Penghantaran Percuma Serendah Belian RM100 sahaja!

Tentang Kami

Pasukan kami komited berjihad ke arah hidup sihat.

Dr. Rizal Abu Bakar mengasas OCOC atas dasar nilai kasih seorang ayah. Pada awalnya, Dr. Rizal mengamalkan pemakanan sihat hanya dalam keluarganya sendiri. Dr. Rizal memformulasikan minuman coklat gelap 70% OCOC untuk membantu anak-anaknya. Atas permintaan luar biasa ramainya, minuman coklat gelap 70% OCOC mula diperkenalkan pada umum. Pada hari ini, OCOC telah mengetuk pintu ribuan biji rumah untuk berkongsi kebaikan. 

Dr. Rizal Abu Bakar adalah Clinical Health Psychologist. Pernah menjadi ahli psikologis klinikal di PPC Worldwide Canberra, Australian National University dan University Pennsylvania. Beliau pernah bekerja sebagai penyelidik dan sleep scientist di Canberra Sleep Laboratory. Beliau juga pernah dijemput ke Harvard Medical School pada tahun 2010 untuk menerima latihan dalam bidang Otak dan Tidur. 

Kenali keluarga OCOC

Komited untuk menyediakan makanan dan minuman sihat yang natural dan berkualiti tinggi untuk semua peringkat umur, OCOC terus berkembang menyediakan pelbagai pilihan makanan sihat. Lebih-lebih lagi untuk membanteras penyakit kronik yang semakin berleluasa. 

OCOC bercita-cita, suatu hari nanti, akan ada satu produk OCOC dalam setiap rumah di Malaysia – demi merakyatkan kebaikan. Sehingga waktu itu, OCOC akan terus berusaha keras bagi menyediakan hanya yang terbaik untuk pelanggan yang dihormati. 

Visi

Untuk menjadi peneraju pasaran dalam produk makanan dan minuman berfungsi, berkhasiat, dan sihat menjelang tahun 2026.

Misi

Untuk menjadi pengeluar makanan dan minuman nutrisi yang dipercayai dan dihormati dengan menyediakan pilihan makanan dan minuman yang sihat kepada pengguna untuk pengambilan seharian.

SHOPPING BAG 0

Best Seller
Kategori
Produk