Penghantaran Percuma Serendah Belian RM100 sahaja!

Terma & Syarat Belian Atas Talian

Para pelanggan yang dihormati dan dihargai, anda dinasihatkan memahami segala terma dan syarat pembelian sebelum membuat sebarang pesanan atau pembelian produk OCOC. Selepas anda membuat pembelian, bermakna anda telah bersetuju dengan terma dan syarat yang telah dinyatakan di bawah.

1. Segala maklumat anda akan disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang sebagai rujukan dan tidak akan diberikan kepada pihak ketiga dan ianya dianggap sulit dan rahsia.

2. Anda hendaklah memastikan dan mengesahkan produk beserta kuantiti yang dipesan, alamat penghantaran, nombor telefon, dan kaedah pembayaran yang dipilih oleh anda adalah betul dan tepat mengikut pengesahan pesanan. Sebarang pertukaran alamat atau maklumat penghantaran boleh dibuat dalam masa 24 jam. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang anda berikan ketika mengisi borang pesanan.

3. Semasa anda mengesahkan pesanan, anda perlulah membenarkan syarikat untuk mengecaj kad kredit/debit anda untuk pembayaran pesanan yang telah dibuat, jika anda memilih untuk menggunakan kad kredit sebagai cara pembayaran anda.

4. Anda bersetuju untuk membayar caj Pengendalian (pengeposan, caj pemprosesan, dan lain-lain) seperti yang tertera di dalam invois syarikat.

5. Selepas anda mengesahkan pesanan, anda perlu bersetuju bahawa pesanan atas talian anda adalah MUKTAMAD dan TIDAK boleh diubah, dipadam atau ditukar dengan produk lain.

6. Anda telah bersetuju dengan jadual penghantaran berikut:

Jika pesanan telah disahkan, ia akan dihantar kepada anda mengikut tempoh seperti berikut:

a. Daerah setempat dan kawasan bandar; jangkaan limit 4-5 hari bekerja dari tarikh pesanan
b. Daerah luar kawasan & Sabah/Sarawak/Labuan; jangkaan limit 7-10 hari bekerja dari tarikh pesanan.

7. Apabila anda menerima pesanan dari perkhidmatan kurier, pastikan anda memeriksa dengan memastikan produk dan kuantiti yang diterima adalah betul seperti yang dipesan. Anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan dalam tempoh 7 hari dari tarikh resit sekiranya terdapat sebarang percanggahan. Segala percanggahan yang dilaporkan selepas tempoh yang diberikan TIDAK akan dilayan.

8. Pesanan yang dibuat menerusi atas talian samada menggunakan perkhidmatan kurier tidak boleh dipulangkan dan ditukar melainkan produk yang diterima oleh anda tidak menepati pesanan yang dipinta, mempunyai masalah kualiti atau dalam keadaan yang tidak boleh dimakan/digunapakai.

9. Produk yang dibeli mungkin mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan alahan jadi anda perlu membaca kandungan produk sebelum membuat belian.

Polisi Pemulangan Produk-Produk Rosak:

Pemulangan produk dibenarkan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut: 

  1. Kecacatan produk disebabkan faktor pengilangan yang tidak memenuhi spesifikasi dari pihak syarikat.
  2. Produk yang rosak (seperti kemek, bocor, pecah dan sebagainya) semasa proses penghantaran, di mana ianya perlu dilaporkan kepada Khidmat Pelanggan syarikat dalam tempoh 7 hari dari tarikh resit, KECUALI:
    • Kecacatan produk yang disebabkan oleh kecuaian, pengendalian yang tidak betul atau penyimpanan yang tidak baik oleh pengedar/pelanggan.
    • Produk yang telah tamat tempoh.
  3. Produk yang dikembalikan mestilah dalam bungkusan asal dengan kandungannya tidak kurang daripada 80% daripada bungkusan asal.
  4. Pemulangan wang tunai sama sekali TIDAK dibenarkan.

Kami boleh mengubah terma dan syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis kepada anda. Perubahan akan dikenakan kepada pesanan-pesanan yang diterima berikutnya.

SHOPPING BAG 0

Best Seller
Kategori
Produk