Penghantaran Percuma Serendah Belian RM100 sahaja!

Aktiviti
Posted in

5 JENIS DIET SIHAT “GRATIS”.

Posted in

Diet. Itulah perkataan yang sering menitir di bibir setiap wanita di Malaysia dan luar negara. Pelbagai cara alternatif telah dikongsikan oleh pakar – pakar nutrisi bagi menceritakan tentang diet sihat. Tetapi, ada segelintir golongan mengambil cara mudah dengan menjalani proses penyedutan lemak dan permotongan usus besar untuk mendapatkan tubuh badan yang diimpikan. Mengerikan tapi itulah hakikat yang perlu kita terima. Namun, di dalam perkongsian ilmu kali ini, insya’allah anda akan mampu melakukan diet yang sihat dan tidak membawa kepada kematian. Kenapa kematian? Ini kerana, kita pernah dihujani kisah sedih sebelum ini,apabila seorang wanita maut akibat tidak mengambil sebarang makanan kerana ingin mendapatkan badan yang kurus. Nau’zubillah, semoga dijauhkan. Jom kita kenali 5 jenis diet sihat yang boleh kita ikut.

Adobe Stock.com

Diet Paleo

Adobe Stock.com

Diet Paleo atau dikenali sebagai diet orang zaman batu mempunyai teori bahawa” penyakit moden” yang masa sekarang ini adalah disebabkan pengambilan bahan-bahan seperti bijiran, tenusu dan juga makanan yang telah diproses. Antara penyakit moden yang selalu menghantui rakyat Malaysia seperti obesiti, sakit jantung , darah tinggi, kencing manis dan strok. Rata – ratanya adalah disebabkan oleh kandungan lemak tepu yang tinggi di dalam makanan yang diambil. Pergh! , bila dengar pasti rasa nak cek berapa banyak kalori makanan kita hari ini kan? Berbalik kepada diet paleo amat menekankan kepada pemakanan seperti sayuran, buah-buahan, kekacang dalam jumlah kuantiti yang banyak. Ini adalah untuk mengelakkan diri kita daripada mengambil makanan yang diproses, gula putih, tenusu dan juga bijirin terproses. Sedia maklum yang kita tahu, sumber makanan yang diproses adalah tidak baik untuk tubuh kita. Sebab itu, kita digalakkan untuk mengambil makanan yang “fresh” dari ladang seperti sumber tenusu seperti susu kambing atau susu lembu. Di Malaysia sudah terbinanya sebuah cafe yang memperkenalkan diet Paleo ini iaitu Paleolicious Cafe yang terletak di Kuala Lumpur dan Putra Jaya.

Diet Atkins

Adobe Stock.com

Diet Atkins merupakan antara diet yang popular di Malaysia. Di laman sosial Twitter, terdapat satu akaun yang dikhaskan untuk mereka yang ingin mengikuti diet atkins ini. Diet atkins akan menolong anda mengawal tahap insulin dalam badan anda menerusi cara pemakanan yang betul.

Diet Atkins dikatakan berkesan kerana makanan yang anda ambil haruslah merupakan makanan yang mengandungi protein dan lemak sahaja. Diet Atkins adalah jenis diet yang mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi seperti nasi putih. Secara logiknya, tinngi kandungan karbohidrat akan mengakibatkan pernambahan kadar kolesterol di dalam badan anda. Ini akan membuka ruang kepada penyakit seperti sakit jantung , diabetes dan obesiti. Diet ini dijamin dan terbukti berkesan kerana ianya mampu mengurangkan selera anda daripada mengambil makanan yang akan meningkatkan berat badan anda.

Diet Vegetarian

Adobe Stock.com

Kebanyakkan vegetarian adalah “lacto-ovovegetarians”, dalam erti kata lain, mereka tidak makan makanan yang berasaskan haiwan, kecuali telur, susu, dan madu. Hebat! , inilah salah satu alternatif yang sangat berkesan untuk mendapatkan potongan badan yang diimpikan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan bahawa golongan vegetarian mempunyai berat badan yang lebih rendah. Mereka juga tergolong di dalam golongan yang kurang mendapat penyakit dan  secara umumnya mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding golongan yang makan daging. Paling bestnya, golongan vegetarian akan memiliki tekstur kulit yang licin dan menawan. Wow, pastinya ayat ini akan menggembirakan hati para wanita atau gadis.

Diet Makanan Mentah (Raw Food)

Adobe Stock.com

Diet makan makanan mentah  atau “raw foodism”, ialah diet yang tidak melibatkan makanan dan minuman yang tidak diproses. Makanan untuk golongan ini adalah berasaskan tumbuhan dan bahan organik yang ideal. Secara tepatnya, golongan ini hanya menikmati makanan yang bersumberkan semulajadi tanpa bahan pengawet atau bahan kimia. Secara dasarnya, kita sedia tahu makanan yang diproses akan menyebabkan nutrien yang ada akan hilang dan akan ada penambahan bahan kimia/ sintetik untuk memberikan makanan tersebut mempunyai jangka hayat yang lama dan warna atau rasa yang tidak luntur.

Bagi mereka yang ingin mencuba “raw foodism” tiga perempat daripada pengambilan makanan mereka mestilah terdiri daripada makanan yang belum dimasak. Sejumlah besar pengamal “raw foodism” turut merupakan “vegan” iaitu mereka tidak akan makan atau minum apa-apa sumber makanan atau produk yang berasaskan haiwan. Terdapat empat jenis makanan mentah utama seperti vegetarian mentah, vegan mentah, omnivora mentah, dan karnivora mentah.

Intermittent fasting

Adobe Stock.com

“Intermittent fasting” ialah puasa secara berselang-seli. Ia adalah corak makan di mana kitaran pemakanan adalah diantara tempoh puasa dan makan. Diet ini bertujuan untuk menyekat anda daripada mengambil makanan yang berlebihan. Diet ini menandakan masa untuk anda perlu ambil masa untuk makan. Puasa secara berselang-seli ini biasanya diamalkan untuk menurunkan berat badan. Ini akan memudahkan proses menyekat kadar kalori di dalam badan anda.

Terdapat 4 kategori Puasa berselang-seli iaitu:

  • Teknik makan 16/8 : Tidak mengambil sarapan dan hanya makan untuk 8 jam sahaja.
  • Teknik Makan-Berhenti-Makan : Melibatkan anda perlu berpuasa selama 24 jam sekali atau 2 kali dalam seminggu
  • Diet 5:2 : Menghadkan pengambil kalori hingga 600 kalori untuk 2 kali seminggu dan mengambil makanan seperti biasa bagi 5 hari yang selebihnya.
  • Diet Pahlawan : Hanya mengambil makanan seperti sayuran dan buah-buahan pada waktu pagi dan hanya mengambil makanan yang banyak ataupun “big portion” pada waktu malam.
Adobe Stock.com

Jadi kepada mereka yang ingin berdiet tu, lihatlah diet yang disenaraikan di atas dan amalkanlah mengikut kemampuan anda. Ingat, diet tuh diet juga, senaman tetap kena buat juga. Lemak tepu itu takkan dapat dihilangkan dengan mudah jika tidak mengamalkan senaman dan gaya hidup yang sihat. Berdiet boleh tetapi perlu mempunyai had yang maksimum untuk melakukannya. Antara alternatif yang lainnya, anda boleh juga melakukan senaman ringkas selepas 15 – 30 minit makan. Jika anda berkelapangan ataupun tidak sibuk pada waktu hujung minggu boleh lakukan aktiviti riadah bersama keluarga seperti “jogging” dan berbasikal.

Manfaatnya bukan sahaja mampu mendapatkan bentuk badan yang “fit” malahan baik juga untuk jantung anda. Di samping itu, stress dan tekanan di tempat kerja juga mampu dilepaskan sebebas – bebasnya dan akan memberikan satu aura positif yang baru. Insya’allah, jangan pernah berputus asa untuk berdiet secara sihat kerana usaha dan azam yang jitu sahaja yang mampu memberikan keputusan yang positif!.

Selamat Berdiet.

3 Replies to “5 JENIS DIET SIHAT “GRATIS”.”

  1. Rashwan

    Bagus betul panduan dietnya. Saya dah biasa amalkan diet atkins. Kali ni nak try diet yang lain plak.

    1. Aini[ Post Author ]

      Betul2 boleh cuba mana2 yang terbaik 😀

  2. Rashwan

    Bagus betul panduan dietnya. Saya dah biasa amalkan diet atkins. Kali ni nak try diet yang lain plak.

Leave a Reply to Rashwan Cancel reply

SHOPPING BAG 0

Best Seller
Kategori
Produk