Resipi Gula Kelapa OCOC

ococ.my

Sebahagian besar, gula kelapa dapat digunakan sama seperti yang anda gunakan gula biasa. Anda mungkin mahu memulakan dengan separuh jumlahnya sehingga kemanisan yang diinginkan tercapai.

Di sini, kami sediakan resipi yang mudah dan cepat untuk anda cuba dengan menggunakan gula kelapa OCOC. Resipi ini telah diinspirasikan oleh Dr Rizal Abu Bakar semasa menyambut sambutan hari lahir anaknya di Australia dulu iaitu Aiskrim Santan Gula Kelapa (1).

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 2 cawan santan segar (pastikan yang diperah hari yang sama dan belum di masukkan dalam peti sejuk)
  • 4 sudu serbuk dark chocolate
  • 10-15 sudu gula kelapa (manis bergantung pada selera masing-masing)
  • 1 sudu ekstrak vanilla
  • Secubit garam secukup rasa

Cara- cara:

Langkah 1: Letakkan baking paper loyang kek yang dalam. Tuangkan santan ke dalam Loyang ini. Masukkan dalam freezer 3-4 jam dan biarkan hingga beku.

Langkah 2:  Setelah beku keluarkan santan yang dari Loyang. Potong pada bahagian-bahagian kecil

Langkah 3:  Masukkan santan beku dan bahan-bahan lain ke dalam blender.

Langkah 4:  Blend sehingga smooth. Pastikan tiada ketul.

Langkah 5:  Pastikan tekstur tidak terlalu keras dan tidak terlalu cair. Just nice macam aiskrim.

Langkah 6:  Hidangkan terus atau simpan di dalam freeze untuk hidangan masa lain.

Macam mana? Mudah dan menjimat masa bukan? Pasti wow lagi bila anda menggunakan produk gula kelapa OCOC kami!.

Resipi di atas adalah RESEPI untuk KURUS dan SIHAT.

Sihat itu jihad. Boleh boleh?

Gula kelapa OCOC ready stock!

Boleh dapatkan gula kelapa OCOC di link shop kami di bawah https://ococ.my/shop/ .

 #OCOCproduk #gulasihat #gulakurus #guladiet #penggantigulaputih #gulaalternatif #gulakelapaOCOC #dietsihat #dietkalori #diabetes #lowGI #makanansihatdanhalal #otakcerdikotakcantik

Join the conversation

TOP
Days
Hours
Minutes
Seconds