Penghantaran Percuma Serendah Belian RM100 sahaja!

Ococ Logo.svg
Lain
Posted in

6 Tips Untuk Menjadi ULAT BUKU!

Posted in
Pexels.com

Membaca adalah satu hobi yang sangat baik. Agama Islam juga menggalakkan kita supaya membaca dan menajamkan fikiran.

Peribadi orang yang suka membaca adalah peribadi seorang pemimpin. Peribadi yang bersifat kepala, bukan bersifat ekor yang sentiasa menurut sahaja.

Dengan lambakan program hiburan dan drama politik yang tidak berkesudahan di negara ini , kita perlukan lebih ramai orang yang mempunyai hobi yang baik, bermanfaat, dan boleh dikongsikan dengan orang ramai.

Dan membaca adalah salah satu hobi yang sangat-sangat baik.

6 tip ini boleh menjadi panduan untuk memupuk hobi membaca kepada anda. Selamat membaca!

Tip #1 : Tetapkan Matlamat Membaca

Walaupun anda hanya mahu menjadikan membaca sebagai hobi sahaja, tetapi ke mana hobi ini akan membawa anda?

Setiap orang pasti ada matlamat membaca yang berbeza. Ada orang membaca hanya untuk mengisi masa lapang. Ada pula yang membaca untuk menambah kemahiran (skills) yang baru atau sedia ada.

Setelah menetapkan matlamat ini, barulah anda dapat fokuskan kepada genre buku yang sesuai dengan matlamat anda pula.

Tip #2 : Pilih Genre Buku Kegemaran Anda

Setelah anda pasti apakah matlamat anda hendak membaca, sekarang pilih pula apakah genre buku kegemaran anda.

Anda suka membaca buku bukan fiksyen atau buku fiksyen?

Novel Bahasa Melayu atau novel Bahasa Inggeris?

Kitab fiqah ataupun kitab hadis?

Tidak kira apa sahaja genre kegemaran anda, pastikan ia selari dengan matlamat anda membaca. Boleh?

Tip #3 : Tetapkan Masa Membaca

Okay baik. Anda hendak menjadikan membaca sebagai hobi. Bilakah masa yang sesuai untuk membaca?

Ini anda perlu tentukan sendiri, kerana setiap orang ada masa ideal yang berbeza.

Tip Penting : Cuba luangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk membaca. Berhenti “scrolling” media sosial, fokuskan kepada membaca sahaja.

30 minit adalah tempoh permulaan yang baik.

Kalau terlalu singkat (contohnya hanya 10-15 minit), rendah potensi untuk mendapat manfaat dari sesi bacaan itu.

Kalau terlalu lama pula, takut “clashing” dengan kerja hakiki yang lain pula.

Mulakan dengan tempoh 30 minit sehari dahulu. Apabila jadual aktiviti harian sudah tersusun, tambahkan masa membaca tanpa mengabaikan tanggungjawab yang lain.

Boleh? Bagus! Teruskan membaca tip seterusnya.

Pexels.com

Tip #4 : Mulakan Dengan Bahan Bacaan Yang Ringan

Tip seterusnya adalah, mulakan dengan bahan bacaan yang ringan. Pilih buku yang nipis-nipis dengan isi yang tidak berat.

Lebih cepat anda dapat habiskan buku yang pertama lebih baik. Momentum membaca itu akan terus menaik. Anda akan lebih bersemangat untuk membaca buku-buku yang seterusnya.

Tip #5 : Jangan Putus Asa

Tips kelima yang sesuai untuk dikongsikan dengan anda adalah, jangan putus asa membaca.

Mungkin anda melihat rakan-rakan yang lain telah laju membaca dan bertimbun-timbun buku di rak. Anda rasa kagum dengan pencapaian mereka.

Tidak mengapa, teruskan membaca!

Mungkin anda hampir berputus asa, buku 100 muka surat pun tidak habis-habis dibaca kerana sibuk dengan kerja dan tanggungjawab lain.

Tidak mengapa, teruskan membaca!

Kekal dengan matlamat sendiri, kemudian “adjust” kembali masa membaca anda. Ikut semula tip 1, 2, dan 3 di atas. Jangan putus asa!

Tip #6 : Disiplin Dan Konsisten

Akhir sekali, anda perlu disiplin dan konsisten untuk menjadikan membaca sebagai hobi.

Apakah tip untuk kekal disiplin dan konsisten? Rujuk tip yang pertama artikel ini. Itu sahaja yang penting.

Kemudian, kongsikan nota bacaan dan ulasan buku yang anda telah baca dengan orang lain.

Gunakan media sosial untuk berkongsi kebaikan, atau setidak-tidaknya kongsikan dengan ahli keluarga atau sahabat terdekat anda.

Ini hanyalah pilihan, tetapi percayalah banyak hikmah akan muncul apabila anda berkongsi nilai (value) kebaikan dengan orang ramai.

Pexels.com

Membaca adalah hobi yang sangat baik. Tetapi sifat hobi itu sendiri memerlukan masa untuk dipupuk sehingga sebati dengan diri. Jangan berputus asa.

“Berapa banyak buku yang kita baca tak penting. Yang penting adalah berapa banyak ilmu yang kita dapat ambil dan buat tindakan. Kemudian, berapa banyak pula manfaat daripada bacaan itu yang kita kongsikan dengan orang lain.”

Muhammad Zuhairi,2020.

One Reply to “6 Tips Untuk Menjadi ULAT BUKU!”

  1. Rashwan

    tips yang bagus untuk bagi rajin membaca.

Leave a Reply to Rashwan Cancel reply

SHOPPING BAG 0
Best Seller
Kategori
Produk