fbpx

Ada Apa Pada Susu Kambing?- 9 Manfaat Susu Kambing Yang Anda Akan Menyesal Kalau Tak Ambil Tahu

Tentu ramai di kalangan anda yang mungkin berasa loya kalau sebut pasal susu kambing kan? Masakan tidak. Dengar namanya saja sudah boleh terbayang baunya yang agak kurang menyenangkan.

Namun kini, selari dengan arus permodenan, semakin banyak produk susu kambing yang dihasilkan yang tidak akan membuatkan tekak anda berasa loya. 

Antaranya termasuklah Produk Coco OCOC-oleh Dr. Rizal.

Nak tahu apa susu kambing boleh buat? Jom baca 9 Manfaat Susu Kambing yang disediakan khas untuk anda yang masih teragak-agak nak mengambilnya.

Tentu lepas ni anda tidak akan terlepas mengambil susu anda setiap hari!

1. Mencantikkan kulit

Susu kambing diperkaya dengan kandungan asid lemak dan trigliserida, yang membuatkan ianya bagus untuk kulit (1). Memandangkan ianya juga bersifat alkali, susu tidak akan menghakis kulit anda (2).

Selain itu, susu kambing juga penuh dengan kandungan vitamin A (3) . Vitamin A ini merupakan nutrien penting untuk kulit. Asid laktik yang ada pada susu juga boleh melembabkan dan mencerahkan kulit (4). 

Anda boleh menggunakan secara terus ataupun cairkan sedikit dan gunakannya untuk membasuh muka anda pada waktu pagi. 

Menggunakan sabun susu kambing merupakan cara alternatif yang anda boleh gunapakai untuk meningkatkan kesihatan kulit. Anda boleh dapatkannya di pasaraya terdekat.  

Menggunakan sabun susu kambing dengan kerap akan membuatkan kulit anda lembab tanpa perlukan pelembab tambahan. Sabun susu kambing juga boleh memberi kelegaan kepada anda yang mengalami simptom penyakit kulit seperti ekzema (5).

Anda cuma perlu memakai sabun tersebut pada bahagian kulit yang bermasalah! Mudah bukan? 

2. Mengimbangi pH badan

Mengekalkan pH yang seimbang dalam badan merupakan hal yang sangat penting. Ianya dapat memastikan sistem badan berjalan dengan lancar.

Kandungan mineral yang terdapat dalam susu kambing bersifat alkali. Ianya dapat meneutralkan pH dalam darah dan membantu sistem penghadaman (6) . 

Jika seseorang individu mempunyai tahap asid yang tinggi dalam darah dan sistem penghadaman, individu terbabit akan lebih sering mengalami keletihan yang melampau, gastrik, sakit kepala, ketidakseimbangan gula dalam darah, pelbagai jenis jangkitan kulat dan juga pelbagai penyakit lain (7).  

Jadi, sangat penting untuk anda kekalkan pengambilan susu kambing setiap hari untuk mendapatkan pH yang stabil dan mengelakkan penyakit yang tidak diingini. 

3. Mudah dicerna

Partikel lemak yang terkandung dalam susu kambing adalah lebih kecil. Ini menyebabkan proses pencernaan susu menjadi lebih mudah (8). 

Apabila telah sampai ke perut, protin yang terdapat dalam susu kambing membentuk menjadi seperti satu gumpalan tauhu  yang lebih lembut berbanding susu lembu.

Hal ini juga menyebabkan kurangnya iritasi kepada individu yang meminum susu kambing berbanding meminum susu lembu.

4. Meningkatkan Kesihatan Otak

Kajian menunjukkan bahawa lipid dalam susu kambing boleh mengurangkan masalah kebimbangan. Susu kambing juga memiliki konjugasi  asid linoleik yang terkenal dengan manfaatnya yang dapat mempengaruhi perkembangan otak (9).

5. Menyihatkan jantung

Susu kambing merupakan sumber magnesium yang baik,  mineral bermanfaat untuk jantung. Magnesium membantu mengekalkan kadar denyutan jantung yang tetap. Ia juga dapat menghalang pembekuan darah serta mengurangkan tahap kolestrol (10). 

Susu kambing juga mengandungi rantaian asid lemak sederhana yang sebenarnya lebih banyak daripada susu lembu.

Asid lemak ini terkenal dapat mengurangkan tahap kolesterol dan membantu merawat penyakit koronari (11).

6. Menguatkan tulang

Semua produk tenusu mempunyai manfaat yang luar biasa untuk menguatkan tulang. Sebab itulah ianya sangat disarankan. 

Susu kambing yang dihasilkan tinggi dengan kalsium. Ianya membekalkan kalsium yang tinggi tanpa memberi kesan sampingan (12).  

Selain itu, ianya dapat mengekalkan kestabilan kalsium dalam badan dan mengekalkan tulang yang sihat sepanjang hayat (13). Jadi, risiko untuk mendapat penyakit seperti tulang rapuh ataupun osteoporosis dapat dielakkan.

7. Mencantikkan rambut

Rambut anda memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Kandungan pH yang stabil tidak hanya penting untuk badan, tetapi juga untuk kesihatan rambut. Atas faktor itu jugalah, susu kambing begitu berguna untuk kesihatan rambut.

Anda boleh membilas rambut anda menggunakan susu kambing. Tentunya anda akan mendapati perubahan ketara pada rambut anda. 

Anda juga boleh cuba gunakan susu kambing untuk menggantikan syampu, kemudian diikuti dengan perapi rambut kesukaan anda. Anda pasti berpuas hati  dengan hasilnya nanti.

8.  Agen Metabolik Terbaik

Susu kambing merupakan agen metabolik yang sangat baik. Ianya dapat meningkatkan penggunaan metabolik mineral-mineral penting seperti zat besi, magnesium, kalsium, dan juga fosforus (14) .

Tambahan pula, susu kambing juga mempunyai beta-casein A2 , yang jauh lebih sehat daripada beta-casein A1 yang terkandung dalam  susu lembu.

Beta  casein-A2  tergolong antara variasi beta-casein yang lebih selamat, sementara kembarnya, casein- A1nya didapati dapat menyebabkan terjadinya penyakit diabetes Jenis 1 (15).

Beta-casein A2 yang terdapat dalam susu lembu membuatkan khasiatnya menjadi paling hampir dengan khasiat susu ibu. Sekali lagi, ianya membuktikan bahawa susu kambing paling berkesan untuk kesihatan tubuh manusia. Ianya juga kurang memberi alahan kepada bayi selepas selesai tempoh penyusuan ibu (16). 

9. Menurunkan Tahap Kolestrol

Antara kelebihan lain yang terdapat dalam susu kambing adalah ianya mengandungi asid lemak yang penting seperti arakidonat dan linoleat (17). 

Bahan-bahan ini terkandung dalam susu kambing dalam kuantiti yang lebih tinggi berbanding susu lembu.  Asid lemak ini turut berfungsi sebagai sumber tenaga yang boleh dibakar dengan cepat dan disimpan oleh tubuh sebagi lemak baik (18). 

Inilah yang menyebabkan susu kambing ini berfungsi menjadi agen yang baik untuk membantu menurunkan kolestrol. 

Jadi itulah sedikit sebanyak manfaat susu kambing yang dapat dikongsikan pada kali ini. Jika anda inginkan manfaat susu kambing yang lebih banyak, anda boleh dapatkan CocoOCOC.

Tak cuma susu kambing, tapi 3 bahan utama lainnya mempunyai pelbagai manfaat terbaik untuk kesihatan yang dijamin akan memberi kebaikan luar biasa terhadap tubuh badan anda. 

Macam mana nak dapatkan? Klik sini untuk hubungi ejen kami sekarang!

Rujukan

Add Comment