fbpx

7 Manfaat Dark Chocolate Untuk Kesihatan Yang Mesti Anda Tahu

Coklat Gelap ataupun Dark Chocolate mengandungi banyak nutrien yang boleh memberi kebaikan kepada kesihatan tubuh badan kita. Ianya diperbuat daripada biji pokok koko yang merupakan antara agen antioksida terbaik yang terdapat dalam muka bumi ini.

Kajian menunjukkan bahawa coklat gelap boleh meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan anda. Ianya juga dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Perkongsian pada kali ini akan berkisar tentang 7 Manfaat Dark Chocolate untuk Kesihatan Terbaik yang telah terbukti oleh pelbagai kajian saintifik.

1. Melancarkan Pengaliran Darah

Sumber: Pixabay.com

Coklat gelap mempunyai bahan yang dinamakan sebagai flavanol. Bahan ini boleh memberi rangsangan kepada endotherium, iaitu lapisan arteri untuk menghasilkan nitrik oksida (NO) (1) . Salah satu fungsi NO adalah untuk menghantar signal kepada arteri untuk bekerja dengan rileks dengan melenturkan lapisan pembuluh darah(2).

Apabila hal ini terjadi, perederan darah akan menjadi lebih lancar. Dengan meningkatnya aliran darah, tekanan darah akan menurun secara signifikan (3)

Banyak dapatan kajian lain  menunjukkan bahawa koko dan coklat gelap boleh meningkatkan pengaliran darah dan merendahkan tekanan darah. (4, 5)

Justeru, manfaat coklat gelap dalam melancarkan pengairan darah dan menormalkan tekanan darah tidak harus dipandang enteng.

2. Meningkatkan Prestasi Otak

Sumber: Pixabay.com

Coklat gelap juga boleh meningkatkan prestasi otak. Terdapat satu kajian yang dijalankan terhadap beberapa orang sukarelawan. Berdasarkan kajian tersebut, didapati bahawa dengan mengambil koko yang mempunyai sumber flavanol yang tinggi selama lima hari berturut-turut, pengaliran darah ke otak akan meningkat (6).

Koko juga akan dapat meningkatkan fungsi kognitif dalam kalangan warga emas yang mempunyai kecacatan mental. Ianya dapat meningkatkan kepetahan bertutur (7)

Sebab itulah Coco OCOC menggunakan Dark Chocolate sebagai bahan utama dalam penghasilan setiap paket OCOC. Sukatannya pula bersesuaian dengan keperluan otak.

Ingin dapatkan Coco OCOC sekarang? Cari ejen berdekatan di:
https://ococ.my/e/ejen-ococ/

3. Mengurangkan risiko sakit jantung

Sumber: Pexels.com

Kajian menunjukkan bahawa makan sejumlah kecil coklat gelap dua atau tiga kali setiap minggu boleh membantu menurunkan tekanan darah anda (8). Coklat gelap memperbaiki aliran darah dan boleh membantu mencegah pembentukan darah beku. Makan coklat gelap juga boleh mencegah arteriosklerosis (pengerasan arteri) (9).

Flavanol yang terdapat dalam coklat gelap bukan sahaja mampu melancarkan pengaliran darah, tetapi ianya juga dapat menjadikan platelet darah kurang melekit. Jadi, pengumpulan darah dapat dielakkan, dan ini juga dapat menghalang strok (10).

 Tambahan pula, koko mempunyai bahan perangsang seperti kopi dan juga theobromine yang menjadi kunci utama sebab ianya boleh meningkatkan fungsi jantung dalam jangka masa yang singkat (11).

4. Sumber Antioksida Luar Biasa

Sumber: Pixabay.com

Coklat gelap kaya dengan bahan organik aktif yang bertindak sebagai sumber antioksida. Antaranya termasuklah polifenol, flavanol dan catechin.Terdapat satu dapatan kajian yang menunjukkan koko dan coklat gelap mempunyai aktiviti antioksida yang lebih tinggi berbanding pelbagai jenis buah yang diuji, termasuk beri biru dan juga beri acai (12).

Antioksidan boleh membantu untuk membebaskan badan anda daripada radikal bebas yang menyebabkan kerosakan oksidatif kepada sel-sel. Radikal bebas yang terdapat dalam badan inilah yang menjadi penyebab kanser. Ianya juga memberi kesan kepada proses penuaan (13). 

Percaya atau tidak, dengan mengamalkan coklat gelap, selain terlindung daripada pelbagai jenis kanser, ia juga mampu menbuat kulit wajah anda menjadi awet muda!

5. Bantu Mengurangkan Berat Badan

Sumber: Pixabay.com

Terdapat satu kajian yang dilakukan di Itali  pada tahun 2005 mendapati bahawa coklat dapat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis (14). Sensiviti insulin ini akan mengawal kadar gula dalam darah menjadi paras normal.

Coklat gelap sendiri memiliki kadar glidemik yang rendah sehingga tidak akan menyebabkan peningkatan gula darah(15). 

Satu lagi kajian yang dijalankan pada tahun 2009 yang telah diterbitkan dalam "Southern Medical Journal" telah mengkaji kesan coklat gelap terhadap 28 sukarelawan yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Kajian ini mendapati bahawa polyphenol yang terdapat dalam coklat gelap mempunyai fungsi dalam mengawal tahap kolestrol. Selain itu, pengambilan coklat gelap yang kaya dengan polyphenol ini  selama tiga minggu juga boleh meningkatkan tahap kolestrol baik dan mengurangkan kolestrol jahat sehingga 9 peratus (16).

6. Melindungi dan Mencantikan Kulit

Sumber: Pixabay.com

Bahan bioaktif yang terdapat dalam coklat gelap juga sebenarnya amat baik untuk kulit anda. Flavanol mempunyai fungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh merosakkan kulit. Selain meningkatkan pengaliran darah ke kulit, ketumpatan kulit dan kadar hidrasi dalam badan juga akan meningkat (17). 

Dengan mengamalkan pengambilan coklat gelap yang mempunyai sekurang-kurangnya 70 peratus kandungan koko, kedutan di kulit juga akan dapat dihilangkan. 

Tak hanya itu, dengan mengurangkan hormon stres, coklat dapat meningkatkan mood gembira, lantas  menghalang kerosakan kolagen. Kolagen adalah protin yang akan mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda (18).

7. Meningkatkan Daya Penglihatan

Sumber: Pixabay.com

Manfaat flavanol dalam melancarkan pengaliran darah dalam tubuh sememangnya dapat meningkatkan pelbagai fungsi lain dalam tubuh. Ini termasuklah bahagian mata. Hal ini terjadi apabila  bekalan darah ke retina berjalan lancar dan tidak mempunyai apa-apa halangan (19).

Terdapat satu kajian yang dijalankan ke atas 30 orang  sukarelawan dewasa.  Mereka dikehendaki mengambil coklat dan tahap penglihatan mereka diperiksa selepas dua jam. Kajian mendapati bahawa coklat gelap mempunyai lebih banyak kebaikan daripada coklat putih.

Peserta yang mengambil coklat gelap mempunyai sedikit peningkatan terhadap daya penglihatan mereka berdasarkan ujian penglihatan yang dijalankan ke atas mereka berbanding peserta yang mengambil coklat putih (20). 

Ingin dapatkan coco ococ sekarang? Cari ejen berdekatan di:
https://ococ.my/e/ejen-ococ/

Meskipun terdapat pelbagai manfaat coklat gelap, anda tidak semestinya membeli coklat secara pukal dan mengambilnya setiap masa. Ia masih mempunyai kalori yang boleh menyebabkan anda mudah makan secara berlebihan.

Jika anda ingin mendapatkan manfaat sebenar tanpa kalori, anda boleh cuba mengamalkan pengambilan air koko hangat tanpa gula ataupun krimer. Anda juga mesti mengambil langkah berjaga-jaga dalam memilih produk yang berkualiti di pasaran. 

Banyak coklat yang terdapat di pasaraya dan tempat lain yang dijual biasanya tidak sihat. Pilih produk berkualiti yang mempunyai sekurang-kurangnya 70 peratus kandungan koko. Coklat gelap biasanya memang mempunyai kandungan gula, tapi kuantitinya lebih sedikit. Semakin gelap coklat, semakin kurang kandungan gula yang terdapat di dalamnya. Semoga bermanfaat dan Selamat Mencuba!

Add Comment