Nak Otak Cerdas & Ingatan Kuat? Amalkan 4 Makanan Ini Untuk Kuatkan Minda!

Unsplash.com

Anda ingin tahu cara untuk buatkan ingatan anda lebih baik? Ataupun, anda tercari-cari makanan untuk otak dengan nutrisi yang terbaik? Tapi, betul ke ada makanan yang boleh membantu ingatan seseorang?

Banyak makanan yang boleh diamalkan untuk bantu kesihatan otak. Sebagai contoh, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Seperti yang kita semua sedia maklum, sayur dan buah ada banyak khasiat dan tidak boleh disangkal lagi kebaikannya kepada kesihatan kita.

Tetapi, makanan yang menyihatkan bukan terdiri daripada sayur dan buah sahaja! Ada banyak lagi makanan yang boleh bantu tingkatkan kecerdasan otak anda.

1. Makan lebih banyak ikan untuk elak Alzheimer

Jika anda ingin kuatkan memori anda, makan lebih banyak ikan! Ikan kaya dengan asid lemak omega-3 yang terbukti dapat membantu individu yang menghidap Alzheimer.

Salmon, tuna, dan sardin adalah contoh ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3. Anda boleh cuba makan ikan 2 kali seminggu untuk bantu fungsi otak.

Selain itu, anda juga boleh masak ikan menggunakan cara panggang, bakar ataupun rebus untuk dapatkan rasa dan nutrisi yang maksimum daripada makanan laut itu.

2. Makanan untuk otak: Telur

Ramai yang anggap telur sebagai makanan yang tidak berkhasiat. Sebenarnya, tanggapan ini adalah salah!

Telur merupakan makanan yang kontroversi kerana mempunyai kolesterol yang tinggi.

Walaupun begitu, telur masih lagi merupakan makanan yang sihat dan sering menjadi sumber protein pilihan individu yang berdiet.

Telur mengandungi kolin yang penting untuk hippocampus, pusat memori pada otak. Ibu mengandung juga digalakkan makan telur supaya otak anak dapat berkembang dengan sihat.

Selain itu, telur juga kaya dengan vitamin B7, B12 dan juga asid folik.

Unsplash.com

3. Kacang mengandungi nutrisi untuk otak

Kacang juga terbukti boleh bantu buatkan otak lebih cerdas! Kacang, terutamanya kacang walnut, mempunyai banyak protein dan lemak yang baik untuk otak cerdas.

Selain itu, walnut juga mempunyai asid lemak omega-3 dan alpha linoleic acid (ALA) yang dapat bantu turunkan tekanan darah.

Peminat kacang boleh mendapat 2 kebaikan sekali gus daripada tabiat makan kacang kerana ia bukan sahaja baik untuk otak, tetapi juga untuk hati anda!

4. Makanan untuk otak: Coklat

Coklat, terutama sekali coklat gelap bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap. Malah, ia padat dengan antioksidan yang boleh melindungi kita daripada radikal bebas.

Flavonoids, sejenis antioksidan, boleh bantu kuatkan memori dan perlahankan penyakit mental yang disebabkan umur.

Coklat juga merupakan sejenis mood booster. Jika anda rasa jengkel sepanjang hari, cuba makan coklat! Pasti ia boleh buatkan hari anda bertambah ceria.

Unsplash.com

Makanan tidak akan buatkan anda bijak serta-merta“.

Jangan anggap makan secara sihat boleh tiba-tiba buatkan anda pandai atau mampu berfikir dengan pantas secara tiba-tiba!

Anda tidak akan jadi genius walaupun setiap hari makan ikan yang kaya dengan omega-3.

Anda masih perlu amalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam, tidur yang cukup, dan makan makanan yang mempunyai nutrisi untuk otak secara konsisten. Barulah kesannya dapat dirasai!

Samalah seperti makan lobak merah yang katanya boleh buatkan mata menjadi sihat.

Walau banyak manapun anda makan lobak merah, mata anda tidak akan jadi lebih baik daripada keadaannya sekarang.

Join the conversation

TOP
Days
Hours
Minutes
Seconds