Penghantaran Percuma Serendah Belian RM100 sahaja!

Ococ Logo.svg
Lain
Posted in

Kenapa MADU saya bertukar menjadi KERAS? Kerana ia ASLI!

Posted in

Adakah anda tahu bahawa madu asli berbentuk kristal? Madu mentah yang dibuat oleh lebah madu lebih cenderung  untuk kelihatan putih dan padat dari masa ke masa! Ia juga akan kelihatan keras, mudah pecah dan berubah menjadi pepejal.

Pexels.com

Tidak perlu risau. Madu itu masih baik dan ia adalah madu yang ASLI. Ia juga terbukti bahawa madu itu tidak dicampurkan bersama bahan perasa tambahan.

Madu tidak mempunyai tarikh luput dan ia boleh berubah BENTUK!. Perubahan bentuk ini disebabkan proses pengkristalan secara neutral.

Wahh!!! hebat bukan?

freepik.com

Baca lagi untuk tahu keasliannya.

Bila madu berbentuk pepejal kristal, ia memang ASLI! Pepejal kristal terbentuk kerana kualiti semula jadi yang terkandung di dalam madu tersebut.

Gula semula jadi di dalam madu ialah glukosa dan fruktosa yang bergabung dan membentuk kristal. Ia akan menyebabkan madu MENGERAS atau menjadi PEPEJAL.

Jenis debunga di dalam madu juga menyumbang kepada proses gabungan gula. Sisa debunga yang dihisap oleh lebah madu akan menyediakan platform untuk pembentukan kristal. Debunga penting untuk menghasilkan madu tulen.

Jadi bagaimana kalau madu tu mudah pecah, rapuh atau beku?

Jangan bimbang! Madu berbentuk pepejal kristal atau beku itu masih MADU! Ia selamat untuk dimakan dan ia tidak bermakna madu anda telah rosak. Faktanya, madu anda itu adalah neutral dan asli!

Anda boleh gunakan madu “KERAS” atau “BEKU” ini dengan mencampurkannya di dalam masakan harian. Madu boleh disapu/ dicampurkan pada roti bakar , salads, sandwich atau oatmeal.

Nak tahu tak?

Madu boleh diminum dan dimakan walaupun ia berbentuk pepejal kristal atau beku. Madu akan mencair jika dicampurkan bersama minuman panas atau masakan panas seperti madu cair yang lain.

freepik.com

Disini saya nak kongsikan cara cairkan madu dalam masa 5 minit sahaja.

  • Ambil mangkuk besar, isi dengan air suam dan biarkan madu anda direndam sehingga menjadi cecair. Menarik bukan? Boleh tekan link di sebelah untuk ikuti cara yang betul mencairkan madu  ( 1 ).

Jadi, tak perlu risau lepas ni kalau madu yang anda beli tiba-tiba menjadi pekat, pepejal atau keras. Itu tandanya anda dah selangkah menambah ilmu pengetahuan tentang madu.

Madu asli, seperti Madu OCOC yang dibuat dari lebah madu pergunungan Uzbekistan turut menjalani proses semula jadi seperti proses pemejalan  kristal, kerana madu yang dihasilkan adalah  100% asli dan semula jadi!

Nak tahu dan belajar lagi pasal madu dan rahsia kebaikannya? Boleh baca post yang seterusnya di blog rasmi kami https://ococ.my/ atau klik link https://ococ.my/product/madu-organik/

Join the conversation

SHOPPING BAG 0
Best Seller
Kategori
Produk