“Bulan lepas, saya beli madu ni warna cerah, tapi kenapa yang ini gelap semacam je?”. “Risau pulak saya nak makan”
Madu berasal daripada bunga, lebah mengumpul nektar dari pelbagai bunga. Nektar ini akan diproses di dalam perut lebah menjadi madu.
Spektrum warna madu adalah berbeza mengikut sumber nektarnya. Terdapat tumbuhan yang berbunga sepanjang masa dan juga terdapat tumbuhan yang berbunga mengikut musim.
Tumbuhan bermusim misalnya buah-buahan tempatan seperti rambutan, manggis, durian, mangga juga tanaman kontan seperti getah yang bermusim ini seringkali mempengaruhi perubahan warna madu.
Menurut Dr Azfa Johari dari Institut Genom Malaysia, terdapat tiga tahap kematangan yang dikategorikan bagi memudahkan pengguna di pasaran ( 1 ).
- Pertama: madu yang belum matang, warna madu adalah lebih cerah dan jernih. Warna madu adalah kuning muda ke perang muda. Manakala rasa adalah pahit masam untuk madu kelulut dan rasa manis untuk madu biasa.
- Kedua: madu matang dan yang terakhir madu lama yang kurang dari enam bulan. madu matang, warna madu adalah lebih perang ke gelap kehitaman dengan tekstur likat. Bau pula adalah manis dan menusuk dengan rasa organik di hujungnya.
- Ketiga: Untuk madu yang agak lama, sekitar kurang dari 6 bulan, warna masih lagi perang kehitaman tetapi tekstur akan jadi sedikit cair dengan bau menusuk seperti cuka masam bagi madu kelulut dan bau menusuk seperti gula hangus bagi madu biasa.

Bagaimana pula dengan madu yang telah tercemar dengan bahan-bahan larangan contohnya aluminium, besi dan sebagainya? Bagi jenis ini, spektrum warna madu adalah lebih berbeza dan jauh dari kebiasaan. Madu jenis kelulut yang telah bercampur dengan elemen besi akan menjadi warna hijau seperti klorofil. Malah, ada juga yang warna seakan ungu dan merah. Tapi bagi madu jenis biasa, warna tidak diketahui dan masih dalam pencarian.

Ketiga-tiga kategori di atas hanya merangkumi madu dari tahap kematangan. Perlu diingat juga bahawa masa dan cara penyimpanan juga akan mempengaruhi warna dan rasa madu. Madu seeloknya disimpan di tempat yang gelap dan kering bagi penyimpanan jangka masa lama.
Artikel Menarik Seterusnya