Penghantaran Percuma Serendah Belian RM100 sahaja!

Ococ Logo.svg
Lain
Posted in

Madu Keras Salahkan Siapa?

Posted in

Rata-rata penggemar madu mula curiga dengan madu asli. Bukan sekadar pengguna tetapi juga syarikat yang mengeluarkan produk madu asli. Betul ke bila madu mengeras dan berketul selepas beberapa hari menggambarkan madu tersebut tidak asli?

Pexels.com

Secara mudahnya , madu yang mengeras dan berketul selepas beberapa hari itu masih ASLI dan masih SELAMAT untuk dimakan. Mari kita cuba fahami mymedic.es kenapa madu boleh menjadi sedemikian. Boleh juga layari laman https://blog.beeraw.com/real-raw-honey-crystal utk mengetahui lebih lanjut berkenaan madu asli. Jadilah pengguna yang bijak dan bukan hanya percaya bulat-bulat tanpa mencari kebenaran yang sahih.

Isu Crystallized / Hablur / Granulated madu sering menjadi salah anggapan atau miskonsep. Mereka dengan mudah membuat kesimpulan bahawa madu yang bergranul atau madu yang menghablur atau dengan bahasa mudah kita, madu yang menjadi keras macam gula adalah bukti bahawa madu itu madu tiruan.

Kebenarannya adalah madu itu sendiri adalah supersaturated gula atau cairan tepu gula (fruktosa dan glukosa) , sama ada ianya telah ditiruankan atau ianya asli, penghabluran adalah normal , lebih-lebih lagi di negara beriklim sederhana. Uzbekistan secara rasminya dipanggil Republik Kyrgyz, ialah sebuah negara di Asia Tengah. Dikelilingi daratan dan bergunung-ganang, ia bersempadan dengan Kazakhstan, Kyrgystan, Tajikistan dan Republik Rakyat China.

Dan bagi sesetengah sumber jenis bunga , lebah mengambil nektar darinya , madu yang terhasil akan lebih cepat menghablur berbanding jenis lain. Nektar atau sari bunga merupakan cecair yang kaya dengan gula yang dihasilkan oleh tumbuhan.

Pexels.com


Lebah madu menukarkan nektar kepada madu melalui proses regurgitasi. Tahap penghabluran madu adalah bergantung pada 2 keadaan iaitu:

1- Ratio glukosa dan fruktosa
Glukosa dan fruktosa ini adalah hasil dari nektar madu yang diproses lebah. Jika tahap atau level glukosa madu yang terhasil adalah lebih tinggi berbanding fruktosanya, maka madu itu akan lebih cenderung untuk menghablur. Madu mendapat rasa manis daripada fruktosa dan glukosa
.

Fruktosa adalah sejenis monosakarida yang wujud dalam buah-buahan, madu dan gula.
Glukosa adalah monosakarida yang paling banyak terdapat di alam. Ia juga dinamakan dekstrosa.


2- Kandungan air dalam madu
Kandungan air dalam madu adalah dari 15% sehingga 25% bergantung pada iklim dan kelembapan kawasan. Jika kandungan air antara 15% hingga 20% , ditambah faktor glukosa yang tinggi, madu cenderung untuk menghablur. Madu dari pergunungan Uzbekistan mempunyai kadar kandungan air sekitar 12.3% hingga 12.6%.

Bagi negara di Asia amnya Malaysia, suasana persekitaran yang dikelilingi laut dan hujan yang kerap menghasilkan kelembapan yang tinggi , ini menyebabkan madu di kawasan ini kebiasaannya berada dalam lingkungan 20% hingga 25% kandungan air di dalam madu. Ini akan menyebabkan madu dari negara ini tidak cenderung untuk menjalani proses penghabluran.

Pexels.com


Apabila dua faktor ini ada dalam satu-satu madu dan madu disimpan dalam suhu antara 0 hingga 25’C( suhu bilik 25’c) , ia akan mempunyai kencenderungan yang tinggi untuk menghablur. Jenis hablur yang dihasilkan pula adalah bergantung pada tahap atau besarnya jarak atau beza antara kandungan glukosa berbanding fruktosa.

Jadi, jangan buang madu anda jika ia berubah menjadi keras tetapi gunakannya seperti biasa. Kerana madu anda adalah madu yang istimewa. Sebab apa istimewa? Sebab madu anda itu original dari perut lebah. Mahal okay nak beli madu semula!

Nak beli madu dekat mana? Jangan risau okay, jom klik link di sebelah untuk membuat pembelian Madu OCOC , https://ococ.my/product/madu-organik/ . Dapatkan segera Madu OCOC sebelum stok mencapai tahap kritikal!.

Join the conversation

SHOPPING BAG 0
Best Seller
Kategori
Produk