Penghantaran Percuma Serendah Belian RM100 sahaja!

Ococ Logo.svg
Lain
Posted in

5 Khasiat Unik Santan

Posted in

Tahukah anda bahawa santan kelapa mempunyai pelbagai kebaikannya yang tersendiri dan tidak berfungsi sebagai penambah rasa masakan semata-mata?

Berbeza sekali dengan air kelapa yang dijadikan minuman, santan kebiasaannya digunakan bagi menambahkan rasa pada makanan.

Terdapat banyak manfaat kesihatan sekiranya ia digunakan dengan cara yang betul dan tidak berlebihan.

Stock.adobe.com

Berikut merupakan beberapa kebaikan yang anda boleh perolehi dari santan kelapa:

1. Menguatkan sistem ketahanan badan

Santan mengandungi asid laurik yang terkenal dengan khasiat antiseptiknya. Ini akan membantu tubuh dalam melawan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria, virus, dan lain-lain.

Terdapat satu kajian yang dilakukan di Filipina menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengalami radang paru-paru lebih cepat untuk sembuh dengan antibiotik dan santan ( 1 ).

Berbeza pula dengan mereka yang dirawat dengan hanya menggunakan antibiotik, tindak balas mereka sedikit lambat dan memakan masa yang lama.

2. Rambut dan kulit yang sihat

Selain itu, santan kelapa terkenal dan seringkali di gunakan sebagai rawatan untuk kulit dan rambut yang sihat.

Kandungan lemaknya yang tinggi sangat bagus untuk mengekalkan kelembapan seterusnya membantu mengurangkan kelemumur dan kegatalan kulit kepala.

Hal ini disebabkan oleh kandungan asid laurik yang mempunyai sifat antibakteria dan anti-kulat.

Seterusnya, santan berkesan untuk mengurangkan kedut wajah dan membantu mencegah jerawat disebabkan oleh sifat anti-bakterianya dan membuatkan anda tampil lebih muda.

Stock.adobe.com

3. Mencegah penyakit jantung ( 2 )

Santan kelapa dipercayai dapat meningkatkan kadar kolesterol HDL dalam badan. Kolesterol HDL mempunyai sifat anti-radang yang melindungi saluran darah.

‘Philipine National Nutrition Survey’ (PNNS) pada tahun 2003 mendapati relatif insiden yang rendah untuk masalah kolesterol berlebihan (hypercholesterolemia), darah tinggi (hypertension), angin ahmar (stroke) dan sakit jantung (angina) penduduk di Daerah Bicol yang mengambil santan dan minyak kelapa yang tinggi berbanding daerah lain di Filipina dalam makanan seharian mereka.

Prof Philippe Legrand , seorang pakar biokimia dari Makmal Biokimia dan Pemakanan Manusia di Universiti Agronomidi, Rennes, Perancis, menyatakan bahawa bahan di dalam santan atau minyak kelapa iaitu asid laurik dan asid miristik iaitu asid lemak dalam kumpulan asid lemak rantaian sederhana (MCFA) lebih cepat dimetabolismakan dalam hati manusia dan menurunkan paras kolesterol. Ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular ( 3 ).

4. Membantu mengurangkan berat badan ( 4 )

Santan kelapa kaya dengan trigliserida rantai pendek dan sederhana yang dianggap lemak sihat. Ini akan membuatkan anda berasa kenyang dan makan dengan lebih sedikit.

Bukan itu sahaja, ianya lebih cenderung untuk ditukarkan kepada tenaga berbanding asid lemak rantai yang lebih panjang di mana ia boleh menyumbang kepada kegemukan.

Stock.adobe.com

5. Mengimbangkan elektrolit di dalam badan ( 5 )

Santan kelapa kaya dengan elektrolit seperti kalium, magnesium dan fosforus. Kalium sangat penting untuk mengekalkan degupan jantung pada tahap yang normal.

Tambahan lagi ia juga penting untuk kesihatan otot anda. Magnesium diperlukan untuk sistem imunisasi yang sihat serta untuk saraf dan otot berfungsi secara normal.

Dengan menambahkan santan ke dalam masakan anda, anda telah memastikan tubuh badan anda mendapat bekalan fosforus yang mencukupi untuk kesihatan tulang dan gigi.

Mahukan rasa santan dalam minuman? Jom rasa Vegan OCOC https://ococ.my/product/vegan-dark-chocolate-drink/.

Artikel Berkaitan

https://ococ.my/kenali-vegan-ococ/

Join the conversation

SHOPPING BAG 0
Best Seller
Kategori
Produk