‘Eat Healthy’? 7 Makanan Pengganti Nasi Yang Boleh Anda Amalkan Untuk Diet

Pexels.com

Tidak dinafikan, nasi yang merupakan sumber makanan terutama di Malaysia. Namun kandungan karbohidrat pada nasi dapat meningkatkan risiko diabetes dan kenaikan berat badan. Ini antara 7 makanan pengganti nasi yang boleh diamalkan sebagai alternatif sumber karbohidrat yang lebih sihat.

1. Ubi keledek

Pexels.com

Ubi keledek sesuai dijadikan sebagai pengganti nasi untuk anda yang sedang berdiet kerana karbohidrat pada ubi mengandungi lebih banyak serat dan sedikit gula berbanding nasi. Ubi keledek juga kaya dengan kandungan provitamin A, vitamin C dan kalium. Ia juga mengandungi antioksidan yang dapat membantu melindungi tubuh dari pelbagai penyakit.

2. Roti gandum

Pexels.com

Roti gandum bukan sahaja mempunyai kalori yang rendah malah kaya dengan nutrisi. Roti gandum juga dapat memberikan anda kekenyangan yang lebih lama. Sangat sesuai diamalkan untuk menurunkan berat badan. Ia juga dapat mencegah obesiti yang boleh menyebabkan penyakit diabetes, kardiovaskular dan banyak penyakit lain.

3. Epal Hijau

Pexels.com

Epal mampu membantu untuk menurunkan berat badan berkilo-kilo kerana epal hijau ini membekalkan tenaga yang cukup untuk mereka yang sedang berdiet. Epal hijau mengandungi nutrisi yang diperlukan untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh. Epal hijau juga kaya dengan vitamin C dan mempunyai khasiat 50% lebih tinggi daripada buah jambu batu.

4. Brokoli

Pexels.com

Brokoli kaya dengan serat yang membantu proses pencernaan supaya tidak cepat rasa lapar. Brokoli juga rendah kalori, 100 gram brokoli hanya mengandungi 34 kalori. Ia juga kaya dengan nutrisi yang membantu menurunkan berat badan seperti kandungan kalsium yang boleh mengurangkan penghasilan sel lemak baru yang merangsang penguraian lemak.

5. Rolled oat

Pexels.com

Secara nutrisinya, Rolled Oat sangat membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk waktu yang lebih lama. 1/2 cawan oat mengandungi 190 kalori, 3.5g lemak, 32 g karbohidrat, 5 g fiber, 1g gula dan 7g protein.

6. Greek Yogurt

Pexels.com

Greek yogurt sangat baik dalam mengekalkan sistem penghadaman. Tambahan pula, ia akan mempercepatkan penghadaman yang dapat meningkatkan tenaga dan kadar metabolisma badan yang baik. Ia juga merupakan alternatif yang terbaik bagi mereka yang ingin mengelakkan berlakunya obesiti. Selain itu, ia juga baik untuk mengekalkan berat badan kerana mengandungi kurang lemak dan membantu penyerapan nutrien yang baik.

7. Pisang

Pexels.com

Pisang juga boleh menggantikan nasi kerana buah ini kaya dengan kandungan karbohidrat. Selain itu, pisang juga kaya dengan kalium, vitamin B6 dan vitamin C yang dipercayai dapat membantu menurunkan tekanan darah dan baik untuk kesihatan jantung.

Join the conversation

TOP
Days
Hours
Minutes
Seconds