fbpx

Coco OCOC Manisnya Dari Mana?

Manis OCOC bukan sekadar dari senyuman. Dari bahan semulajadi. Diperolehi dari rantau nusantara ini.

Coco OCOC gunakan gula kelapa. Berbeza dengan gula lain. Gula kelapa punya nutrisi tinggi. Tambahan kepada nutrisi sedia ada.

Gula kelapa tergolong dalam gula rendah Glycemic Index. Hanya 31/100 berbanding dengan 68/100 gula biasa. Lebih tinggi lebih bahaya. 

Di mana bahayanya? 

Mudah fahamnya begini. Apabila kita makan makanan tinggi GI, gula akan cepat dan mudah terurai dalam darah. Berlaku lambakan gula dengan cepat dalam darah. Penuh. Sesak.

Apabila otak kesan darah penuh dengan gula, otak arahkan insulin dikeluarkan. Insulin pun dilepaskan.

Insulin turunkan kandungan gula dalam darah.

Begitulah kerja insulin setiap kali kita ambil gula atau makanan tinggi GI.

Bayangkan anda bekerja bersihkan selut di lantai. Anda jirus air hilangkan selut. Setiap kali orang jalan pasti kasut berselut. Kotorkan lantai. Andalah terhegeh hegeh menjirus. Bertungkus lumut bersihkan lantai.

Perkara ini berulang. Setiap masa. Apakah tidak letih? Apakah anda akan marah?

Begitu juga dengan insulin. Apabila ia merajuk, maka jadilah insulin resistant. Dia berhenti keluar.

(Boleh faham kenapa ada sesetengah orang perlu mengambil suntikan insulin?)

Darah terus tinggi gula. Jadilah kita pengidap diabetes. Ini bukan kerja sehari. Tetapi bertahun. Bermula dari zaman kanak-kanak lagi.

Kandungan gula dalam darah perlu stabil. Sikit memadai. Tidak perlu melimpah.

Gula kelapa stabilkan paras gula dalam darah.

Apabila gula putih lemahkan dan bunuh sel otak di hippocampus – pusat memori, gula kelapa tidak buat kerja gila itu.

Bayangkan anak anda ambil gula putih setiap hari. Setiap hari hari juga sel otak hippocampus dilemahkan. Diracuni.

Tapi dalam masa yang sama kita mahu anak jadi pandai. Cemerlang akademik. Penghafaz Al-Quran.

Malangnya kita meracuni bahagian otak yang bantu anak untuk pandai. Kemudian kita tertanya-tanya kenapa dah bertuisyen pun tetapi masih tidak pandai?

Jadi beralih kepada alternaif yang lebih baik. Contohnya gula kelapa.

Gula kelapa ada inulin. Bantu serapan kalsium. Anak membesar dengan tulang yang lebih kuat.

Inulin adalah prebiotik. Bantu pembentukan bakteria baik. Inulin hilangkan sembelit. Jaga kesihatan perut.

Menariknya tentang gula kelapa ia ada polyphenols, sejenis anti oksida. 

Apabila anak atau kita ambil jajan atau makanan tidak sihat, sel tubuh dan otak jadi rosak. Polyphenol bantu baiki sel yang rosak.

Anak terus sihat. Ini yang kita mahu. Anak sihat dan terus cemerlang. Bukankah kejayaan anak-anak adalah kebanggan kita?

p/s: Ingin dapatkan coco ococ sekarang? Cari ejen berdekatan di: https://ococ.my/e/ejen-ococ/

Add Comment