Kenali Simptom Dan Rawatan “BRAIN ANEURYSM”

Medicinenet.com



Sedar tak sedar “brain aneurysm” telah berlaku di kalangan masyarakat di Malaysia. Kalau dahulunya, kita selalu mendengar perkataan stress namun kali ini agak berbeza penyakitnya. Belum reda isu COVID19, kini masyarakat memberikan fokus kepada isu “brain aneurysm” ini.

Bagaimanakah nak kenal pasti simptom “brain aneurysm” ini dan adakah penyakit ini boleh dirawat atau sebaliknya? Jom kita kenali simptom penyakit alaf baru ini.

Kebanyakan “brain aneurysm” tidak mempunyai simptom dan ditemui secara tidak sengaja semasa menjalani pemeriksaan untuk penyakit lain.

Simptom selalunya terjadi apabila “brain aneurysm” pecah dan menyebabkan pendarahan dalam otak (stroke). Simptom-simptom tersebut adalah:

  • Sakit kepala yang teruk berlaku secara tiba-tiba dan sakitnya berbeza dari sakit kepala biasa.
  • Lemah atau lumpuh sebahagian dari anggota badan.
  • Kesukaran untuk bercakap atau memahami percakapan.
  • Sakit leher yang teruk dan berterusan.
  • Loya dan mutah yang berterusan.
  • Sangat sensitif terhadap cahaya.
  • Pengsan/ tidak sedarkan diri.
  • Sawan.

Apabila “brain aneurysm” pecah, risiko utuk kematian adalah sebanyak 30-40%. Risiko mengalami kerosakan otak yang sederhana kepada teruk adalah sebanyak 20-35% jika “brain aneurysm” tidak dirawat. Sebanyak 15- 30% lagi hanya mengalami kerosakan otak yang ringan. Jika “aneurysm” tidak dirawat dengan cepat, terdapat juga risiko untuk pendarahan berlaku semua.

Seram dan ngeri bukan? Jadi bagaimana “brain aneurysm” menyerang atau membuat pembuluh darah itu pecah?

Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan ‘aneurysm’ itu pecah adalah:

  1. Tekanan darah yang tinggi. Mengangkat barang-barang yang berat dan meneran juga boleh menyebabkan tekanan dalam otak meningkat.
  2. Tekanan dan emosi terganggu seperti terlalu sedih dan marah boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.
  3. Pengambilan ubat ‘pencair darah’ seperti warfarin, ubat untuk menguruskan badan dan dadah merbahaya seperti kokain.

Namun, pakar kesihatan sendiri masih menemui jalan buntu kerana penyebab untuk “aneurysm” masih lagi dalam kajian yang perlu diperhalusi dengan sebaiknya. Ini kerana , penyakit ini menjadi penyakit baru di alaf ini.

Tetapi, penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan rawatan yang sesuai. Terdapat 2 kaedah penyelesaian bagi penyakit ini iaitu dengan melakukan pembedahan dan terapi endovaskular.

Premierhealth.com
  1. Pembedahan
    Clip’ istimewa diletakkan pada bahagian pangkal aneurysm semasa pembedahan berlaku merupakan rawatan yang standad dengan peratus kejayaan yang tinggi. Sepanjang 20 tahun yang lepas, pelbagai kemajuan dalam teknik pembedahan termasuk ‘clipping’ secara pembedahan mikro dengan risiko yang sangat rendah.
  2. Terapi endovaskular
    Ini merupakan alternatif kepada pembedahan. ‘Angiogram‘ otak akan dilakukan dan alat istimewa yang dinamakan ‘coils’ akan diletakkan di dalam aneurysm semasa prosedur ini dilakukan. ‘Coils’ ini akan menyebabkan ‘aneurysm‘ tersumbat, kemudian darah beku terhasil dan seterusnya ‘aneurysm‘ tersebut menjadi keras. Proses ini dapat menghalang ‘aneurysm‘ dari pecah dan mengakibatkan pendarahan otak.

“Aneurysm” yang kecil mungkin tidak disedari oleh pesakit itu sepanjang hayatnya namun boleh dikenal pasti dengan melakukan pemeriksaan di pusat kesihatan yang berhampiran selepas mempunyai gejala yang luarbiasa.

Fairview.org

Jika “aneurysm” in pecah dan pendarahan dalam otak berlaku, 40% daripada kes-kes sebegini berakhir dengan kematian dalam masa 24 jam pertama. Dua puluh lima peratus lagi maut dalam masa 6 bulan pertama.

Pesakit yang menerima rawatan bagi aneurysm yang belum  pecah, memerlukan masa yang singkat untuk proses rehabilitasi berbanding dengan mereka yang mempunyai aneurysm yang sudah pecah. Proses rehabilitasi bagi mereka ini mungkin mengambil masa berminggu-minggu sehingga berbulan-bulan.

Secara keseluruhannya, “brain aneurysm” ini boleh dirawat atau lebih tepat lagi diubati dengan membuat pemeriksaan dengan pakar atau yang paling mudah melalui rutin harian. Penyakit ini juga boleh dicegah dengan mengamalkan permakanan yang sihat serta mendapatkan rehat yang secukupnya.

Penyakit ini tidak hanya menyerang para pelajar malahan boleh juga menyerang pelbagai lapisan umur termasuk yang sudah berumur. Namun apa yang membezakannya adalah rutin harian seseorang individu tersebut. Menggunakan langkah seperti melakukan senaman ringkas dan memanjakan diri dengan makanan sihat dan berkhasiat mungkin mampu mengurangkan “brain aneurysm” untuk berlaku.

Mentalhealth,com

Di samping itu, sokongan individu atau kelompok masyarakat keliling sangat penting untuk mengelakkan berlakunya “brain aneurysm”. Berikanlah sokongan yang positif terhadap semua ahli keluarga terutama sekali di waktu zaman pasca COVID19 sekarang. Elakkan untuk memberikan tekanan tetapi berikan kasih sayang yang seutuhnya.

Jagalah kesihatan dan berubahlah ke arah permakanan yang lebih sihat dan berkualiti disamping mengamalkan rutin harian yang sihat. Badan yang sihat akan menyumbang kepada otak yang cerdas dan berkualiti.

Mahukan minuman atau makanan yang sihat untuk otak anda? Boleh kunjungi website rasmi kami https://ococ.my/shop/

Join the conversation

TOP