PUNCA Berlaku “Sleep Apnea” dan RAWATAN?

Pexels.com

Punca – punca “Obstructive sleep apnea” (OSA) :

  • Kegemukan (paling kerap), leher pendek dan besar (saiz kolar), dagu kecil
  • Sumbatan di bahagian hidung, mulut, tekak ; contohnya pembengkakkan tonsil ataupun lidah yang besar

Faktor – faktor lain :

  • Alkohol boleh menyebabkan otot bahagian tekak kendur serta menghalang otak dari bertindak terhadap masalah berpunca daripada tidur
  • Masalah hormon tiroid serta kelenjar tiroid yang besar
  • Ubat ubatan seperti pil tidur dan ubat penenang
  • Merokok

Bagaimana “Sleep Apnea” terjadi?

Saluran udara yang separuh tersumbat ataupun sempit tidak mendatangkan masalah pada waktu siang semasa seseorang terjaga, tetapi semasa tidur, lemak di bahagian leher.

Ia akan memberi tekanan kepada salur pernafasan menyebabkan salur pernafasan bertambah sempit menyebabkan “Obstructive Sleep Apnea”.

Keadaan ini diburukkan oleh alkohol dan ubat yang menyebabkan otot di bahagian tekak menjadi kendur (relak) semasa tidur.

Pada waktu saluran pernafasan tersumbat teruk, pernafasan akan terhenti untuk beberapa ketika sehingga otak mengesan kadar oksigen yang rendah. Otak akan menghantar signal kekurangan oksigen.

Tanda- tanda dan Gejala:

Gejala utama “sleep apnea” adalah berdengkur dengan kuat serta mengantuk di waktu siang. Seseorang yang menghidap “sleep apnea” tidur berdengkur tetapi tidak semua yang tidur berdengkur menghidap sleep apnea.

Gejala-gejala lain termasuk:

  • Kerap berubah posisi semasa tidur
  • Rasa lemas semasa tidur
  • Rasa mengantuk, letih dan lemah di siang hari
  • Kurang daya konsentrasi
  • Pemarah
  • Lemah tenaga batin serta tidak berminat untuk hubungan jenis
  • Sakit kepala di waktu pagi
  • Perasaan yang tidak keruan
  • Tidur pada waktu yang tidak sepatutnya seperti semasa makan, memandu atau bercakap
  • Masalah di tempat kerja

Kesan “Sleep Apnea” :

Pesakit yang menghidap masalah “sleep apnea” mempunyai risiko tinggi terhadap:

  • Kemalangan jalan raya
  • Darah tinggi
  • Serangan sakit jantung
  • Angin ahmar
Freepik.com

Rawatan:

  • Masalah OSA yang ringan boleh dirawat dengan mengurangkan berat badan, cara tidur yang betul serta elakkan dari mengambil alkohol, merokok atau ubat ubatan .
  • Rawatan terhadap masalah perubatan yang berkaitan seperti masalah kelenjar tiroid
  • Rawatan seperti menjahit bola tennis ke bahagian belakang baju boleh menggalakkan pesakit untuk tidur mengiring ( tidur melentang boleh menyebabkan apnea menjadi lebih teruk)
  • OSA yang teruk memerlukan alat bantuan pernafasan (CPAP/BPAP; a continuous or biphasic positive pressure ) . Ia boleh menghalang salur pernafasan dari tertutup semasa tidur. Kalau alat ini tidak berkesan , pembedahan mungkin diperlukan untuk melegakan sumbatan pada salur pernafasan.
  • Mouthguard (alat untuk menghalang lidah daripada menyumbat salur pernafasan) . Rawatan ini diberikan oleh Orthodontist. Pembedahan boleh dilakukan untuk mengatasi masalah sumbatan pada hidung atau tekak.

Pencegahan:

“Obstructive sleep apnea” dan masalah berdengkur boleh diatasi dengan:

  • Elakkan pengambilan alkohol, dan ubat-ubatan seperti pil tidur, ubat penenang yang boleh memperlahankan kadar pernafasan
  • Jaga diet anda serta bersenam dan cuba dapatkan berat badan unggul. (Indeks jisim badan yang normal)
  • Tidur mengiring lebih elok dari melentang. Baju yang dijahit dengan bola tenis di belakang mungkin boleh membantu. Berhenti merokok
  • Tinggikan kepala semasa tidur 4 in. (10 cm) ke 6 in. (15cm) dengan meletakkan batu bata di bawah kaki kepala katil.( penggunaan bantal untuk menaikkan bahagian kepala tidak berkesan)
  • Rawat masalah pernafasan seperti hidung tersumbat atau selesema kerana ia menyebabkan berdengkur bertambah teruk. Elakkan daripada mengambil antihistamin kerana ia boleh menyebabkan mengantuk dan memburukkan sleep apnea. Sebaik-baiknya ambillah ubat yang mengurangkan sumbatan (decongestant)
  • Amalkan waktu dan cara tidur yang betul

Apa kata anda? Tidur yang secukupnya dan amalkan makanan gaya hidup yang sihat untuk dapatkan tidur yang berkualiti.

Join the conversation

TOP
Days
Hours
Minutes
Seconds