POLISI UMUM EJEN & DROPSHIP OCOC
NOV 2022
DEFINISI:
Syarikat – merujuk kepada Brain Story Sdn Bhd
OCOC – merujuk kepada Jenama dibawah syarikat Brain Story Sdn Bhd
HQ – merujuk kepada syarikat Brain Story Sdn Bhd
Ejen – merujuk kepada Apprentice, Entrepreneur, Business Associate
Dropship – merujuk kepada We Love OCOC
Sila baca polisi ini dengan teliti dan pastikan anda memahaminya, sebelum bersetuju untuk menjadi Ejen/Dropship kepada Syarikat ini.
AM
- Anda bersetuju bahawa Syarikat mempunyai hak untuk meminda terma dan syarat ini pada bila-bila masa, mengikut budi bicara Syarikat sendiri.
- Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa-apa pindaan sedemikian, maka anda secara automatik tidak layak untuk menjadi Ejen/Dropship OCOC.
- Anda hendaklah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan keatas dan warganegara Malaysia untuk menjadi Ejen/Dropship OCOC.
- Anda perlu mengisi segala maklumat dan butiran yang lengkap & sahih pada borang pendaftaran untuk perakuan dan pengesahan dari pihak Brain Story Sdn Bhd. yang anda adalah Ejen atau Dropship yang sah dan layak mendapat harga yang ditetapkan. Sekiranya anda memberi maklumat palsu, Brain Story Sdn Bhd. berhak menolak permohonan anda tanpa sebarang alasan.
- Ejen: Borang pendaftaran perlu disi untuk menjadi seorang Ejen melalui pautan dari HQ atau pautan dari Business Associate yang sah saja dan membuat bayaran sebanyak RM450 (bergantung dari masa ke masa) di dalam sistem ocochq.com. Nilai pembayaran ini adalah untuk pakej pendaftaran yang telah ditetapkan. No id dan kata laluan akan diberikan setelah pendaftaran telah berjaya.
- Dropship: Borang Pendaftaran perlu diisi untuk menjadi seorang Dropship melalui pautan dari Entrepreneur dan Business Associate yang sah saja dan membuat bayaran sebanyak RM100 (bergantung dari masa ke masa) di dalam sistem ocochq.com. Nilai pembayaran ini adalah untuk pakej pendaftaran yang telah ditetapkan. No id dan kata laluan akan diberikan setelah pendaftaran telah berjaya.
- Setiap Ejen dan Dropship adalah diingatkan supaya menjual produk OCOC mengikut harga runcit yang telah ditetapkan. Ejen/Dropship adalah dilarang sama sekali untuk menjual produk OCOC kurang dari harga runcit yang telah ditetapkan oleh Brain Story Sdn Bhd.
- Terma sah Syarat Ejen/Dropship:
- Target Jualan merujuk kepada Nilai Belian (bukan Nilai Runcit)
- Pembekuan ID berdasarkan 3 bulan semasa.
- Syarat jualan untuk kekal aktif keahlian bagi setiap hirarki:
Pangkat Dropship Ejen Kumpulan We love OCOC Apprentice Entrepreneur Business Associate Target Jualan Bulanan (min) RM100 RM450 RM1,000
(Okt 2022 – Dis 2023)RM2,000
(Jan-Mac 2023)RM3,500
(Apr – Jun 2023)RM10,000 Target Jualan Terkumpul
(3 bulan)
RM300 RM1,350 RM3,000 RM6,000 RM10,500 RM30,000 - Sekiranya mana-mana Terma dan Syarat di atas tidak dipatuhi oleh Ejen dan Dropship, secara langsung kelayakan dan status sebagai Ejen atau Dropship akan diturun taraf atau dibatalkan dengan 3 kali notis dari HQ.
- Brain Story Sdn Bhd berhak untuk mengubah, menggubal dan menukar mana- mana terma dan syarat dari semasa ke semasa dengan notis bertulis dalam tempoh 7 hari jika terdapat sebarang penukaran.
- Untuk membaca terma dan syarat lebih lanjut boleh rujuk di :
Polisi Ejen & Dropship OCOC - Untuk membaca terma dan syarat mengenai pembelian dan penghantaran, boleh rujuk di :
Polisi Pembelian dan Penghantaran - Untuk Kod Etika Ejen & Dropship boleh rujuk di :
Kod Etika Ejen dan Dropship OCOC