tidak menawarkan keperluan nutrisi minimum seperti disyorkan Federal Drug Administration, FDA.

Atas sebab ini, beras putih diolah secara kimia dengan vitamin dan zat besi supaya ia boleh dijual di pasar raya. Ini adalah salah satu sebab utama kenapa beras perang adalah lebih tinggi dengan mineral dan vitamin. 

1. Beras Perang Kaya Dengan Selenium

Beras perang sangat tinggi kandungan selenium, mineral yang penting untuk mengelakkan kita terkena pelbagai penyakit.

2. Beras Perang Adalah Sangat Tinggi Mangan (Manganese)

Satu cawan beras perang memberikan lebih daripada 80% keperluan mangan seharian kita. Mineral ini membantu tubuh manusia mencipta asid lemak penting yang membina kolesterol sihat. Ia juga memberi manfaat kepada kesihatan sistem saraf dan sistem pembiakan.

 3. Beras Perang Mengandungi Minyak Semulajadi

Minyak semula jadi yang terdapat dalam beras perang boleh membantu badan mengurangkan LDL kolesterol (juga dikenali sebagai kolesterol jahat).

4. Beras Perang Menggurangkan Berat Badan

Oleh kerana sifatnya yang kaya dengan gentian dan keupayaan untuk mengekalkan fungsi usus yang sihat, beras perang “menggerakkan sesuatu” dengan cara yang menggalakkan penurunan berat badan dan meningkatkan fungsi metabolik. Selepas penggambilan satu mangkuk beras perang, anda akan merasa lebih kenyang walaupun makan dengan jumlah yang lebih sedikit.

Adobe Stock.my

5. Beras Perang Ialah Bijirin Penuh (Whole Grain)

Tidak seperti beras putih, beras perang mengandungi lebih bijirin. Kajian menunjukkan bahawa enam hidangan bijirin penuh setiap minggu dapat menurunkan penciptaan plak pada arteri dan mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung serta masalah kolesterol tinggi.

6. Beras Perang adalah Antioksidan 

Banyak orang mengaitkan antioksidan dengan “blueberry” dan teh hijau, tetapi ramai yang tidak sedar bahawa beras perang juga merupakan sumber antioksidan yang baik.

 7. Beras Perang adalah Sangat Tinggi Kandungan Serat (Fiber) 

Kajian telah mengaitkan dengan pengambilan bijirin penuh (whole grain) seperti beras perang dapat menurunkan kadar kanser kolon. Ini mungkin disebabkan kandungan seratnya yang tinggi.

Kajian menunjukkan bahawa serat sebenarnya melekat kepada bahan-bahan penyebab kanser dan toksin, membantu untuk menghapuskan mereka dari badan, dan menjaga mereka daripada melekat pada sel-sel di dalam usus kita.

Beras perang juga mengandungi komponen yang diperlukan untuk menstabilkan penghadaman, mencegah/melegakan sembelit dan menggalakkan fungsi usus yang baik.

8. Beras Perang Adalah Pelepas Gula Yang Pelahan 

Tidak seperti beras putih, beras perang boleh membantu menstabilkan kandungan gula darah dengan mengeluarkan gula secara perlahan-lahan. Ini menjadikan ia pilihan yang lebih baik untuk pesakit kencing manis (diabetes) berbanding dengan beras putih.

Walaupun kajian di Asia telah menunjukkan perhubungan antara pengambilan nasi putih / beras putih terhadap risiko diabetes namun penyelidikan baru menunjukkan bahawa individu yang makan sekurang-kurangnya dua hidangan mingguan beras perang boleh mengurangkan peluang mereka mendapat kencing manis 2 sehingga 11 peratus.

Secara keseluruhannya, bukan hanya pada beras tetapi juga pada makanan yang lain. Elakkan untuk mengambil makanan yang berwarna putih seperti tepung putih, beras/nasi putih, pewarna, gula putih, perisa dan makanan berproses.

Join the conversation

TOP