Penghantaran Percuma Serendah Belian RM100 sahaja!

Lain
Posted in

Kenali Jenis BERAS Dan Kelebihannya!

Posted in
Pexels.com

Kalau anda nak tahu, sebenarnya beras terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz di seluruh dunia daripada yang panjang dan halus sehinggalah yang gemuk dan pendek.

Di dalam pasaran dunia, gred dan kualiti beras yang paling utama adalah dari segi panjang dan warna putih beras. Bunyinya macam rasis, tetapi begitulah keadaannya. 

Selain itu, terdapat juga faktor seperti rupa bentuk, kepadatan, kelembutan dan rasa beras juga mempengaruhi kualiti sesuatu jenis beras tersebut.

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis beras sama ada yang tempatan atau import, beras perang dan beras istimewa seperti beras wangi, Basmati, beras parboiled dan pulut. Klasifikasi beras adalah berdasarkan:

  1. Panjang beras
  2. Kandungan beras
  3. Kandungan beras hancur
  4. Kadar pengisaran beras

Beras Putih Tempatan

Bernas.com

Beras putih tempatan ini dihasilkan daripada pelbagai tanaman padi di Malaysia. Beras ini terdapat dalam beberapa jenis dan dinyatakan dalam kod seperti MR 211, MR 219, MR 220 dan MR 232. Sederhana panjang dan berwarna putih. Panjangnya sekitar 7.00 mm dengan lebar 3.0 mm.

Beras ini lebih lembut tetapi padat selepas dimasak tanpa sebarang bau. Beras jenis ini sesuai dengan semua jenis masakan cita rasa Malaysia. Beras ini mempunyai kandungan mineral dan vitamin seperti zat besi, fosforus dan asid folik.

Beras ini juga mempunyai sumber kalori yang tinggi.

Beras Putih Import

Bernas.com

Beras putih import mempunyai ciri-ciri yang sama seperti beras tempatan. Beras yang popular di Malaysia adalah dari Thailand dan Vietnam.

Beras seperti ini sesuai untuk jenis masakan seperti nasi kukus, nasi lemak dan ketupat nasi. Kandungan nutrisi beras ini juga sama seperti beras tempatan.

Beras Perang

Bernas.com

Beras perang adalah bijirin penuh yang dihasilkan dengan membuang hanya membuang kulit luar padi ataupun sekam.

Beras perang adalah bijirin penuh yang mempunyai lapisan bran dan germ yang tidak terdapat pada beras putih.

Bran sangat tinggi dengan serat manakala germ sangat tinggi dengan nutrisi seperti vitamin B dan zat besi.

Apabila dimasak, beras perang akan kelihatan lebih ringan, gebu dan tidak melekat antara satu sama lain.

Beras perang juga amat sesuai untuk diamalkan seisi keluarga kerana khasiatnya yang tidak ada tandingnya. Bagi mereka yang ingin mengamalkan diet yang lebih sihat, beras perang amat sesuai untuk anda.

Beras Wangi

Bernas.com

Beras wangi ini berasal daripada Thailand dan mempunyai bau yang semula jadi. Panjangnya adalah 7.00 mm beserta lebarnya berukuran lebih daripada 3.2 mm. 

Beras ini berwarna putih lutsinar, panjang dan berkilat. Apabila dimasak, beras ini mempunyai tekstur yang lembut, lembap dan berjuntai antara satu sama lain tetapi kukuh.

Beras ini dikenali dengan rasa yang sedap dan berbau seperti daun pandan. Sesuai untuk nasi kukus untuk dimakan bersama Tom Yam dan kari hijau.

Kandungan nutrisinya sama seperti beras putih yang lain.

Beras Basmati

Bernas.com

Beras Basmati adalah beras yang panjang dan halus saiznya serta mempunyai aroma yang wangi berasal daripada India dan Pakistan.

Anggaran panjangnya adalah 6.00mm hingga 8.00 mm dengan lebar  berukuran 3.5 mm – 4.5 mm.

Warnanya putih susu dan mempunyai bentuk yang tirus. Apabila dimasak, saiznya akan berganda dan mengeluarkan aroma yang wangi dan tidak melekat antara satu sama lain.

Nasi ini adalah pilihan tepat untuk Biryani, nasi Mandy dan nasi Khabsah serta nasi minyak.

Khasiatnya sama juga seperti beras putih yang lain.

Beras Ponni

Bernas.com

Beras Ponni mempunyai saiz yang lebih pendek dan gemuk.

Sama seperti beras rebus (parboiled rice), beras Ponni akan direndam, dikukus dan dikeringkan terlebih dahulu bersama sekamnya sebelum melalui proses pengisaran untuk meningkatkan nilai nutrisi di dalam beras tersebut.

Beras ini kaya dengan protein dan serat berbanding beras putih.

Beras yang dimasak lebih padat tetapi lembut. Beras daripada India ini sesuai dihidangkan dengan masakan India dan kari.

Beras Pulut

Bernas.com

Beras pulut adalah bijirin yang mempunyai kandungan kanji dan protein yang tinggi. Beras ini perlu direndam terlebih dahulu sebelum dimasak.

Apabila dimasak, beras ini akan hilang bentuknya dan menjadi lebih lembut dan melekit.

Beras pulut yang dikukus sesuai dihidangkan bersama ikan masin dan kelapa parut ataupun bersama potongan buah manga.

Beras Merah

Bernas.com

Beras merah adalah sama seperti beras perang dari segi nilai nutrisi. Bagaimanapun, beras merah lebih tinggi dengan antioksida.

Rasa beras ini lebih manis dan mempunyai rasa seperti kekacang. Beras merah elok direndam selama 30 minit terlebih dahulu untuk memberi tekstur yang lebih lembut selepas dimasak.

Japonica Rice

Bernas.com

Japonica rice atau beras Jepun banyak digunakan untuk masakan Jepun. Beras ini mempunyai saiz yang lebih pendek dan gemuk. Bijirin beras sedikit berkilat dan lutsinar.

Walaupun bijirin beras ini tidak melekat antara satu sama lain, beras ini masih mempunyai tekstur yang lembap dan lembut dan sedikit melekit berbanding dengan bijirin beras panjang.

Beras ini dapat menyerap rasa dengan baik dan hampir menyamai kualiti beras Koshihikari di Jepun pada harga yang berpatutan. Beras ini sesuai untuk hidangan sushi.

Beras jepun kaya dengan sumber protein, kalsium dan vitamin serta serat.

Beras ini juga rendah nilai kalorinya.

Dah tahu nak makan nasi beras apa atau dah tahu sebelum ini makan beras apa? Terasa nak diet sihat TANPA makan nasi? Jom baca https://ococ.my/eat-healthy-7-makanan-pengganti-nasi-yang-boleh-anda-amalkan-untuk-diet/

Join the conversation

SHOPPING BAG 0

Best Seller
Kategori
Produk