Penghantaran Percuma Serendah Belian RM100 sahaja!

Ococ Logo.svg
Aktiviti
Posted in

Resipi Ramen Kunyit Tomyam OCOC

Posted in
ococ.my

Jadikan makanan sebagai ubat. Bukan ubat sebagai makanan. Biasa dengar.

Resipi yang kami kongsikan adalah resipi makanan sihat untuk kanak-kanak dan dewasa. Resipi makanan sihat ini juga sesuai untuk resipi makanan diet.

Resipi yang dikongsikan ini juga adalah resipi masakan tanpa minyak. Jika ada penggunaan minyak pun, ianya adalah minyak kelapa. Alternatif kepada minyak masak biasa yang jauh lebih sihat.

Jom lihat apakah resipi istimewa makanan sihat hari ini.

Bahan:

  • 1 bungkus Turmeric Flat Ramen OCOC
  • I cawan isi dada ayam dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih dipotong halus
  • 3 cili padi dipotong halus
  • 2 inci lengkuas , 3 batang serai diketuk
  • ½ labu bawang Holland dipotong halus
  • 3 sudu makanan pes tomyam OCOC
  • 2 sudu cili boh (opsyenal)
  • 3 cawan air
  • Sedikit garam bukit
  • ½ batang lobak merah dipotong besar
  • 3 biji tomato dibelah 4
  • 2 helai limau purut, sedikit daun ketumbar
  • 1 biji limau nipis (opsyenal)
  • Sayuran hijau(mengikut cita rasa)

Cara Penyediaan:

  1. Rebuskan Turmeric Flat Ramen dalam 3-5 minit hingga masak dan toskan air rebusan mee tersebut.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, serai dan bawang putih.
  3. Bila dah agak wangi masukkan cili boh, pes tomyam dan daun ketumbar, tunggu sehingga pecah minyak dan seterusnya masukkan ayam.
  4. Selepas itu masukkan air, jus limau, lengkuas dan daun limau purut.
  5. Masukkan sedikit secubit garam.
  6. Masukkan sayuran mengikut cita rasa masing-masing.
  7. Tuangkan kuah tersebut ke atas mee dan siap untuk dihidangkan.

Yummy kan? Resipi ni boleh dihidangkan kepada insan tersayang. Resipi yang dikongsi ini ringkas dan mudah. Tidak perlu berjam di dapur. Selamat mencuba!

Nak mula sihat dari mana?

P/s: Anda boleh membuat pesanan Turmeric Flat Ramen OCOC di website rasmi https://ococ.my/shop/ atau https://ococ.my/product/turmeric-flat-ramen/

#meeramenOCOC  #makanansihat  #otakcerdikotakcantik #jommakanmakanansihat

3 Replies to “Resipi Ramen Kunyit Tomyam OCOC”

  1. Fira Esa

    Berapa rm ya satu bungkus

    1. Aini[ Post Author ]

      Salam Pn, untuk belian mee ni boleh klik link ini ya https://ococ.my/product/turmeric-flat-ramen/

    2. Aini[ Post Author ]

      1 bungkus RM15 sahaja Pn. Cuma di HQ kami jual secara kombo 3 pek RM45. Ada 15 keping mee secara total.

Leave a Reply to Aini Cancel reply

SHOPPING BAG 0
Best Seller
Kategori
Produk