Penghantaran Percuma Serendah Belian RM100 sahaja!

Ococ Logo.svg
Lain
Posted in

Muzik dan Kesihatan?

Posted in
Pexels.com

Muzik mempunyai kesan ke atas badan dan minda, sekali gus terapi muzik dapat mengurangkan tekanan seseorang dan membantu meningkatkan penjagaan kesihatan.

Hubung kait muzik dan kesihatan manusia dikaji sejak sekian lama dan akhirnya disimpulkan. Muzik memiliki kuasa penyembuhan yang kuat terhadap penyakit tertentu.

1. ‘Kuasa’ sembuh penyakit

Memang jelas, muzik tidak mampu menyembuhkan semua jenis penyakit, tetapi ia memberi manfaat besar dalam menyembuhkan sesetengah penyakit.

Dalam situasi ini, muzik akan berfungsi dan bekerjasama dengan sistem saraf yang kemudian secara automatik mampu meringankan rasa sakit kronik. Itu antara sebab utama ada beberapa hospital menggunakan muzik sebagai terapi.

Mereka akan memainkan lagu yang bernada perlahan dan akan diperdengarkan kepada pesakit untuk memberikan aura tenang.

Contoh muzik yang sesuai seperti yang dimainkan oleh Kenny G. Tujuannya kerana muzik berirama sebegini mempunyai elemen yang membuat tubuh mengeluarkan zat endorfin bagi meneutralkan badan daripada rasa sakit, melambatkan degupan jantung dan menenangkan pernafasan.

2. Bantu sembuh insomnia

Mendengar muzik dipercayai membantu menenangkan fikiran dan jiwa sehingga membantu kita tidur nyenyak. Muzik juga dikatakan mampu menyembuhkan insomnia.

Menurut seorang ahli psikologi dari London, Dr Victoria, mendengar muzik mampu mempengaruhi reaksi yang sangat luas dalam tubuh dan fikiran. Bukan itu saja, ia turut berkomunikasi dengan beberapa bahagian otak yang boleh diaktifkan oleh muzik.

3.Kawal tekanan darah dan penyakit jantung

Bagi anda yang mudah cemas atau gemuruh, ini cara terbaik untuk mengatasinya. Mendengar muzik dengan irama yang perlahan akan membantu pesakit darah tinggi mengawal tekanan darah mereka.

Kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik di Amerika Syarikat menunjukkan hanya dengan mendengar muzik berirama klasik selama 30 minit sehari, ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi secara ketara dan jelas.

4. Menambahkan keceriaan wajah dan menukar mood

Dengan menghayati muzik kegemaran, sedikit sebanyak boleh mendatangkan mood gembira dan secara tidak langsung juga boleh menceriakan wajah seseorang. Dari situ dapat menyuntik aura positif ke minda dan akan mengurangkan tekanan.

Jiwa yang tenang terpancar melalui air muka seseorang secara tidak langsung boleh menyerlahkan lagi kecantikannya.

Pexels.com


5. Menghilangkan tekanan semasa bekerja

Mungkin ada majikan yang tidak menggalakkan pekerjanya bekerja sambil mendengar muzik. Tetapi perlu dijelaskan bahawa bekerja sambil mendengar muzik mampu membantu menghilangkan tekanan kerja yang dihadapi.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada pandangan individu itu. Ada yang gemar bekerja dalam suasana yang sunyi dan tidak kurang pula yang memerlukan muzik ketika bekerja.

Sambil mendengar muzik anda boleh bekerja tanpa tekanan dan pada masa yang sama masih boleh berhibur.

6. Menghilangkan Kemurungan

Sebelum memilih atau mengambil ubat-ubatan, terdapat pelbagai cara semulajadi untuk meningkatkan mood dalam jangka panjang seperti bersenam, dengar muzik dan meditasi (menenangkan diri). Jadi, dengarlah muzik kerana ia membantu mengurangkan kemurungan anda tau!

7. Membantu Perkembangan Janin

Ibu hamil akan sering memainkan muzik untuk bayi dan ia satu tindakan yang baik. Penyelidikan menunjukkan bahawa memainkan muzik yang diarahkan pada rahim semasa kehamilan menyebabkan kanak-kanak menjadi lebih responsif terhadap muzik selepas lahir. Menariknya, muzik juga boleh mempengaruhi perilaku positif neonatal.

Selain itu, ia juga membantu mengurangkan tahap tekanan dan mengimbangi hormon ibu. Bakal mommies dengarlah muzik selalu okay?

Apa pun pilihan muzik anda dan jika anda menyukainya maka ia adalah pilihan tepat untuk memberi manfaat kepada kesihatan mental dan fizikal anda.

Nak tahu seterusnya https://ococ.my/bagaimana-muzik-membantu-kesihatan/

Join the conversation

SHOPPING BAG 0
Best Seller
Kategori
Produk