“Brain Aneurysm”

Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan perkhabaran berita yang sedih dan menyanyat hati. Kisah kematian dua orang pelajar IPTA tempatan yang disebabkan oleh “brain aneurysm” telah menjadi bualan hangat masyarakat tempatan.

Namun, pernahkah kita tahu apa itu “brain aneurysm”? Adakah ia merupakan penyakit yang berkaitan dengan stress yang melampau atau sebaliknya?

medicalnewstoday.com

“Brain aneurysm” adalah pembengkakan yang berlaku pada dinding salur darah arteri yang menyalurkan darah ke otak. Ia terjadi kerana terdapat bahagian pada dinding salur darah tertentu yang lemah.

Kadang kala ‘brain aneurysm’ boleh pecah dan menyebabkan pembentukan darah beku di dalam otak. Kerosakan otak dan kematian boleh berlaku bergantung kepada kepada tahap keterukan darah beku tersebut.

Salur darah yang terlibat biasanya terletak pada bahagian pangkal otak yang dinamakan ‘circle of Willis’. Dimanakah terletaknya ‘ circle of Willis’ tuh? Dah mula rasa cuak dan risau bukan?

MedicineNet.com

Seseorang boleh mendapat ‘brain aneurysm’ kerana faktor genetik atau kerana salur darah yang bertukar menjadi keras (atherosclerosis) dan faktor usia.

Faktor-faktor yang berikut boleh meningkatkan risiko untuk mendapat ‘brain aneurysm’:

  • Faktor keturunan: Mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai ‘brain aneurysm’ berkemungkinan untuk mendapat ‘brain aneurysm’.
  • Pernah mempunyai ‘brain aneurysm’: Berkemungkinan besar  mempunyai ‘aneurysm’ di lokasi yang berbeza.
  • Jantina: Perempuan lebih berisiko untuk mendapat ‘brain aneurysm’ dan pendarahan dalam otak.
  • Darah tinggi: Risiko untuk mendapat pendarahan dalam otak lebih tinggi untuk mereka yang mempunyai darah tinggi.
  • Merokok: Merokok boleh meningkatkan risiko untuk ‘brain aneurysm’ pecah.

Secara kasarnya, ” brain aneurysm” dikaitkan juga dengan masalah genetik , kesihatan dan rutin harian seseorang individu itu sendiri. Dapat disimpulkan di sini secara kasarnya, rutin harian yang negatif seperti tabiat merokok juga boleh menyumbang kepada ” brain aneursym” ini.

MedicineNet.com

Masih nak tahu tentang ” brain aneurysm”? Dah tahu pasal faktor penyebab mesti nak tahu macam mana “brain aneurysm” ini berlaku kan? Adakah perlu menunding jari pada satu pihak sahaja atau mungkin boleh diubah hanya dengan mengubah cara rutin harian kita ke arah yang lebih sihat dan berkualiti?

Jom baca untuk artikel seterusnya. Kita bongkar satu persatu apakah simptom yang dikaitkan dengan “brain aneurysm” dan cara untuk atasinya. Bertidak sebelum ia melarat dan membawa maut.

ARTIKEL SETERUSNYA

https://ococ.my/kenali-simptom-dan-rawatan-brain-aneurysm/

Join the conversation

TOP
Days
Hours
Minutes
Seconds