Penghantaran Percuma Serendah Belian RM100 sahaja!

Ococ Logo.svg
Kudapan
Posted in

Resepi Mudah Untuk Dapatkan Antioksidan – Hanya Dengan Dark Chocolate

Posted in

Dalam resepi kali ni, kami akan kongsikan tentang “superfood” yang mungkin ramai masih tertanya-tanya akan kebaikannya. Bahan paling utama dalam resepi smoothie ini adalah dark chocolate. Persoalannya, kenapa dark chocolate?

Ramai beranggapan coklat adalah makanan yang berisiko menaikkan berat badan dan kadar gula dalam darah. Tetapi, ramai juga terlepas pandang tentang kebaikan sebenar yang ada pada coklat. Secara spesifiknya ialah “dark chocolate” atau coklat gelap. 

Bila kita makan atau minuman apa-apa produk yang mengandungi dark chocolate ni, pernah terfikir tak apa manfaat disebaliknya? 

Pada tahun 2018, ada satu kajian di buat tentang dark chocolate dan keputusannya menunjukkan bahawa flavanol yang terkandung dalam dark chocolate dapat meningkatkan “neuroplasticity”, kemampuan otak untuk berfungsi seperti biasa terutama apabalia adanya tindak balas atau kesan daripada kecederaan pada otak. (1)

Dark chocolate juga dapat meningkatkan fungsi kognitif dalam kalangan warga emas yang mempunyai kecacatan mental. Ianya dapat meningkatkan kepetahan bertutur. (3)

Bayangkan bila kita hidang minuman dark chocolate pada ibu bapa, datok nenek kita. Bermacam bentuk kebaikan mereka boleh dapat dari segi tubuh dan kesihatan mental mereka. 

Dark chocolate ini sarat dengan flavonoid. Anti-oksida luar biasa yang mampu melawan radikal bebas. (4)

Malangnya apabila dark chocolate ini diproses dengan terlalu banyak campuran, kebaikannya mula berkurang. Hilang apabila dicampur alkali.

Apabila dicampur gula dan pelbagai lagi, pudar khasiat nya. Apabila mahu makan atau minum minuman coklat carilah yang 70% dark chocolate dan keatas. Ini alternatif terbaik. Masih terlindung manfaat. Dalam dark chocolate drink OCOC ada kebaikan ini semua.

Minuman OCOC diuji di makmal SGS Taiwan untuk mengenalpasti kadar anti oksida yang terkandung dalam dark chocolate OCOC. Dengan menggunakan “ORAC Test”, keputusan yang kami dapat sangat positif.

Resepi ini juga menggunakan madu dari pergunungan Uzbekistan. Sejak zaman kuno, madu ni terkenal dengan khasiatnya yang bukan calang-calang. 

Di pergunungan Uzbekistan, ada lebih 2200 jenis debunga. Banyak kan? Bayangkan ada berapa ribu kuntum setiap satu jenis bunga, darabkan dengan 2200. Dan nutrisi itu lah yang ada dalam sebalang madu dari pergunungan Uzbekistan.

Orang yang biasa makan madu ni pasti tahu manfaat kesihatan madu 

  • Sebagai anti bakteria 
  • Makanan semulajadi yang boleh menyembuhkan pelbagai keadaan seperti – merawat sakit tekak, melegakan batuk, mengurangkan keradangan dan bantu stabilkan kadar kolesterol. 

Kajian yang dibuat oleh pengkaji Malaysia iaitu Dr Wan Iryani, pada 2011 sehingga 2018 dengan memberikan madu kepada tikus putih mendapati:

“Tikus yang diberi madu asli semakin kurus dan sihat, manakala tikus yang diberi madu tiruan semakin gemuk dan mempunyai banyak penyakit”

Yang bestnya madu pergunungan Uzbekistan ni, ia diuji di Makmal Genome Malaysia. Keputusannya menyamai dengan “raw honey” yang tiada sebarang campuran gula putih, pemanis tiruan atau pengawet. 

Madu ni juga bantu membebaskan melatonin di otak dengan cara merangsang pembebasan tryptophan di otak. Tryptophan bertukar menjadi serotonin, yang kemudian ditukar menjadi melatonin. (5)

Kalau dapat tidur nyenyak. Bangun pagi pun gembira. Best tak macam tu?

Resepi ni tak lengkap, tanpa buah blueberry. Nama pun smoothie coklat blueberry kan. Orang kata buah ini mahal,harga kayangan. Tapi sebenarnya buah ni murah sahaja dibanding dengan mahalnya kesihatan kita.

Buah beri biru mempunyai kadar antioksidan yang tinggi. Kajian mendapati, antioksidan dalam beri biru boleh mempengaruhi kawasan otak yang penting untuk kecerdasan minda. (2)

Kajian ini juga menunjukkan bahawa polifenol dalam buah beri memberi tindak balas secara terus dengan neuron penuaan. Ini sekaligus meningkat kan kapasiti fungsi otak dan dapat sekali pakej awet muda. (2)

Buah bukan sebarang buah, memang luar biasa kebaikannya. Jom try buat, pekena waktu panas lit-lit, fuhh! sejuk rasa tekak ni.

Bahan-bahan:

1 cawan blueberry ( dibekukan)

1 sachet dark chocolate drink OCOC 

1 cawan susu segar

2 sudu teh madu pergunungan Uzbekistan

Cara penyediaan: 

  1. Satukan semua bahan dalam pengisar sehingga sebati dan halus.
  2. Sedia untuk dihidang! Hiaskan dengan blueberry segar, jika mahu.

Join the conversation

SHOPPING BAG 0
Best Seller
Kategori
Produk