Penghantaran Percuma Serendah Belian RM100 sahaja!

Ococ Logo.svg
Lain
Posted in

Makanan Sihat yang Anda boleh cuba amalkan. Makanan ke-4 boleh kurangkan risiko sakit kanser!

Posted in

Sumber : unsplash.com

Bila bercakap tentang makanan sihat, apa agaknya yang difikirkan?
Adakah tentang pola makanan?
Adakah saiz hidangan?
Adakah tentang saiz tubuh badan seseorang?

Kita mungkin beranggapan bahawa, hanya perkara begini yang menjadi titik tolak kepada status pengambilan “makanan sihat”.  
Kesihatan seseorang tidak hanya diukur berdasarkan berat badan mereka sahaja, tetapi banyak aspek yang perlu diambil kira.

Berdasarkan statistik semasa dari Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati 

“50.1% dewasa berlebihan berat badan atau obes (30.4% berlebihan berat badan dan 19.7% obes)” (1)

Berdasarkan peratusan yang dikeluarkan ini, banyak perkara yang harus diambil kira dari sudut pemakanan. Faktor lain seperti latihan fizikal, senaman, tidur dan kekangan masa yang terhad juga boleh jadi punca terjadinya berat badan berlebihan.

Jom bongkar tentang apa itu Makanan Sihat (2)

Makanan sihat merupakan makanan yang memberi nutrien lengkap yang diperlukan oleh tubuh secara optimum dan membekalkan tenaga. 

Karbohidrat, lemak, protein, vitamin, dan mineral adalah nutrien utama yang membentuk makanan yang sihat dan seimbang.

Pernah tak terfikir, makanan yang kita ambil sebelum ini tergolong dalam makanan sihat atau tidak?

Ramai orang terlepas pandang tentang pengambilan makanan sihat. Ia bukanlah sesuatu yang sukar sekiranya kita tahu setiap nutrien yang terkandung dalam makanan tersebut.

Ada juga yang mula sedar tentang matlamat sebenar kempen pemakanan sihat dengan diet seimbang yang semakin tular di Negara ini.

5 Makanan Sihat yang anda perlu tahu untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan seharian. 

  1. Kelapa

unsplash.com

Isi kelapa kaya dengan minyak kelapa, yang dapat meningkatkan kolesterol HDL (baik) dan mengurangi kolesterol LDL (buruk) (3) Hebat nya kelapa ini lagi, ia boleh menstabilkan gula dalam darah (4). 

Kandungan MCT dalam minyak kelapa memberikan sumber bahan bakar alternatif yang dapat membantu masalah fungsi otak, seperti mereka yang menderita penyakit Alzheimer (5

Kelapa juga mengandungi sebatian fenolik, yang merupakan antioksidan yang dapat membantu melindungi sel dari kerosakan oksidatif. (6)

Lepas ni ramai-ramai pakat tanam kelapa pula di rumah. Banyak manfaat yang kita dah tahu hari ini.

2. Walnut

pixabay.com

Bila tengok gambar walnut, apakah perspektif yang muncul dalam minda kita? 

Ya! Tengok gambar pun dah tahu kan, itulah ia antara organ terpenting dalam tubuh, Otak. 

Walnut ni sedap tapi kena pandai cari. Harga pun berpatutan. Boleh letak dalam cookies, kek, ayam panggang, salad dan makan begitu sahaja pun dah sedap. Nutrisinya pun banyak. 

Walnut mempunyai aktiviti antioksidan yang lebih tinggi daripada kacang biasa yang lain. 

Ini kerana, adanya kandungan vitamin E, melatonin dan sebatian polifenol, yang sangat tinggi dalam kacang walnut (7)

Suratan atau kebetulan, walnut ini dikatakan sebagai kacang otak, tetapi penyelidikan menunjukkan bahawa kacang ini memang baik untuk minda (8)

Kajian yang telah dibuat kepada orang dewasa mendapati bahawa walnut beri tindak balas kepada fungsi otak yang lebih baik, termasuk kelajuan pemprosesan yang lebih cepat, fleksibiliti mental dan ingatan yang lebih optimum (9)

Bukan orang dewasa sahaja boleh jadikan walnut ni sebagai “snack” tetapi juga sesuai untuk kanak-kanak dan remaja. 

3. Ikan Kembung

unsplash.com

Bila bercakap tentang ikan kembung, ramai orang tak kan sangka ikan ini setanding dengan ikan salmon. Ikan kembung antara yang tertinggi kandungan Omega- 3, Vitamin B12, Vitamin D, Selenium dan Vitamin B2. 

Banyak organisasi kesihatan mengesyorkan untuk mengambil minimum 250–500 mg Omega-3 setiap hari untuk orang dewasa. (10)

Asid lemak Omega-3 EPA dan DHA yang terkandung dalam ikan kembung juga sangat penting untuk kesihatan otak supaya berfungsi dengan baik dan perkembangan otak normal. Dengan harganya yang berpatutan, ia juga boleh dibeli di mana sahaja. 

Bukan itu sahaja, ikan kembung juga dikatakan terkenal dengan kemampuannya untuk meningkat kan kesihatan jantung dan menurunkan tekanan darah. 

Apabila tekanan darah terlalu tinggi, jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam darah dan ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

Satu artikel yang diterbitkan dalam Atherosclerosis menunjukkan, kajian di buat keatas 12 orang lelaki yang mempunyai kadar tekanan darah yang tinggi dan mereka diberi makan tiga tin ikan kembung setiap hari selama lapan bulan. Dan hasilnya menunjukkan penurunan tekanan darah yang ketara. (11)  

4. Lobak Merah

unsplash.com

Lobak merah antara sayuran yang mudah didapati di pasaraya. Harganya murah, warna nya cantik, boleh dimakan tanpa dimasak, dibuat jus dan ditambah kedalam apa jua bentuk masakan.

Rasanya rangup dan sangat berkhasiat. Lobak adalah sumber beta karoten, serat, vitamin K1, kalium, dan antioksidan yang sangat baik (12)

Lobak merah mengandungi beta karoten iaitu antioksidan yang ditukarkan oleh badan dan menjadi vitamin A.

Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan masalah penglihatan yang kekal. Ini antara penyebab utama masalah “buta” di seluruh dunia. (13)

Terdapat sumber semula jadi fitokimia karotenoid dan beta-karoten antioksidan, yang mana kedua-dua kajian ini menunjukkan bahawa lobak merah mampu membantu melawan kanser dengan megurangkan kerosakan DNA, tahap keradangan dan mutasi sel. (14)

Boleh pakat membeli lepas ni, buat stok dekat rumah. Dapat macam-macam khasiat walaupun harganya murah.

5. Brokoli

unsplash.com

Brokoli ini kaya dengan vitamin A, C, dan E. Ia sarat dengan antioksidan seperti lutein yang penting untuk mata. Begitu juga dengan sulforaphane atau SFN.

Brokoli juga mempunyai kadar glukoraphanin yang tinggi, sebatian yang diubah menjadi antioksidan kuat yang disebut sulforaphane semasa pencernaan (16)

Sulforaphane dalam brokoli berfungsi tingkatkan keupayaan semula jadi tubuh dan menyokong sistem otak dan usus. (15)

Bukan itu sahaja, makan brokoli pun boleh bantu kurangkan kadar gula dalam darah. Satu kajian telah dibuat pada manusia dan ia menunjukkan penurunan ketahanan insulin secara signifikan pada penderita diabetes jenis 2 yang mengambil brokoli setiap hari selama satu bulan (17)

Hebat bukan brokoli ini? Patut lah ramai anak-anak suka, kalau jenis tak makan sayur hijau yang lain, boleh cuba celur brokoli ni makan sebagai jajan. Nak masuk dalam sup pun tiada masalah. Yummy! 

Nak lagi artikel menarik, jom baca

Join the conversation

SHOPPING BAG 0
Best Seller
Kategori
Produk