“Kalaulah aku konsisten dengan susu kambing sejak dulu, mesti hari ini aku lebih sihat!”
Memang banyak kelebihan yang terkandung di dalam susu yang dikatakan terbaik untuk manusia selepas susu ibu.
Bukankah di dalam al- quran, Allah swt ada berfirman.
“Maka makanlah yang halal lagi thoyyib (baik) dari rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepadamu, dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya menyembah.” (QS. An Nahl 16 : 114)
Susu kambing adalah sangat digemari oleh junjungan besar Rasulullah SAW. Seperti dalam kisah Abdullah bin Mas’ud yang menjadi penggembala kambing milik Uqbah bin Mu’aith, baginda dikatakan akan minum susu kambing sebaik ia diperah.
Susu kambing yang biasanya berbau hamis dan kurang enak. Kini, ia diproses dengan menggunakan teknologi tinggi. Ia dihasilkan dalam bentuk serbuk yang bebas bau hamis dan ditambah perisa enak untuk dinikmati oleh semua lapisan umur ( 1 ).
Antara kelebihan susu kambing adalah seperti berikut ( 2 ):
1. MUDAH DIHADAMKAN
Zarah lemaknya lebih kecil menjadikannya mudah dihadamkan dalam perut. Hanya 20 minit sahaja diperlukan untuk hadam manakala susu lembu mengambil masa dua jam.
2. TIDAK MUDAH BERUBAH KHASIAT JIKA DISEJUK BEKU
Jika disimpan sejuk atau sejuk beku dalam peti ais, khasiatnya dan kualitinya tidak berubah.
Ini kerana susu kambing mengandungi komponen yang stabil dan tahan lasak.
Bayangkanlah kalau anda membuat aiskrim daripada susu kambing, tentu nikmat dimakan sewaktu cuaca panas! Sesuai juga untuk diberikan kepada anak-anak kerana khasiatnya masih kekal.
3. MENGUBATI PENYAKIT
Diperakui oleh pakar kesihatan untuk merawat demam kuning, penyakit kulit dan banyak lagi.
Susu kambing turut membantu menurunkan paras kolesterol dan bekerja lebih baik bagi yang memiliki masalah usus kerana susu kambing kaya dengan asid lemak anti-mikroba.
4. SESUAI UNTUK SEMUA
Susu kambing sesuai diminum oleh semua peringkat umur dari bayi dalam kandungan hinggalah orang tua. Jadi, anda tidak perlu membeli susu khas untuk anak-anak.
Malah, wanita hamil turut digalakkan minum susu kambing untuk mengelakkan anak daripada terkena demam kuning apabila dilahirkan.
Kalau semuanya boleh menikmati susu yang sama, kan lebih jimat?
5. TIDAK MENYEBABKAN ALAHAN
Susu kambing memiliki 35% asid lemak jika dibandingkan dengan 17% dalam susu lembu. Nutrisi dalam susu kambing lebih sihat dan lebih baik diminum segar.
Bukan itu saja, ia juga sesuai bagi seseorang yang tidak toleran dengan laktosa.
Bayi yang minum susu kambing juga didapati lebih sukar mendapat alahan berbanding dengan susu lembu.
6. MENGUATKAN JISIM TUBUH
Selain menguatkan badan melalui penghasilan antibodi, susu kambing juga mengandungi kandungan protein dan zat besi yang lebih tinggi berbanding susu lembu. Ia dapat menguatkan tulang, gigi, otot, sendi, kulit, tisu dan saraf.
Malah, ramai yang mengesyorkan susu kambing sebagai susu yang kedua terbaik selepas susu ibu.
7. KANDUNGAN GIZI YANG LEBIH TINGGI BERBANDING SUSU LEMBU
- Proteinnya : 2.1 kali ganda
- Kalsium : 2.2 kali ganda
- Zat besi : 2 kali ganda
- Potassium : 2.1 kali ganda
- Vitamin A : 3.8 kali ganda
- Garam galian : 2 kali ganda
- Selenium yang paling tinggi
8. BERSIFAT ALKALI
Sama seperti pH susu ibu yang bersifat alkali. Berbanding dengan susu lembu, ia didapati bersifat asidik.
Akhir kata, secara keseluruhannya susu kambing adalah lebih baik daripada susu lembu. Oleh itu, ia adalah satu pilihan yang bagus untuk sesiapa yang mengalami masalah penghadaman. Selain itu, kerana ia diterima dengan baik oleh individu yang alah laktosa, dan tidak menyebabkan keradangan.
Mahu merasai minuman susu kambing segar? Tak bau hamis dan 100% organik tanpa bahan perasa atau pewarna tiruan? Jom cuba minuman Smart Student OCOC https://ococ.my/product/smart-student/
Jangan berlengah lagi, jom klik link https://ococ.my/shop/ .