Penggemar Kopi Dalgona? Kena Baca Ini! Bahaya Ke Kafein Lebih Dalam Badan?

Pexels.com

Jangan panik, niat di hati bukanlah mewajibkan anda untuk berhenti mengambil kafein. Bawa bertenang ya? Ini hanya perkongsian bersama okay.

Seperti yang kita selalu dapat lihat, masyarakat kita tidak dapat dipisahkan dengan minuman berkafein. Pantang ada resepi baharu sahaja, penggemar kafein pasti ingin mencubanya. Malahan kalau ada cafe yang menjual minuman yang berasaskan kopi,kita akan automatik panaskan enjin kereta dan dapatkan kopi tersebut. Padu kan?

Terbaharu, telah tular satu variasi kopi yang dikenali sebagai kopi dalgona. Maka berduyun-duyunlah individu berkerumun di platform media sosial untuk berkongsi resepi mereka. Pelbagai variasi kopi dalgona dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing. Mata yang melihat pun terliur di tekak!

Pexels.com

Mungkin tidak salah untuk sekali-sekala melayan mengidam sang perut. Pun begitu, kita sedia maklum terdapat beberapa sebab kenapa kita mesti kurangkan atau meminimumkan pengambilan kafein.

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui bahayanya kafein dengan lebih lanjut! Bukan berniat untuk menakut-nakutkan cuma kesihatan tidak mampu dibeli dengan menggunakan wang ringgit.

Apa yang anda perlu tahu mengenai kafein?

Kafein adalah sejenis bahan berasa pahit yang terdapat dalam lebih dari 60 jenis tumbuh-tumbuhan di muka bumi ini termasuklah:

  • Biji kopi
  • Daun teh
  • Buah koko
  • Kacang kola
Pexels.com

Rasa terkejut bukan? Ini bermakna bukan kopi sahaja minuman yang mempunyai kafein. Minuman kegemaran yang lain seperti teh, coklat dan kola juga tergolong dalam kategori ini namun mempunyai kandungan kafein yang rendah berbanding kopi.

Dalam pada itu, ia juga digunakan dalam industri pembuatan beberapa jenis makanan dan ubatan yang lain. Maka bukan penggemar kopi sahaja yang terdedah dengan bahaya kafein.

Persoalannya, mengapa kita perlu kurangkan mengambil kafein?

Terdapat banyak bahaya kafein, sila kurangkan!

Buat anda yang belum tahu, sebenarnya terdapat banyak bahaya kafein terhadap kesihatan tubuh badan kita.

Hampir sama seperti nikotin yang ada dalam rokok, kafein yang terdapat di dalam pelbagai jenis minuman membuat penggemarnya ketagih.

Jika berhenti secara tiba-tiba akan berlaku simptom penarikan yang boleh menjejaskan kesihatan individu. Jadi, langkah terbaik adalah kurangkannya.

Dengan berbuat demikian, anda akan mendapat manfaat seperti berikut:

#1. Kualiti tidur yang lebih baik

Kebanyakan orang akan mengambil kopi untuk berjaga pada waktu malam bagi tujuan bekerja. Ya, ia mungkin berkesan namun boleh mengganggu kitaran tidur yang normal.

Dalam pada itu, ia juga akan membuat anda lebih penat apabila bangun pada keesokan harinya. Oleh itu, kurangkanlah mengambilnya untuk kualiti tidur yang lebih baik.

Pexels.com

#2. Tekanan darah yang lebih stabil

Menurut pelbagai kajian, minuman berkafein telah terbukti mampu meningkatkan tekanan darah akibat dari kesan rangsangannya terhadap sistem saraf dalam tubuh badan.

Ini terutamanya jika anda mengambil 3 ke 5 gelas minuman berkafein sehari. Maka, sila kurangkannya kepada 1 ke 2 gelas sehari atau cuba untuk terus berhenti mengambilnya.

Pexels.com

#3. Penyerapan nutrien dengan lebih efektif

Tahukah anda bahawa tubuh badan dapat menyerap nutrien dengan lebih efektif sekiranya individu itu tidak atau kurang mengambil kafein? Wow, kalau ambik kafein dengan banyak apa akan jadi?

Ini kerana di dalam minuman berkafein terdapat bahan bernama tanin yang akan mengurangkan keberkesanan penyerapan nutrien seperti berikut:

  • Kalsium
  • Zat besi
  • Vitamin B
Pexels.com

Jadi, sila kurangkannya untuk tubuh badan yang lebih sihat.

#4. Gigi lebih putih, bersih dan berseri

Bahaya kafein yang lain adalah berisiko membuat gigi kuning, kotor dan berplak. Ini juga disebabkan oleh kandungan tanin di dalam minuman berkafein.

Ini kerana tanin akan menjejaskan enamel gigi. Akibatnya, ia boleh mereput dan menjejaskan senyuman. Selain itu, ia juga akan membuat mulut kalian lebih berbau.

Pexels.com

Kurangkan minuman berkafein mampu membuat senyuman lebih menarik.

#5. Sistem penghadaman yang lebih sihat

Pengambilan minuman berkafein berlebihan boleh mengakibatkan isu sistem penghadaman. Ini akibat daripada kesan julap yang menjejaskan perut individu.

Kesannya, ia akan menyebabkan cirit-birit atau pembuangan najis air besar yang sukar dikawal. Lebih tepat juga boleh menyebabkan sembelit berlaku. Mengurangkan minuman sebegini adalah alternatif terbaik dan baik untuk kesihatan.

Pexels.com

Sudah dijelaskan namun yang berhak untuk mengubah itu adalah ANDA sendiri. Jika dulu penggemar tegar minuman berkafein bolehlah cuba dengan sedaya mungkin untuk menghadkan pengambilannya. Sebaiknya boleh beralih kepada minuman bercoklat terutama sekali coklat gelap yang sememangnya baik untuk kesihatan terutama sekali otak.

Tak tahu nak dapatkan minuman bercoklat berkualiti tinggi dan paling penting organik? Jom dapatkan minuman Dark Chocolate Combo Merah di https://ococ.my/product/kombo-merah/ . Minuman coklat yang istimewa bersama gabungan bernutrisi tinggi seperti Gingko Biloba, Susu Kambing dan Gula Kelapa.

Join the conversation

TOP