Lain
Posted in

9 JENIS Madu Yang Berkhasiat & Patut Dikenali (Rugi Tak Baca!)

Posted in
Pexels.com

Mencari jenis madu yang ada?

Madu merupakan bahan makanan manis dan likat yang dihasilkan oleh lebah madu dan beberapa serangga yang berkaitan ( 1 ).

Madu memang digunakan untuk pelbagai tujuan disebabkan oleh khasiat yang banyak. Bukan zaman dahulu sahaja, ianya masih digunakan pada zaman sekarang.

Jenis madu juga ada berbagai. Tertanya-tanya tentangnya? Jadi, berikut kami senaraikan 9 jenis madu untuk anda. Teruskan membaca! Ada extra info madu juga tau!

This image has an empty alt attribute; its file name is 240_F_300876057_ITOsweX4dLwKhHWP3OEMij2Ap2SjhKuq.jpg
freepik.com

#1 Madu Tualang

Madu tualang merupakan madu yang diperoleh dari lebah pokok tualang yang kebanyakannya terletak di negeri Utara di Semenanjung Malaysia.

Pokok jenis ini tumbuh di hutan tebal, jadi madu ini agak susah untuk diperoleh. Disebabkan itu, harga madu tualang yang asli agak mahal.

Namun, semestinya kualiti madu tualang ini terbaik berbanding yang lain. Madu ini mengandungi fenolik, flavonoid dan HMF yang tinggi.

Ianya dapat meningkatkan stamina, mengubati batuk, mengelakkan demam selesema dan tinggi dengan antioksida.

#2 Madu Kelulut

Madu kelulut ini pula dihasilkan oleh lebah yang bersaiz besar yang dikenali dengan nama saintifiknya, Meliponini.

Berbanding madu jenis lain, rasa madu kelulut ini rasanya masam manis, namun ianya masih lazat untuk dinikmati.

Antara khasiat madu kelulut ialah dapat mengelakkan penyakit kencing manis, mengawal pengaliran darah dan mengawal berat badan.

#3 Madu Manuka

Jika anda merupakan peminat setia madu, anda pasti pernah terdengar tentang madu Manuka.

Madu Manuka merupakan madu yang diimport dari New Zealand, pengeksport madu utama dunia.

Rasanya manis dan teksturnya lebih tebal berbanding madu lain. Ianya diperoleh dari pokok Manuka.

Belukar Manuka bukanlah tumbuhan yang senang tumbuh. Jadi, madu Manuka ini sukar untuk diperolehi. Harganya sedikit mahal, namun kualitinya tetap tinggi.

#4 Propolis

Propolis merupakan madu yang diperoleh dari nektar pokok. Propolis ini juga turut digunakan dalam bidang perubatan tradisional untuk merawat dan mencegah penyakit.

Antara khasiat propolis yang kaya dengan flavonoid ini ialah ianya meredakan luka, merawat keradangan dan mengelakkan batuk.

Ianya juga digunakan dalam bidang kecantikan kulit kerana ianya mampu melembapkan kulit yang kering dan merawat parut.

#5 Madu Semanggi

Madu semanggi atau dikenali dengan nama clover honey adalah sirap manis dan tebal yang dihasilkan oleh lebah madu yang mengumpulkan nektar dari tanaman semanggi.

#6 Madu Ratu Lebah

Madu jenis royal jelly ini merupakan rembesan lebah madu yang digunakan dalam pemakanan larva, serta ratu dewasa.

Warna dan tekstur madu ratu lebah ini bergantung kepada persekitarannya.

Apabila terkena udara, royal jelly boleh berubah dari putih atau kuning berkrim menjadi coklat gelap. Teksturnya nipis, namun boleh berubah menjadi sedikit tebal.

Disebabkan kandungan pH yang sangat rendah  sekitar 2. 5 hingga 4. Ia mempunyai rasa yang agak masam.

#7 Madu Akasia

Madu yang aromanya harum pasti akan menarik perhatian anda, bukan? Jika begitu, kami yakin anda pasti akan terpikat dengan madu akasia.

Ianya diperoleh daripada nektar bunga Robinia pseudoacacia, yang biasanya dikenali sebagai belalang hitam atau pohon akasia palsu.

Madu akasia ini mempunyai bau harum seperti bunga. Ia mempunyai rasa manis dan lembut dengan sedikit vanila, memang sedap!

#8 Madu Elvish

Agaknya madu apa yang paling mahal di dunia? Madu tersebut ialah madu Elvish, sejenis madu yang berasal dari Turki.

Madu ini dijual dengan harga 5,000 euro (RM 25198.93) untuk 1 kilogram. Ia nampak mahal, namun ada sebabnya kenapa harganya begitu.

Ia diperoleh dalam sebuah gua di mana lebah akan menghasilkan madu kaya mineral yang berkualiti tinggi di dinding sfera di timur laut Turki.

Pendaki profesional diperlukan untuk mengekstraknya. Kawasan gua ini juga kaya dengan tanaman yang digunakan untuk perubatan, jadi kualitinya memang tinggi.

#9 Madu Sidr

Madu Sidr ini adalah jenis madu yang diperoleh dari Lembah Hadramaut, Yaman. Ia dihasilkan oleh  lebah yang menyimpan madu di bunga-bunga Sidr.

Ianya mempunyai rasa manis dan aroma yang cukup harum, menjadikan madu Sidr sebagai antara madu yang terbaik di dunia.

Antara manfaat madu Sidr ialah ianya mampu meredakan sakit kepala, menyejukkan badan dan merawat sakit mata, sangat berkhasiat!

freepik.com

Pernah dengar madu pergunungan?

Madu pergunungan telah digunakan secara meluas di dalam bidang perubatan kerana khasiatnya yang tinggi. Madu pergunungan secara amnya dihasilkan daripada debunga-debunga pergunungan yang tidak tercemar dan segar.

Hal ini, menjadikan madu pergunungan itu lebih mahal dan eksklusif. Lebah madu di pergunungan adalah lebah yang terbaik di dunia kerana mereka menghasilkan madu daripada pelbagai spesis bunga yang tidak tercemar disamping persekitarannya yang aman dan damai.

Lebah pergunungan mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan dan antaranya ialah:

  • Mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi.
  • Mempunyai sifat antibakteria dan antikulat yang tinggi.
  • Membantu untuk penyembuhan luka kecil.
  • Merupakan pusat fitonutrient (pengumpulan semua zat-zat baik).
  • Membantu proses pencernaan.
  • Melegakan sakit tekak.

Madu OCOC adalah asli dan segar dari Pergunung Uzbekistan. 100% madu tulen dan terus dibotolkan TANPA sebarang tapisan, pemanasan atau proses tambahan.

Madu OCOC ini sarat dengan khasiat yang baik untuk kesihatan. Ini kerana,ia dihasilkan oleh lebah-lebah liar yang menghisap sari dari ribuan spesis flora di pergunungan Uzbekistan yang segar dan tidak tercemar dengan sebarang bahan kimia.

Menarik bukan? Inilah yang dikatakan madu yang organik dan selamat untuk dimakan seisi keluarga.

Jadi, bagaimana? Sudah jumpa jenis madu yang ingin anda tahu atau cuba? Atau sudah rambang mata kerana semuanya kelihatan berkhasiat untuk dicuba?

Tidak mengapa, cuba sahaja satu-persatu, kerana setiap jenis yang disenaraikan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Anda juga boleh membuat pilihan madu di http://ococ.my/shop/.

Selamat mencuba!

Mencari artikel lain untuk dibaca? Klik sahaja pada pautan di bawah.

http://ococ.my/spektrum-warna-madu/

Join the conversation

Login
Password Recovery

Lost your password? Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.

SHOPPING BAG 0

Best Seller
Kategori
Produk