Penghantaran Percuma Serendah Belian RM100 sahaja!

Ococ Logo.svg
Lain
Posted in

Perbezaan Susu Kambing dan Susu Lembu?

Posted in
Stock.adobe.com

Banyak kelebihan susu kambing yang ada antara kita yang tidak tahu. Tambahan lagi, lebih banyak khasiat jika diminum segar ( 1 ).

Walau bagaimanapun, jika duduk di kawasan bandar, bukan mudah untuk jumpa yang segar. Jika tidak dapat begitu, yang sachet juga boleh.

Susu kambing baik untuk ibu mengandung?

Adakah anda salah seorang ibu mengandung atau hamil yang mahu mencari informasi tentang khasiat susu kambing?

Untuk makluman anda, sumber dari Bubs Australia, pemakanan dan nutrisi untuk bayi bukannya bermula apabila mereka dilahirkan.

Yang menariknya, nutrisi untuk bayi itu sebenarnya bermula ketika ibunya sedang mengandung.

Dikatakan bahawa susu kambing sangat baik untuk diminum semasa hamil.

Ini kerana, ibu hamil yang minum susu kambing, secara tidak langsung bayi dalam kandungan juga akan menerima semua vitamin, mineral dan lemak yang sihat untuk sel mereka untuk mula membentuk dengan cara yang terbaik.

Stock.adobe.com

Sedikit mengenai susu

Susu boleh didefinisikan sebagai cecair yang berkhasiat dihasilkan oleh kelenjar mamari mamalia betina. Ia membekalkan sumber utama khasiat bagi anak yang baru lahir sebelum mereka mampu menghadamkan makanan yang lain.

Ia juga diproses menjadi hasil tenusu seperti krim, mentega, yogurt, aiskrim dan keju serta susu tepung.

Beza susu lembu

Susu yang sangat popular dan mudah untuk didapati di mana-mana sekarang adalah susu lembu. Pelbagai produk tenusu yang anda boleh lihat di pasar raya atau kedai-kedai seperti susu tepung, susu pekat, dan juga susu di dalam kotak. Susu lembu adalah rendah kandungan gula dan tinggi protein, berbanding susu ibu.

Susu lembu juga mengandungi 3.5-6.5% lemak susu, 4%-8.5% pepejal dan 88% komposisi berbentuk air. Protein utamanya adalah kasein dalam sekitar 80%, dan bakinya adalah protein whey.

Tetapi, tahukah anda bahawa ada susu yang lebih berkhasiat berbanding susu lembu, iaitu susu kambing? Mengapa begitu?

Stock.adobe.com

Beza susu kambing

Susu kambing adalah sangat digemari oleh Rasulullah SAW. Seperti dalam kisah Abdullah bin Mas’ud yang menjadi penggembala kambing milik Uqbah bin Mu’aith, baginda dikatakan akan minum susu kambing sebaik ia diperah.

Kita mengetahui bahawa susu kambing pada awalnya sering dianggap berbau hamis dan kurang enak. Tetapi, seiring dengan perkembangan zaman, susu kambing telah melalui proses pembuatan berteknologi tinggi untuk menghasilkan susu dalam bentuk serbuk yang bebas bau hamis dan ditambah perisa enak untuk dinikmati oleh semua lapisan umur.

Freepik.com

Mahukan kelainan dalam minuman anda? Jom cuba minuman Smart Student OCOC https://ococ.my/product/smart-student/

Artikel Menarik Seterusnya

https://ococ.my/8-kelebihan-susu-kambing-berbanding-susu-lembu-no-4-kegemaran-saya-anda-bagaimana/

Join the conversation

SHOPPING BAG 0
Best Seller
Kategori
Produk