Kenapa perlu memilih WHOLEMEAL?

Pexels.com

Macam mana? Nak mula makan roti gandum? Pastinya ramai yang tidak suka kerana roti gandum kurang sedap dari roti putih. Janganlah begitu kerana roti gandum adalah makanan sihat yang memberikan khasiat yang baik untuk badan kita.

Tak sedap, itu biasa kerana saya juga dulu begitu. Tapi lama – lama kita dah terbiasa makan roti gandum, kita akan automatik mengambilnya sendiri.

Selalu kita mendengar roti gandum ini dikaitkan dengan makanan yang mampu mendapat bentuk yang ideal atau lebih tepat lagi kurus.

Wow, kurus! Betul ke tuh atau sebab nak lariskan penjual roti gandum di pasaran. Nak percaya ke tak? Jom kita baca sampai habis okay, rugi kalau baca separuh jalan.

Pexels.com

Wajib tahu kenapa roti wholemeal perlu dimasukkan dalam senarai makanan harian kita. Ini sebabnya:

1.Karbohidrat kompleks, dicerna lebih perlahan tetapi berterusan.

2. Kalori lebih rendah (127kalori untuk 2 keping).

3. Sesuai untuk pesakit kencing manis.

4. Berwarna perang dan tidak menggunakan tepung putih yang telah melalui berbagai proses  “bleach”.

5. Kaya serat . Juga kaya dengan vitamin B kompleks,  vitamin E, zat besi, zink, asid folat dan anti oksidan.

Pexels.com

Nak kurus tak boleh makan roti putih ke? Kenapa? Sebab ini:

1.Karbohidrat ringkas, dicerna lebih cepat dan gula turun lebih cepat.menyebabkan cepat lapar.

2.Kalori tinggi (157kalori untuk 2 keping).

3.Tidak sesuai untuk pesakit kencing manis. High Glycemic Index.

4.Merangsang menghasilkan hormon insulin yang banyak.

5.Berwarna putih disebabkan terdapatnya proses penyulingan  sebelum DIPUTIHKAN dengan agen peluntur kimia yang mengandungi klorin. Setelah itu, tepung akan dikeringkan pada suhu yang tinggi sebelum “gluten” sejenis bahan ditambah untuk menghasilkan lebih udara dalam roti.

6.Tiada serat. Serat sangat diperlukan tubuh badan untuk melancarkan proses pencernaan, mengawal berat badan, mencegah risiko sakit jantung, kanser dan diabetis.

Pexels.com

Apa kata anda? Terkedu sebab dah banyak makan roti putih? Jangan risau kita boleh ubah secara pelahan-pelahan okay!. Yang penting usaha untuk ke arah yang lebih baik, itu merupakan kunci utama. Pilihan terletak di tangan kita sebagai pengguna.

Perlu diingatkan juga bukan hanya untuk roti tetapi juga tepung. Beralihlah dari tepung putih kepada tepung wholemeal dan gunakanlah produk makanan yang berasaskan wholemeal.

Join the conversation

TOP