MAGIK Senyuman Duchenne!

Kata orang, senyuman adalah ibadah. Dengan senyuman kita dapat memberikan tenaga positif dan aura kebahagiaan kepada orang lain di sekeliling kita. Senyuman juga alternatif mudah untuk mengekspresikan diri tanpa perlu bercakap.

Pexels.com

Dari senyuman manis hingga masam , semuanya ada makna di dalamnya. Ingin tahu apa maksud senyuman yang anda lihat dari orang di sekitar anda? Jom baca sehingga habis.

Pernah dengar senyuman Duchenne? Betul ke senyuman Duchenne ada magik panjangkan umur? ( 1 )

Senyuman Duchenne  adalah senyuman kegembiraan. Ia melibatkan penggunaan otot zigomatik major (merangkumi tulang pipi ke sudut mulut) dan otot obicularis oculi yang mengangkat pipi menyebabkan mata kelihatan sepet. Paten senyuman ini sering dikaitkan dengan emosi positif dan ia dianggap sebagai senyuman yang tidak dibuat-buat.

Senyuman separa (Pan Am smile) pula hanya menggunakan otot zigomatik major, seringkali digelar sebagai SENYUMAN BOTOKS. Namanya diambil bersempena dengan syarikat penerbangan Pan American World Airways, di mana setiap pramugari dan pramugara memperagakan paten senyuman yang sama. Ia merupakan senyuman yang sering digunakan apabila sesi bergambar buat mereka yang sukar untuk tersenyum.

freepik.com

Dapatan kajian Abel dan Kruger tersebut menunjukkan bahawa mereka yang tidak tersenyum hidup sehingga berumur 72.9 tahun secara purata manakala mereka yang senyum separa hidup sehingga berusia 75 tahun. Mereka yang mempunyai senyuman Duchenne hidup sehingga purata usia 79.9 tahun.

Secara keseluruhannya, senyuman Duchenne ini biasanya digambarkan melalui bentuk bibir yang lebih lebar daripada senyuman biasa, disertai dengan suara yang sedikit, dan hampir seperti seseorang yang tertawa.

Wah, memang mampu panjangkan umur! Jadi, jangan malu-malu untuk mengukirkan senyuman Duchenne dengan semua orang okay!.

ARTIKEL BERKAITAN SETERUSNYA

https://ococ.my/10-fakta-senyum-no-9-perlu-tahu/

Join the conversation

TOP