fbpx

Gula Kelapa OCOC

Gula Kelapa

Antara alternatif terbaik gula putih adalah gula kelapa.

Berbeza dengan gula lain.
Gula kelapa punya nutrisi tinggi. Tambahan kepada nutrisi sedia ada.

Gula kelapa tergolong dalam GULA RENDAH Glycemic Index.

Hanya 31/100 berbanding dengan 68/100 gula biasa. Lebih tinggi lebih bahaya.

Low GI sugar
Sumber: http://drmartharich.com/resources/guide-to-added-sweeteners/

“Apa beza Low GI vs High GI?”

Mudah fahamnya begini.

Apabila kita makan makanan tinggi GI, gula akan cepat dan mudah terurai dalam darah.

Berlaku lambakan gula dengan cepat dalam darah. Penuh. Sesak.

Apabila otak kesan darah penuh dengan gula, otak arahkan hormon kawal gula dikeluarkan.

Hormon pun dilepaskan. Turunkan kandungan gula dalam darah.

Begitulah kerja hormon kawal gula setiap kali kita ambil gula atau makanan tinggi GI.

Bayangkan anda bekerja bersihkan selut di pantai. Anda jirus air untuk hilangkan selut.

Tapi setiap kali jirus, ada orang baru datang berjalan. Selut kembali. 

Perkara ini berulang. Setiap masa.

Apakah tidak letih?
Apakah anda akan marah?

Begitu juga dengan hormon kawal gula.

Apabila ia merajuk, maka jadilah hormon resistant. Dia berhenti keluar.

Darah terus tinggi gula. Jadilah kita pengidap diabetes.

Ini bukan kerja sehari. Tetapi bertahun. Bermula dari zaman kanak-kanak lagi.

Kandungan gula dalam darah perlu stabil.

Sikit memadai. Tidak perlu melimpah.

Gula kelapa stabilkan paras gula dalam darah. 

Berbanding gula putih yang lemahkan dan bunuh sel otak di hippocampus – pusat memori, gula kelapa tidak buat kerja gila itu.

Bayangkan anak anda ambil gula putih setiap hari.

Setiap hari hari juga sel otak hippocampus dilemahkan. Diracuni.

Tapi dalam masa yang sama kita mahu anak jadi pandai. Cemerlang akademik. Penghafaz Al-Quran.

Malangnya kita meracuni bahagian otak yang bantu anak untuk pandai. Kemudian kita tertanya-tanya kenapa dah bertuisyen pun tetapi masih tidak pandai?

Jadi beralih kepada alternaif yang lebih baik. Contohnya gula kelapa.

Gula kelapa ada inulin.
Bantu serapan kalsium.

Anak membesar dengan tulang yang lebih kuat.

Inulin adalah prebiotik.

Bantu pembentukan bakteria baik. Inulin hilangkan sembelit. Jaga kesihatan perut.

Menariknya tentang gula kelapa ia ada polyphenols, sejenis anti oksida.

Apabila anak atau kita ambil jajan atau makanan tidak sihat, sel tubuh dan otak jadi rosak.

Polyphenol bantu baiki sel yang rosak.

Atas kesemua sebab inilah, produk Coco OCOC juga memilih gula kelapa.

Dan gula kelapa ini tidak ada orang tengah.

Dr Rizal dapatkan sendiri dari sumbernya. Supaya kualiti dan keasliannya terjamin.

Untuk dapatkan gula kelapa ini, hubungi ejen berdekatan anda disini:
https://ococ.my/e/ejen-ococ/

TOP

Search ococ.my

SHOPPING BAG (0)