Penghantaran Percuma Serendah Belian RM100 sahaja!

Ococ Logo.svg
Kudapan
Posted in

7 Makanan HEBAT Rahsia Minda CERDAS!

Posted in
Pexels.com

#1 – Bijirin Penuh (Wholemeal)

Pexels.com

Walaupun otak hanya satu organ yang kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan tubuh badan manusia tetapi otak adalah organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu 20% daripada keseluruhan tenaga yang dihasilkan oleh badan.

Otak bukan sahaja mengawal aktiviti yang dirancang seperti berfikir, menulis, bergerak dan lain-lain. Malah otak juga mengawal aktiviti di luar kawalan kita seperti degupan jantung, denyutan nadi, menghantar matlumat, menerima isyarat deria, pengaliran darah keseluruhan badan dan banyak lagi dalam sistem bio tubuh kita.

Otak adalah organ utama yang Allah anugerahkan kepada manusia bagi mengawal selia semuanya agar berfungsi secara automatik. Ini sudah cukup menggambarkan betapa banyaknya kerja yang dilakukan oleh otak dan betapa banyak tenaga yang diperlukan.

Di sini peranan bijirin penuh amatlah penting kerana ia dapat memberi tenaga yang konsisten kerana proses pembebasan tenaganya yang perlahan mampu memberi tenaga dalam tempoh yang lama.

Hasilnya, kita dapat memberi lebih tumpuan dan fokus ketika bekerja dalam jangka masa yang panjang. Vitamin B di dalamnya juga dapat memelihara sistem saraf yang menjadi tunjang utama bagi mekanisme kerja otak.

#2 – Omega 3, Omega 6, DHA & EPA

“Ternyata sel-sel otaknya sedang berhubung!” begitulah bunyi iklan susu kanak-kanak yang menekankan peranan DHA dan EPA untuk otak. Kekurangan zat ini ternyata meningkatkan risiko untuk menghidapi alzhemier dan menjejaskan kapasiti memori anda. Justeru, orang dewasa juga memerlukan khasiat ini kerana struktur dan fungsi otak diperlukan seumur hidup.

Pexels.com

Omega 3 hadir di dalam minyak ikan dalam bentuk EPA dan DHA. Ikan seperti tuna, salmon dan sardin mengandungi kandungan minyak ikan yang tinggi turut mengandungi Omega 6.

Selain itu, vitamin B3, B6 dan B12 di dalam minyak ikan juga meningkatkan ketajaman fikiran. Masyarakat Jepun yang gemar menikmati menu ikan mentah dari sushi dilihat mempunyai pencapaian akademik yang tinggi.

Jadi tidak hairanlah kenapa saintis mula tertarik untuk mengkaji budu malah masyarakat Jepun juga telah mula meminati budu. Apa pendapat pembaca dari Pantai Timur semua? Selain dari ikan, khasiat ini juga boleh didapati dari minyak soya, biji labu dan minyak kacang walnut.

#3 – Telur

Telur mengandungi asid amino yang baik untuk otak selain menjadi sumber protein yang baik. Kuning telur kaya dengan acetylcholine yang membantu menguruskan daya ingatan anda sehingga anda mampu mengingati di mana anda menyimpan kunci kereta anda.

Pexels.com

Telur adalah antara sumber protein yang sangat murah kosnya.

Zat ini juga meningkatkan daya belajar dan menghilangkan kekaburan fikiran selain menjaga kesihatan neuron otak. Cuma makan telur tu biar berpada-pada ya. Jika berlebihan boleh menyebabkan bau badan samada melalui peluh mahupun angin (kentut).

#4 – Kekacang

Kekacang mengandungi tenaga karbohidrat kompleks yang menjadi glukosa berfungsi sebagai sumber tenaga untuk otak. Kekacang juga kaya dengan protein, sumber serat, mineral dan vitamin.

Pexels.com

Sebagai contoh kombinasi vitamin E dan tiamin berperanan melindungi membran sel saraf dan otak. Potassium (kalium) pula memastikan fungsi tubuh dan otak berada di paras optimum. Kandungan antioksida di dalam kekacang dapat melawan radikal bebas yang menyerang sel otak.

Antara kekacang yang menjadi pilihan utama sebagai makanan tambahan otak adalah badam. Badam sangat dipercayai oleh bangsa Yahudi sendiri untuk menjadikan anak mereka cerdas dan pintar.

Kajian yang didedahkan pada tahun 2010 di International Conference on Alzheimer Desease menunjukkan bahawa kacang walnut yang menyerupai bentuk otak terbukti meningkatkan kemampuan belajar, menguatkan memori dan membaiki koordinasi motor pada manusia.

Tahukah anda bahawa otak yang tidak dijaga dengan baik akan lebih cepat tua berbanding usia kita? Kajian pada tahun 2009 di dalam Journal of Nutrition Food membuktikan bahawa walnut mampu bukan menghentikan proses penuaan tetapi mengembalikan otak kepada usia yang lebih muda.

Jenis kekacang yang lain adalah seperti kacang tanah, kacang hazel, kacang gajus dan biji bijan. Anda juga boleh cuba menggantikan jajan dengan kekacang yang ternyata baik untuk otak anda.

#5 – Sayur-sayuran

Percayalah. Bukan sahaja sayur-sayuran baik untuk kesihatan, mencantikkan kulit, mengawal berat badan malah sangat membantu melindungi otak. Seorang ahli kesihatan David Perlmutter (MD) menulis di dalam “The Better Brain Book” menyatakan bahawa bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap serangan radikal bebas adalah otak.

Pexels.com

Sayuran hijau pekat dan berwarna terang ternyata dapat membantu membendung serangan ini.

Bayam mengandungi vitamin B9 yang meningkatkan memori untuk kecerdasan otak. Vitamin C dan E nya pula meningkatkan sistem kognitif. Warna hijau pekat pada brokoli menunjukkan kandungan vitamin K yang tinggi berperanan meningkatkan fungsi kognitif dan kuasa otak.

Biji labu mempunyai khasiat zink yang bertindak menambah memori dan kemahiran berfikir. Warna terang pada buah labu dan lobak merah pula menunjukkan sayuran ini kaya dengan nutrisi dan antioksida untuk membantu sel otak menjadi sihat dan kuat.

Ini salah satu lagi sunnah yang boleh dilakukan kita iaitu sayur labu yang menjadi kegemaran Rasulullah saw juga boleh ditambah di dalam diet harian kita.

Selain itu, lobak merah mengandungi komponen luteolin yang tinggi untuk mengelakkan proses penuaan pada otak. Komponen ini juga membantu masalah kehilangan memori dan keradangan pada otak seperti kajian yang dikeluarkan di dalam Journal Nutrition pada tahun 2010.

Sumber lain bahan ini boleh juga ditemui di dalam minyak zaitun dan sayur seledri (celery).

#6 – Buah-buahan

Buah-buahan memang sinonim dalam menu menguruskan badan tapi berapa ramai yang tahu khasiat buah untuk otak?

Pexels.com

Kajian dari Universiti Tuft, USA menunjukkan bahawa keluarga beri dapat mengelakkan kehilangan kapasiti memori jangka pendek bagi mereka yang mengamalkannya. Hasil penelitian Dr Elizabeth Devore bersama pasukannya di Sekolah Harvard pula mendapati wanita yang makan buah-buahan beri memiliki memori yang lebih baik terutamanya dengan faktor peningkatan usia.

Buah seperti strawberry, blueberry dan blackberry misalnya mempunyai anthocyanidins yang tinggi iaitu antioksida yang sangat bermanfaat untuk mencegah kerosakan dan membantu pemulihan sel-sel otak.

Selain itu, keluarga beri merendahkan tanda-tanda depresi iaitu sejenis tekanan pada sel akibat proses penuaan sekaligus membantu meningkatkan isyarat keupayaan otak. Buah apel pula mempunyai sejenis antioksida yang bernama quercetin yang melindungi sel-sel otak dari kerosakan radikal bebas. Buah apel dapat merendahkan risiko alzheimer.

Menurut penelitian Lembaga Pertanian dan Hasil Tani dari Kanada, buah apel merah ternyata mempunyai antioksida yang lebih tinggi berbanding apel yang mempunyai warna kulit yang lebih pucat.

Keluarga limau terkenal kaya dengan vitamin C. Buah oren misalnya mengandungi vitamin C yang baik untuk sistem pertahanan tubuh. Selain itu buah oren mempunyai kandungan flavonoids yang sangat bermanfaat untuk otak.

Haruman segar oren dan lemon boleh merangsang otak dan membangkitkan kita dari rasa mengantuk. Bukan sahaja baik untuk otak malah komponennya boleh membersihkan perut selain menjaga kecantikan kulit.

#7 – Coklat

Teksturnya yang halus dan ringan. Di dalam mulut coklat ini cair dengan sensasi yang sungguh mengasyikkan. Terpejam mata dibuatnya dek menghayati kelazatan coklat.

Banyak kali juga keseronokkan menikmati coklat menjadikan penggemarnya tersenyum sendiri. Tapi jangan tersilap memilih coklat ya. Coklat yang dimaksudkan di sini adalah coklat tulen (pure butter cocoa).

Pexels.com

Bukan coklat manis yang menggunakan lemak sayuran biasa (compound chocolate) seperti kebanyakkannya di pasaran.

Coklat ternyata mengandungi flavonoid yang memacu pembentukkan dan pertumbuhan sel saraf baru pada otak. Ini dapat meningkatkan kemampuan memori anda.

Makan coklat dan pembebasan endorphines akan dirangsang dari otak anda. Endorphines bukan sahaja penahan sakit semulajadi malah dapat membantu mengubah emosi anda menjadi lebih tenang dan gembira.

Kehebatan coklat tidak perlu ditunggu ketika dimakan sahaja. Kajian juga membuktikan bahawa dengan menghidu bau coklat sahaja, gelombang theta pada otak akan meningkat seterusnya merangsang ketenangan kepada anda.

Selain menghilangkan tekanan emosi yang tidak bagus untuk otak dan mengelakkan depresi pada diri anda, jelas juga coklat memberi manfaat yang baik untuk kesihatan jantung anda.

Nikmatilah coklat gelap (70% komposisi coklat) untuk menjaga kesihatan anda. Terlalu pahit? Boleh juga menikmati coklat gelap berkomposisi 50% coklat, lebih manis sedikit.

Apa kata anda? Mahukan kudapan yang baik untuk minda dan kesihatan? Kudapan yang mudah dibawa ke mana-mana? Kudapan tanpa bahan pengawet dan perasa tiruan? Jom follow up https://www.facebook.com/ocochq .

Dapatkan Nuttylicious Cookies dan Choco Nuttybites Cookies di ejen-ejen berdaftar OCOC. Rasai nikmat kudap-kudapan semula jadi dari kekacang yang berkualiti tinggi! Dapatkan sekarang sementara masih PANAS!

https://ococ.my/makan-kacang-auto-jerawat-mitos-atau-fakta/

Join the conversation

SHOPPING BAG 0
Best Seller
Kategori
Produk