“Sleep apnea” adalah keadaan yang berlaku bila seseorang kerap berhenti bernafas ketika tidur. Setiap episods pernafasan akan terhenti selama 10 saat atau lebih .
Ia boleh dikategorikan sebagai ringan, sederhana atau teruk berdasarkan kepada jumlah apnea dan kadar pernafasan yang rendah (hypopnea) dalam setiap jam. Jumlah episod “apnea” boleh berlaku diantara 5 ke 50.
Ada tiga jenis “sleep apnoea” :
- “Obstructive sleep apnea”
- “Central sleep apnea”
- “Mixed sleep apnea”.
Artikel kesihatan ini memfokuskan kepada “Obstructive sleep apnea” . Penyakit ini banyak menyerang lelaki yang berusia 30 tahun ke atas.
Tahap Keterukan Penyakit
“Tahap penyakit “sleep apnoea” bergantung kepada kekerapan gangguan pernafasan. Anggaran di bawah boleh digunakan sebagai panduan:
- Normal – kurang daripada lima dalam setiap jam
- Ringan – 5 ke 14 gangguan pernafasan dalam setiap jam
- Sederhana – 15 ke 30 gangguan pernafasan dalam setiap jam
- Teruk- lebih 30 gangguan pernafasan dalam setiap jam
Ini boleh ditentukan dengan mengadakan ujian tidur “Sleep Study” (Polysomnography). Ujian ini boleh dilakukan di hospital kerajaan atau swasta.
ARTIKEL SETERUSNYA:
One Reply to ““Sleep Apnea””
Rashwan
saya salah seorang penghidap OSA. Sampai terpaksa buat operation untuk luaskan airway.