Penghantaran Percuma Serendah Belian RM100 sahaja!

Ococ Logo.svg
Lain
Posted in

SENYUMAN Mampu PANJANGKAN UMUR?

Posted in
Pexels.com

“Senyum, tak perlu kata apa-apa. Senyum!”, lagu yang selalu terngiang-ngiang di telinga kita setiap kali mengukirkan satu senyuman.

Senyuman yang melebar mampu memberikan keupayaan kepada individu untuk melihat kehidupan mereka daripada sudut positif.  Dengan hanya satu senyuman mampu menghilangkan segala masalah dunia dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang individu.

Namun, apa kata sains berkenaan dengan fenomena ini? Ikuti artikel ini untuk mengetahui kaitan senyum dan umur.

Anda sering terdengar suara-suara positif yang menyuruh anda untuk tersenyum apabila berasa sedih?

Senyum mampu meningkatkan hormon endorfin dan dopamine . Ia dikaitkan dengan perasaan gembira dan memberikan impak psikologi yang positif  untuk melakukan sesuatu.

Siapa tak mahu hidup lama, kan? Nabi Muhammad saw pun sentiasa tersenyum walaupun disakiti.

Pada tahun 2010, Abel dan Kruger telah menjalankan kajian yang melibatkan 230 gambar senyuman pemain besbol Liga Major melalui rekod pemain tahun 1952. Mereka membahagikan pemain-pemain besbol tersebut kepada 3 kumpulan:

  • Tidak tersenyum
  • Separa senyum
  • Senyuman Duchenne

Hasil kajian berkenaan  telah membuktikan bahawa pemain yang mempunyai senyuman Duchenne mampu memanjangkan usia. Fuh! , betul ke? Ya, ini fakta bukan auta.

Nak tahu apa itu senyuman Duchenne? Adakah kita salah seorang yang memiliki senyuman MAGIK ini? Jom baca artikel seterusnya.

ARTIKEL SETERUSNYA

https://ococ.my/magik-senyuman-duchenne/

Join the conversation

SHOPPING BAG 0
Best Seller
Kategori
Produk